Sunday, June 28, 2009

28 + 3 > 28

1. Kajian yang termaktub di universiti mengatakan orang Melayu tidak berminat dengan nombor (merujuk kepada angka matematik bukan "nombor ekor" yang amat diminati oleh Melayu² di kampung).

2. Kajian juga menunjukkan sokongan politik orang Melayu di Malaysia pada masa ini lebih terarah kepada pakatan pembangkang.

3. Mungkin dengan sebab yang demikian, orang Melayu pada hari ini secara relatifnya gagal untuk memahami secara demokratiknya bila ditulis 28+3>28.

4. Ianya harus diperjelaskan dengan ayat sastera mendayu bahawa, "dua puluh lapan dicampur tiga akan menjadi tiga puluh satu; maka sekaligus telah menjadikan lebih nilainya dari pihak di seberang sana yang masih hanya miliki dua puluh lapan sahaja hingga saat ini".

qunang: penat ajar matematik kepada orang² benak.

Saturday, June 27, 2009

Politik & PAS

Politik! Oh politik!
Sandiwara ataupun trick?
Ilmu hisab atau matematik?
Tak cukup sifat nak kata ilmu mantik.

Dalam politik ada Pas,
Orang lain semua dosa, tapi dia terlepas,
Orang lain tak dak pahala, semua dia kebas,
Orang lain masuk neraka, dia syurga yang teratas.

Pas! Oh Pas!
Cakapnya berpusing macam kipas,
Jalannya melelong macam lipas,
Belitannya banyak macam route bas,
Cita-cita tinggi macam pokok kapas

Thursday, June 18, 2009

Pendulum buat Datuk Hashim Suboh (Siri 2)

1. Telah menjadi suatu resam dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang kecewa untuk membuat ugutan kepada "bos-bos" bagi mewujudkan suatu situasi yang membolehkan adanya political bargaining power.

2. Ugutan demi ugutan yang terancang kadangkala membolehkan orang-orang yang kecewa ini mendapat rahmat dan nikmat politik; walaupun sebahagian besarnya berakhir sebagai kupang tembaga seperti M. Kayveas.

3. Datuk Hashim Suboh, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, turut menyuarakan ugutan halus bahawa begitu ramai pengikut beliau (termasuk 500 pemuda dari DUN Tambun Tulang) akan turut serta menyertai PKR sekiranya beliau memilih untuk menyertai parti itu; iaitu sebuah parti yang beliau sendiri hina dan kutuk dengan pelbagai label.

4. Akan tetapi, tidakkah Datuk Hashim terfikir betapa hebatnya Zaid Ibrahim yang menyertai PKR dan seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti itu tanpa riuh rendah untuk mengocak UMNO dengan menarik ratusan atau ribuan ahli UMNO untuk menyertai PKR?

5. Saya percaya, Datuk Hashim akan ditawarkan jawatan Timbalan de-Facto Leader kalau sekiranya beliau berjaya menarik sebegitu ramai ahli UMNO untuk menyertai PKR.



Sunday, June 7, 2009

Anwar, Kain Pelikat & Jelingan...

Gambar ini nampak seperti dalam sebuah pejabat atau mungkin bilik gerakan PKR untuk pilihanraya kecil Penanti. Dengan segala berita dan "fitnah" terhadap Anwar, tidak ada apa yang ingin dicoretkan disini. Pakat pikirlah sendiri.



qunang: bini siapa tu? jaga baik² ooo..

Saturday, June 6, 2009

PAS tumpang sekaki?

1. Harakah keluaran 5-7 Jun 2009 (Bil 1444), mukasurat N29 melaporkan:







2. Seperti kebiasaannya, apabila berlaku sahaja kebobrokan atau perang saudara dalam UMNO, PAS dengan pantas akan mamanfaatkan peluang yang terhidang untuk menyerang seteru politiknya itu.

3. Isu pergeseran dan "perang media" dalam UMNO Perlis wajar menjadi suatu iktibar kepada pemuka-pemuka UMNO agar lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan memburukkan parti secara terbuka.

4. Usaha menangkis tohmahan dan menjawab kekeliruan dalam soal politik tentu sekali menjadi lebih mudah sekiranya akidah politik politik seseorang pemimpin itu dinyatakan dengan jelas.

5. Apa cerita pemimpin UMNO ketuk pemimpin UMNO yang lain? Kalau lepas dah masuk PKR, nak ketuk atau nak rejam pun kita boleh hadap.

6. Kita selalu kata orang Arab khususnya di Palestin bodoh kerana mereka bergaduh sesama sendiri hingga musuh bermaharajalela di tanah mereka. Begitu juga orang-orang tua selalu kata, "menang sorak, kampung tergadai".

7. Dengan sebab itu, eloklah kiranya pemimpin UMNO yang terang-terang begitu seronok bercerita boleh jumpa dengan orang PKR agar terus masuk PKR, dan lepas tu hentamlah dan lanyaklah UMNO. Senang nak jawab balik. Cakaplah serupa dengan bikin.

qunang: dah mohon maaf kepada Datuk Hashim dan abg Mael Bangsawan kiranya ada yang terkasar bahasa.

Pendulum buat Datuk Hashim Suboh (Siri 1)

Kesempatan ruang masa terluang saya gunakan untuk menjenguk sahabat taulan Pemuda UMNO di dalam Bahagian Arau dan negeri Perlis guna mendapatkan pandangan, nasihat dan brainstorming berhubung tindakan Datuk Datuk Hashim Suboh yang dikatakan punca terpengaruhnya ramai orang UMNO di Perlis menyertai PKR. Berikut adalah respon yang diterima:

1. "Awat sampai main ugut-ugut nak join pembangkang. Apa nie? Dah nak ikut perangai Kayveas. Tak payah nak dok ugut-ugut la. Nak pi join pembangkang, pi la." - pemuda Lat Seribu

2. "UMNO pun tak hingin dipimpin oleh orang jenis nie. Kerja dok main bangsawan. Pi la pakat ampu Anwar tu." - pemuda Alor Ara

3. "Puak-puak nie patut ingat, kalau tak disebabkan UMNO, tak dak sapa kenai depa. Kalau dulu dia jadi Timbalan Pengerusi (Pesuruhjaya) PAS Negeri, sapa pun tak kenal dia. Sapa kenal Timbalan Pengerusi PAS Negeri Perlis hari ni?" - pemuda Kubang Gajah

4. "Sepatutnya semua ahli UMNO berganding bahu mengubati penyakit kronik UMNO nie. Yang mana yang dah terlepas kuasa, jangan merajuk. Kalau tau mau tolong pun, jangan tambah penyakit." - pemuda Tanah Timboi

5. "Bagi yang dapat kuasa pulak, jangan pulak berdendam. Mana-mana ahli yang berwibawa, walaupun orang tu lawan kita, ambik hati dia biaq dia boleh terus menyumbang tenaga menguatkan UMNO." - pemuda Kurong Batang

6. "Patutnya semua orang UMNO pi serang pembangkang. Bukan pakat serang sesama sendiri. Sebab tu UMNO dah makin nak lingkup. SEDIH....SEDIH.....SEDIH." - pemuda Guar Sanji

qunang: cuba kumpulkan bahan-bahan untuk bermuhasabah agar pertimbangan disertai kewarasan.

Thursday, June 4, 2009

Sindrom Orang Veteran (S.O.V)

1. Kita perlu menghormati orang tua.

2. Orang tua selalu dipanggil veteran atau warga emas.

3. Kita mengecapi segala nikmat hidup (beserta kepahitannya) pada hari ini hasil daripada perjuangan, kudrat dan pemikiran orang yang lebih dahulu makan garam dari kita.

4. Akan tetapi, adakah menghormati orang tua itu maknanya kita menurut segala apa yang disuarakan oleh mereka? Apa akan jadi kalau tak ikut cakap orang tua?

5. Ambil Dr. Mahathir sebagai contoh orang tua yang pernah berkuasa di zaman "muda", apabila Pak Lah tak ikut pandangan yang disuarakan, beliau marah. Najib sekarang agak menurut apa yang dihajati, beliau suka.

6. Sindrom Orang Veteran (S.O.V) adalah satu manifestasi yang membayangkan betapa sukarnya orang-orang yang pernah memegang kuasa untuk menyerahkan kuasa itu kepada orang lain untuk membuat keputusan secara independent berdasarkan tafsiran dan pertimbangan akal sendiri.

7. Bagi setiap orang, tentu banyak cerita yang tersirat perihal S.O.V ini.

Qunang: hormat berhemat.

Usaha terancang rosakkan UMNO Perlis?

Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Bandar Arau mendakwa wujudnya usaha terancang yang berterusan untuk merosakkan institusi parti itu di Perlis oleh sebilangan pemimpin UMNO yang kecewa.

Sehubungan itu, ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar menyifatkan kenyataan pengerusi tetap Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim, dalam Malaysiakini semalam sebagai "suatu publisiti murahan dalam usaha menangguk di air yang "dikeruhkan" oleh beliau sendiri.

syed atif syed abu bakar 020609Beliau juga mendakwa, Ismail melakukannya dengan sokongan seorang dua pemimpin usang dalam UMNO bahagian dan negeri di Perlis.

Semalam, Ismail mendakwa kira-kira 500 ahli UMNO dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan UMNO negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.

Ismail yang juga bekas ketua penerangan Pemuda UMNO bahagian Arau , berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengulas perkara itu, Syed Atif berkata, angka 500 itu tidak munasabah kerana berdasarkan sejarah UMNO di kawasan tersebut tidak pernah berupaya mengumpulkan ahli seramai itu bagi menyokong program-program Pemuda sejak lima tahun lalu.

Beliau juga menyifatkan ura-ura penubuhan cawangan PKR dalam DUN Pauh kerana didakwa ada ahli dan pemimpin UMNO cawangan akan melompat parti sebagai "omongan politik terancang" untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu yang menurutnya "kemaruk memegang jawatan penting dalam parti dan kerajaan".

'Strategi beri kail'

"Hakikatnya, pendekatan baru ADUN Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail menekankan aspek "lebih baik memberi kail daripada memberi ikan". telah membuka
dimensi baru kepada penduduk Pauh khususnya golongan muda.

"Pendekatan memberi "kail" ini telah membolehkan ikan dipancing berulang-kali sekiranya seseorang individu itu berusaha.

"Sebaliknya tindakan memberi "ikan" telah membawa kepada suatu budaya meminta-minta yang dikutuk oleh agama," katanya dalam satu kenyataan.

Syed Atif berkata, pendekatan tersebut - supaya masyarakat di Pauh lebih banyak bekerja dari bercakap - menyebabkan golongan yang gemar meminta-minta itu tidak senang duduk.

"Ini kerana mereka bukan hanya semata-mata mengharapkan "ikan" diberi kepada mereka, malah mahukan ikan tersebut digoreng dan disuap ke mulut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO cawangan Bandar Arau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang boleh disifatkan sebagai musuh dalam selimut untuk mengocak damai dalam parti dan kerajaan.

"Ia sekaligus membantutkan usaha parti dalam memperkasakan kembali UMNO dan Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum yang akan datang," tambahnya.

Sehubungan itu, Syed Atif berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pemimpin mahupun ahli UMNO di Bahagian Arau untuk melompat bagi membersihkan organisasi parti daripada "gunting-gunting dalam lipatan" dan mempermudahkan kepimpinan UMNO negeri merencana strategi bagi memulihkan imej parti.

"Pemuda UMNO cawangan Bandar Arau berkeyakinan penuh bahawa survival UMNO di Perlis bergantung kepada dokongan ahli-ahli yang berkualiti, biarpun dalam jumlah yang sedikit, sebagaimana saranan Soekarno - berikan aku 10 pemuda, akan ku angkat gunung Semeru" katanya.
(Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/105632)