Thursday, June 18, 2009

Pendulum buat Datuk Hashim Suboh (Siri 2)

1. Telah menjadi suatu resam dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang kecewa untuk membuat ugutan kepada "bos-bos" bagi mewujudkan suatu situasi yang membolehkan adanya political bargaining power.

2. Ugutan demi ugutan yang terancang kadangkala membolehkan orang-orang yang kecewa ini mendapat rahmat dan nikmat politik; walaupun sebahagian besarnya berakhir sebagai kupang tembaga seperti M. Kayveas.

3. Datuk Hashim Suboh, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, turut menyuarakan ugutan halus bahawa begitu ramai pengikut beliau (termasuk 500 pemuda dari DUN Tambun Tulang) akan turut serta menyertai PKR sekiranya beliau memilih untuk menyertai parti itu; iaitu sebuah parti yang beliau sendiri hina dan kutuk dengan pelbagai label.

4. Akan tetapi, tidakkah Datuk Hashim terfikir betapa hebatnya Zaid Ibrahim yang menyertai PKR dan seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti itu tanpa riuh rendah untuk mengocak UMNO dengan menarik ratusan atau ribuan ahli UMNO untuk menyertai PKR?

5. Saya percaya, Datuk Hashim akan ditawarkan jawatan Timbalan de-Facto Leader kalau sekiranya beliau berjaya menarik sebegitu ramai ahli UMNO untuk menyertai PKR.



No comments: