Saturday, June 6, 2009

Pendulum buat Datuk Hashim Suboh (Siri 1)

Kesempatan ruang masa terluang saya gunakan untuk menjenguk sahabat taulan Pemuda UMNO di dalam Bahagian Arau dan negeri Perlis guna mendapatkan pandangan, nasihat dan brainstorming berhubung tindakan Datuk Datuk Hashim Suboh yang dikatakan punca terpengaruhnya ramai orang UMNO di Perlis menyertai PKR. Berikut adalah respon yang diterima:

1. "Awat sampai main ugut-ugut nak join pembangkang. Apa nie? Dah nak ikut perangai Kayveas. Tak payah nak dok ugut-ugut la. Nak pi join pembangkang, pi la." - pemuda Lat Seribu

2. "UMNO pun tak hingin dipimpin oleh orang jenis nie. Kerja dok main bangsawan. Pi la pakat ampu Anwar tu." - pemuda Alor Ara

3. "Puak-puak nie patut ingat, kalau tak disebabkan UMNO, tak dak sapa kenai depa. Kalau dulu dia jadi Timbalan Pengerusi (Pesuruhjaya) PAS Negeri, sapa pun tak kenal dia. Sapa kenal Timbalan Pengerusi PAS Negeri Perlis hari ni?" - pemuda Kubang Gajah

4. "Sepatutnya semua ahli UMNO berganding bahu mengubati penyakit kronik UMNO nie. Yang mana yang dah terlepas kuasa, jangan merajuk. Kalau tau mau tolong pun, jangan tambah penyakit." - pemuda Tanah Timboi

5. "Bagi yang dapat kuasa pulak, jangan pulak berdendam. Mana-mana ahli yang berwibawa, walaupun orang tu lawan kita, ambik hati dia biaq dia boleh terus menyumbang tenaga menguatkan UMNO." - pemuda Kurong Batang

6. "Patutnya semua orang UMNO pi serang pembangkang. Bukan pakat serang sesama sendiri. Sebab tu UMNO dah makin nak lingkup. SEDIH....SEDIH.....SEDIH." - pemuda Guar Sanji

qunang: cuba kumpulkan bahan-bahan untuk bermuhasabah agar pertimbangan disertai kewarasan.

1 comment:

sementoi said...

Tuan Qunang2,

Negara2 di bawah masih belum mempunyai duta besar Malaysia:
- Zambia
- Mauritius
- Seychelles
- Comoros
- Malawi

Diharapkan agar tuan qunang2 dan UMNO Perlis amnya dapat mengusulkan seterusnya melobi kerajaan Malaysia bagi melantik Datuk Hashim Suboh menjadi duta besar mana2 negara yang disebutkan di atas. Ini dapat mengurangkan beban duta besar malaysia ke Zimbabwe yang tatkala ini turut bertanggungjawab ke atas negara2 terbabit.

Pengalaman Datuk Hashim sebagai bekas Ketua Penerangan UMNO negeri, dapat digunakan sepenuhnya bagi memberi penerangan kepada usahawan2 afrika tentang peluang perniagaan menjual jam di stesen2 bas di seluruh negara ini.

-Pemuda Perth-