Saturday, June 27, 2009

Politik & PAS

Politik! Oh politik!
Sandiwara ataupun trick?
Ilmu hisab atau matematik?
Tak cukup sifat nak kata ilmu mantik.

Dalam politik ada Pas,
Orang lain semua dosa, tapi dia terlepas,
Orang lain tak dak pahala, semua dia kebas,
Orang lain masuk neraka, dia syurga yang teratas.

Pas! Oh Pas!
Cakapnya berpusing macam kipas,
Jalannya melelong macam lipas,
Belitannya banyak macam route bas,
Cita-cita tinggi macam pokok kapas

1 comment:

sementoi said...

Berita di Agendadaily.com bertarikh 22 June 2009 memaparkan bahawa mantan MB Perlis, Shahidan Kassim, memberikan komen tentang kegagalan dalam usaha perpaduan UMNO dan PAS.

Antara katanya: “ketika polimek perpaduan PAS-UMNO sedang hangat diperbualkan, semangat ingin berbaik-baik dikalangan ahli kedua parti jelas terpancar dikalangan mereka”.

Antara lain katanya: “Mereka terlalu berkira sangat tentang soal politik…biarlah itu pendirian mereka.Hendak seribu daya tak mau seribu dalih”

Kenyataan ini menampakkan bahawa Shahidan Kassim cuba mengambil kesempatan untuk menjuarai isu ini. Di saat beliau kini sedang dipinggirkan, isu ini cuba digunakan beliau sebaik mungkin untuk meraih semula kepopularitian beliau dalam kancah politik masa kini.

Tapi malang sekali, pada hemat saya, Shahidan bukanlah manusia yang terbaik untuk membicarakan soal perpaduan UMNO-PAS. Beliau perlu ingat akan sejarah di masa mudanya di mana beliaulah yang bersungguh-sungguh cuba menjatuhkan seorang pemimpin politik UMNO (seoarang Ustaz) atas alasan berbaik-baik dengan orang PAS, menghadiri program agama orang PAS dan memberikan ceramah agama kepada orang PAS.

Mengapa kini tiba-tiba beliau ingin berbicara soala perpaduan UMNO-PAS. Atau mungkin beliau kini sudah bertaubat atas tindakan bodoh dan gelojohnya pada suatu masa dulu?