Tuesday, July 14, 2009

PPSMI: Antara Bobrok dan Keperluan

1. Pengajian dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dicetus dan direncanakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

2. Sejak dari itu, PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia dimana pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

3. Mengikut perancangan, pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Akan tetapi, pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan.



4. Memerhati dan menilai perdebatan dengan hujjah-hujjah yang berlawanan dalam isu ini memberikan suatu gambaran yang sama sengit untuk meneruskan atau tidak dasar ini.

5. Oleh yang demikian, saya berpendapat, selagimana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu, kita seharusnya menggunakan kuasa tersebut untuk memajukan bangsa kita dengan apa cara sekalipun.

6. Ingatlah, sekiranya juak-juak Melayu pembangkang itu menentang PPSMI kerana kerakusan berpolitik, dan bukan kerana ilmu yang hakiki; sejarah akan membalas pengkhianatan mereka terhadap bangsa sendiri.

7. Entah sebab apa, kita tidak berada di padang yang sama rata untuk berlawan; hatta dengan anak-anak India di dalam estate pun kita tertewas dari segi penguasaan bahasa Inggeris, manakan pula dengan anak-anak Cina di bandaraya. Jauh panggang dari api?

8. Oleh itu, untuk apa kita berlawan kalau kita sudah tahu akan tertewas? Maka, baik PPSMI ataupun meritokrasi sepatutnya hanya kita laksanakan setelah kita berjaya membawa anak-anak Melayu ke suatu tahap ilmu dan budaya yang lebih tinggi dari apa yang ada pada hari ini.

9. Walaubagaimanapun, mungkin tidak kita sedari bahawa kita telah sampai ke tahap itu. Bangsa Melayu telahpun maju dan bersedia untuk bersaing..! Phobia terhadap bahasa Inggeris hanyalah dikalangan menteri Muhyidin Yasin bersama pengarah-pengarah dan ketua-ketua jabatan yang sudah tua diatas sana. Mereka mungkin sudah tidak yakin dengan "kekuatan" yang ada pada mereka kerana mereka sudah tua.

10. Otak Cina, otak India, otak Iban, otak Mahathir, otak Lee Kuan Yew, otak Obama, otak Najib, otak Rosmah, otak Muhyidin, otak Melayu dan otak manusia secara relatifnya mempunyai saiz dan kapasiti yang sama. Yang membezakan kita hanya keyakinan, usaha, kudrat dan kesungguhan.

11. Inilah penantian annus mirabilis, menunggu padang menjadi rata barulah kita mahu berlawan. Berapa lama lagi kita nak siap ratakan padang??

12. Benarlah kata seorang Yahudi, "a politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation".

* Annus mirabilis ialah bahasa latin yang bermaksud "wonderful year" atau "year of wonders".

qunang: mula takut kalau-kalau Muhyidin Yasin = Abdullah Bodowi.

No comments: