Tuesday, July 7, 2009

Proton & Kereta Muslim

1. Bicara liar memburuk-burukkan Proton terus kedengaran sejurus selepas pelancaran model terbarunya, Exora. Agak malang, sebahagian besar suara-suara penghinaan terhadap kereta nasional negara itu datangnya dari umat Islam sendiri.

2. Sedarkah kita bahawa Proton adalah satu-satunya pengeluar kereta yang direalisasikan oleh tangan-tangan orang Islam?

3. Memang wujud kelemahan yang agak ketara bagi Proton tetapi ianya sedang melalui proses maturity continuum dalam suasana persaingan yang amat sengit. Harus kita sedar bahawa Proton berhadapan dengan pesaing-pesaing yang berpengalaman dan telah lama bertapak dalam industri automotif.

4. Bercakap tentang kelamahan, masalah dan isu yang ada pada Proton, tahukah kita bahawa Mercedes-Benz C-class juga ada masalah hingga 4348 buah kereta tersebut terpaksa ditarik balik ke pusat servis. Begitu juga dengan Nissan yang terpaksa recall 165,000 buah Sentra kerana isu yang berkaitan dengan keselamatan (nyawa?). Dan, tentu sekali sama dengan pengeluar-pengeluar kereta lain yang dapat kita korek dimana silap, salah dan lemah mereka.

5. Buat rujukan dan pengetahuan kita, Mercedes-Benz didaftarkan pada 23-06-1902, Honda (10-1946), Toyota (02-1933), Ford (16-06-1903), Kia (01-1944), Mazda (05-1920), Hyundai (09-1947); dan Proton hanya bertapak pada bulan September 1985.

6. Jika bukan kita, rakyat Malaysia, yang membantu memberikan sokongan untuk Proton, siapa lagi?

7. Ayuh! kita boikot produk-produk Yahudi! Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah bertemu di blog ini dengan bergantung kepada keupayaan Intel atau AMD? Apakah mungkin kita menghentam, menghina dan menjatuhkan sebuah processor komputer yang dibuat oleh orang Islam, sekiranya ada?

8. Namun begitu, apa bentuk sumbangan dan sokongan yang harus diberikan? Penghinaan? YA..! Itu juga suatu sumbangan. Kadang-kadang kita bangkit selepas dihina. Ibrahim Ali kata, "Melayu pantang dicabar". Marilah kita menghina Proton, sambil membeli kereta Proton, dengan niat untuk memajukan Proton..!

qunang: masih setia bersama Proton..

No comments: