Monday, December 21, 2009

BN Pulau Pinang - Siapa Patut Jadi Chairman?

1. UMNO Pulau Pinang mendesak supaya jawatan Perngerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini disandang oleh Presiden Gerakan diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Desakan ini disokong oleh Pemuda MIC Pulau Pinang.

2. Kewajaran desakan ini seharusnya ditafsir bersandarkan fakta dan angka.
  • Dalam pilihan raya umum lalu, semua parti komponen BN - Gerakan, MIC dan MCA - tewas semua kerusi yang mereka tandingi.
  • Umno pula memenangi 13 kerusi termasuk dua kerusi parlimen di Pulau Pinang daripada 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen.
  • Gerakan telah menarajui BN Pulau Pinang selama 35 tahun.
3. Fakta pertama memberi bukti bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti pembangkang yang berjaya menduduki kerusi DUN dicelah-celah kebangkitan Pakatan Rakyat. Hal ini memberi asas bahawa tuntutan dan desakan ini bukan "onar kosong" untuk mengocak damai.

4. Fakta kedua memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa UMNO merupakan parti komponen BN yang terkuat di Pulau Pinang pada masa ini dengan memegang 32.5% suara DUN Pulau Pinang secara bersendirian di barisan pembangkang.

5. Fakta ketiga merupakan hujjah yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon, bahawa teraju Gerakan selama 35 tahun sewajarnya dikekalkan kerana tradisi dan kebiasaan. Boon berkata, "Kalau kita setuju, nanti sokongan kaum Cina di Pulau Pinang akan lari (daripada BN)", sambil menyambung, "begitu cara fikir orang Cina di sini."

6. Demikianlah kita lihat bagaimana "kebiasaan" sudah bertukar menjadi "peraturan". Hakikat yang harus difahami dalam politik, betapa KEBIASAAN bukan mesti menjadi PERATURAN.

7. Hendak dikait sokongan Cina akan lari, apa sokongan Melayu yang masih taat setia itu tidak boleh lari?

8. Hendak dikaitkan cara fikir orang Cina dalam mencongak politik, apa cara fikir orang Melayu yang masih taat setia itu hendak dipinggirkan?

9. Eng Hiap Boon seharusnya menginsafi bahawa BN telah kehilangan kuasa di Pulau Pinang dek kerana "cara fikir" orang Cina yang tidak setia dan boleh lari pada bila-bila masa. MCA dan Gerakan seharusnya bekerja keras mendidik orang-orang Cina dengan cara berfikir Barisan Nasional.

10. Jelasnya, Gerakan bukan "raja" di Pulau Pinang untuk mewariskan pucuk pimpinan secara monarki kepada kerabat Gerakanist semata-mata.

11. If Gerakan failed to inspire, if they can't tap into some sense of meaning that goes beyond just ringgit and cents, then it's going to be very hard for them to argue against the sort of selfishness and self-interested policies that have come to dominate our politics.

qunang: menanti revolusi, reformasi dan transformasi yang mungkin tercetus dalam UMNO Bahagian Permatang Pauh pada penggal pemilihan yang akan datang. All the best DATO' BEN...!

No comments: