Monday, January 11, 2010

SHAHIDAN KASSIM: NAIK, JATUH & INGIN BANGUN SEMULA (SIRI 1)

DI PERSADA KUASA
1. Datuk Seri Shahidan Kassim (DSSK) merupakan mantan Menteri Besar Perlis yang telah memberikan impak yang tinggi dalam pembangunan material dan pengolahan struktur politik di negeri Singa Utara tersebut. Datuk Seri Shahidan merupakan pemimpin yang hebat!

2. Penafian terhadap kenyataan tersebut ternyata sukar dialas dengan fakta-fakta realiti memandangkan beliau adalah satu-satunya pemimpin dari senarai Menteri-menteri Besar Perlis yang berupaya melakukan sentuhan peribadi dengan hampir 40% rakyat Perlis (rujuk ucapan Khairy Jamaluddin di Padang Besar). Datuk Seri Shahidan merupakan pemimpin yang hebat!

3. Kehebatan DSSK seperti digambarkan oleh seorang sahabat bahawa beliau adalah seorang murid yang berjaya mengadunkan ilmu yang diperturunkan oleh guru-gurunya dengan sangat baik. DSSK mempunyai adunan kepakaran Dr. Mahathir dalam mengatur strategi, kepakaran Anwar Ibrahim bila bercakap dan kepakaran Daim Zainuddin dalam urusan ekonomi. Datuk Seri Shahidan merupakan pemimpin yang hebat!



ERA KEJATUHAN
4. Kejatuhan DSSK bermula apabila Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (DSR) melakukan propagandanya selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

5. DSR telah memperkukuhkan gerakan disebalik tabir untuk mencantas karier DSSK di Mini Putrajaya dengan mewujudkan hubungan baik (tag team) bersama Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail (DSSR) yang dimusuhi DSSK, adiknya dan penyokong-penyokong kuat beliau.

6. Kejayaan DSR bersekutu dengan DSSR telah membuka ruang bagi memberi tekanan politik dari dalam istana kepada DSSK; sekaligus memberi tamparan hebat kepada DSSK dan mewujudkan peluang yang nampak lebih seimbang kepada kedua-dua kumpulan.

7. Bermula September 2007, usaha melobi calon pilihan masing-masing kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi giat dijalankan oleh DSSK dan DSR sehingga Pak Lah jadi keliru yang mana satu yang lebih baik.

8. Tanggal 24hb Februari 2008, senarai calon-calon BN secara rasminya dikeluarkan dengan 8 calon dari senarai Shahidan dan 7 calon dari senarai Radzi bagi bertanding di 15 kerusi DUN di Perlis. Datuk Seri Shahidan masih mampu tersenyum dengan hati yang amat gusar dan gelisah.

9. Lewat 8 Mac 2008, strategi Radzi mengena! Walaupun nampak tertewas di awal babak percaturan dengan memberi kelebihan satu kerusi kepada DSSK dalam senarai pencalonan BN, umum terlupa kekuatan pembangkang yang berakar di Parlimen Arau.

10. Keputusan rasmi SPR yang diperolehi, orang Radzi menang 7, orang Shahidan menang 7 dan PAS menang 1. Keputusan seri antara DSSK dan DSR menghangatkan lagi suasana dengan kedua-dua pihak terus melobi dan mengugut dalam konteks political bargaining. DYMM Tuanku Raja Perlis berada di pihak DSR manakala Perdana Menteri Malaysia di pihak DSSK.

11. Dalam pergelutan itu, DYMM Tuanku telah dikirimkan dengan rakaman video DSSK menendang pagar Istana Arau ketika bergambar dalam perjalanan balik dari penamaan calon di Dewan Sivik Arau. Ianya menjadi suatu tindakan offensif yang disifatkan “sengaja cari masalah” oleh DSSK.

12. Dalam keadaan DSR adalah seorang peguam berpengalaman, DSSK mungkin terlepas pandang tentang Perkara 39 Perlembagaan Perlis, yang membolehkan DYMM Tuanku melantik mana-mana individu yang pada “pandangannya beroleh sokongan ramai atau majority DUN'; yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek oleh pelbagai pihak. Pada tafsiran DYMM Tuanku, mungkin A mendapat sokongan ramai; tetapi kepada parti berkenaan, B yang mendapat sokongan ramai. Di situlah muslihatnya.

13. Dalam erti kata lain, Perkara 39 akan membolehkan Ismail Bangsawan dilantik sebagai Menteri Besar walalupun beliau bukan seorang ADUN apabila mendapat perkenan DYMM Tuanku setelah baginda "berpandangan" Ismail Bangsawan beroleh sokongan ramai atau majoriti di DUN.

14. Tanggal 17 Mac 2008, segalanya terjawab apabila Datuk Seri Md Isa Sabu mengangkat sumpah sebagai Meteri Besar Perlis. Datuk Seri Shahidan tidak lena malam beberapa minggu.

15. Menambah tekanan DSSK, panel 3 hakim yang bersidang pada 16 September 2008 mengishtiharkan Hashim Jasin (PAS) menang keatas Abdullah Hassan (calon Shahidan) di Sanglang; suatu keputusan yang mengubah landskap sokongan di DUN Perlis menyaksikan orang Radzi menguasai 7 kerusi, Shahidan 6 kerusi dan PAS 2 kerusi.

16. Realiti politik mutakhir di DUN Perlis hari ini memperlihatkan pecahan orang Radzi - 5, orang Shahidan - 5, orang Syed Razlan - 3 dan PAS - 2.

qunang: menulis untuk mereka yang mahu dengar cerita dari Perlis yang semakin sunyi diberitakan di media. entah kenapa?

2 comments:

Panglima Sanglang said...

terima kasih syed atif kerana memaparkan cerita ini kepada umum.. soalan tentang kenapa media membisu tentang perlis ada pada diri anda.. media mahu melindungi keaiban dssk. kalau dibteruskan untuk media bercerita meletuplah kisah melayu yang bergaduh untuk pangkat , kuasa , dan segala kemahuan.. saudara faham kot no.... so hentikan provokasi seperti ini yang blh memalukan bangsa kita...

Panglima Sanglang said...

syed atif, anda memang sorang anak muda yang berbakat dalam politik, tapi berhati-hati dengan tinta kerana kadang2 ia boleh merosakkan bangsa dan merugikan negara.