Friday, January 29, 2010

SHAHIDAN KASSIM: NAIK, JATUH & INGIN BANGUN SEMULA (SIRI 6)

BAHAYA FITNAH

1. Dalam banyak hal yang ditulis; I transmit, I do not invent.

2. Bagi mengelakkan dari bahaya fitnah, saya ingin menarik balik Point ke-11 dalam Siri 1 dan memohon maaf kepada Datuk Seri Shahidan. Saya telah memaklumkan tentang penafian DSSK berkenaan isu menyepak pagar istana kepada penyampai-penyampai maklumat dan memohon mereka cuba mencuri gambar atau rakaman tersebut sebagai bukti sebelum mereka bercakap mengenainya. Sehingga ada bukti yang sampai ke tatapan saya, saya akan mempertahankan Datuk Seri Shahidan bahawa beliau tidak pernah bertindak demikian.

ASET, LIABILITI DAN ALTERNATIF

3. Jika ingin terus berkuasa, UMNO Perlis perlu menjadi aset dan mengelak dari menjadi liabiliti kepada keharmonian sosial dalam masyarakat.

4. Memandangkan UMNO Perlis tidak bernyawa dan tidak pula berakal, maka pemimpin-pemimpin yang ada bertanggungjawab untuk menjadikan UMNO sebagai aset dan menjauhkan sebarang unsur liabiliti.

5. Aset ialah harta yang boleh bertambah nilainya selepas suatu tempoh masa seperti tanah, bangunan, wang dan modal insan yang dimiliki. Manakala liabiliti ialah harta yang kewujudannya menjadi beban seperti sebuah kereta yang sudah buruk dengan pe’el yang memeningkan.

6. Datuk Seri Md Isa yang menjadi Menteri Besar Perlis pada hari ini merupakan suatu liabiliti kepada kesinambungan penguasaan UMNO di negeri Perlis kerana 2 tahun beliau tidak sama atau lebih baik dari 2 tahun Shahidan suatu ketika dulu. Banyak perkara yang terganjak ke belakang terutamanya dalam aspek kebajikan, kemasyarakatan, ketelusan, keadilan dan pembangunan. Entah bagaimana pula DOKTOR Md Isa berkira-kira sehingga menggantikan 5 orang Melayu dalam Ahli Majlis MPK untuk memberi laluan kepada 7 orang Cina didalamnya. Untuk rekod, bangsa Cina hanya mewakili 12.9% dari pengundi Perlis.


Pecahan pengundi PRU12 di Perlis berdasarkan kaum.


7. Walaupun Md Isa secara relatifnya mempunyai keperibadiaan yang nampak lebih unggul berbanding Shahidan, tetapi ketokohan dan keupayaan mengurus dan mentadbir beliau nyata tidak setanding; apatah lagi dalam soal mengurus sebuah rampasan kuasa sebagaimana bala tentera Thailand mengurus rampasan kuasa di negara mereka. Md Isa terlalu senyap untuk membawa ngauman keperluan Singa Utara di pusat. Dengan sebab itulah banyak rakyat yang menjangkakan hayat politik Md Isa sebagai Menteri Besar tidak lama.

8. Datuk Seri Shahidan merupakan suatu aset kepada UMNO Perlis dalam keadaan beliau telah membuktikan keupayaan dan ketokohan beliau untuk mengemudi negeri Perlis yang kelemboi sehingga kadangkala nampak lebih besar dari Sarawak. DSSK berkemampuan membawa ngauman keperluan Singa Utara di pusat.

9. Akan tetapi, Shahidan adalah pemimpin yang mempunyai sejarah percakaran dengan pembesar-pembesar lain seperti Radzi, Syed Razlan, Azmi Khalid, Zahidi dan yang paling penting ialah pertembungan beliau dengan Tuanku Raja. Tuanku Raja dan kerabat istana Perlis serik untuk menerima Shahidan. Ibarat Anwar Ibrahim masih boleh tersenyum depan Dr. Mahathir, begitulah juga Tuanku Raja. Dalam perut siapa yang tahu.

10. Selagi undang-undang Perlis tidak dipinda, selagi itulah Tuanku Raja mempunyai kuasa melantik Menteri Besar. Surat tauliah dari Perdana Menteri, hatta dari Presiden Obama sekalipun, tidak akan memberi apa-apa makna tanpa perkenan baginda. Shahidan sendiri tidak pernah menjangka Tuanku Raja tergamak untuk bertindak menggunakan Veto dalam bab perlantikan Menteri Besar Perlis.

11. Oleh yang demikian, seandainya Tuanku Raja tidak berkenan untuk menerima kembali Shahidan, maka UMNO Perlis memerlukan alternatif lain bagi menggantikan Md Isa.

12. Hasil persembangan di kedai-kedai kopi sepanjang 2009, maka saya melontarkan nama YB Jeffri (Guar Sanji) dan YB Jamil (Sena) ke tengah gelanggang untuk dinilai oleh para pengamat politik Perlis sebagai muka-muka yang mungkin akan duduk di kerusi Menteri Besar Perlis. Saya menjangkakan salah seorang daripada mereka hampir pasti akan duduk di situ suatu hari nanti.

13. Seandainya itu terjadi, maka proses detoxification dalam UMNO Perlis akan bermula bagi tujuan merembeskan segala toksid dan penyakit dalam UMNO Perlis. Harus diingat, kedua-dua mereka mempunyai “kunci spare” untuk membuka kesemua sangkar dan membebaskan manusia-manusia yang terpenjara didalamnya.

qunang: banyak soalan, persoalan dan tawaran yang diterima melalui email dan sms.. mereka terus berteka-teki.. :)

3 comments:

perfectwater75 said...

Slm,

Saya teringat kata Datuk Hashim Subuh dalam satu perbualan, perlukah aku pi enjoy kat siam untuk melayakkan aku sebagai calon PRU? Perlukah aku berfoya-foya dengan perempuan jika bersungguh hendak menjadi seorang YB di Perlis? Tak tahulah dia tuju kat sapa?...Tuan lebih arif rasanya... hehehe!

thx!

qunang² said...

Saya tak pasti YB mana yang enjoy dan berfoya-foya dengan perempuan siam, tapi teringin juga nak tanya balik Datuk Hashim, perlukah aku ugut nak lompat masuk PKR lepas tak dapat jawatan melalui UMNO?

Anak Perelih said...

ko ni nak DERHAKA raja ke...???? dok kutuk PR... tapi UMNO Shahidan yang lebih DERHAKA....

Kata kat hashim Subuh... Bos sko tak pi jumpak Anwar ke...???