Monday, February 1, 2010

SHAHIDAN KASSIM: NAIK, JATUH & INGIN BANGUN SEMULA (SIRI 7)


1 DALIL KENAPA RADZI CANTAS SHAHIDAN


1. Pergeseran dua orang lama UMNO Perlis pada awalnya hanya dianggap sebagai ribut dalam cawan, sehinggalah pada bulan Disember 2007 apabila Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bertindak melampaui batas-batas tugas dan bidang kuasa beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO dengan membuat kenyataan terbuka bahawa kepimpinan UMNO Perlis perlu ditukar.

2. Memetik ucapan Radzi ketika melancarkan Gerak Kerja Pilihan Raya UMNO Bahagian Padang Besar, ‘‘Sudah sampai masanya kepimpinan UMNO Perlis diubah. Ini pandangan saya sebagai setiausaha agung parti. Kalau Perlis masih kekal dengan kepimpinan lama dan tokoh yang lama, saya rasa negeri ini akan terus berada di takuk lama.”

3. Di dalam perlembagaan UMNO, tiga tugas-tugas Setiausaha Agung UMNO digariskan dengan jelas dalam Fasal 9.8.4 Perlembagaan UMNO iaitu [i] Bertanggungjawab kepada Presiden; [ii] Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung; dan [iii] Menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.

4. Segala kegiatan memberi penerangan terutamanya dalam isu-isu yang sensitif adalah tanggungjawab Presiden dan Ketua Penerangan UMNO. Dalam Fasal 9.8.7 Perlembagaan UMNO, ada digariskan tugas-tugas Ketua Penerangan UMNO iaitu [i] Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada Majlis Tertinggi; dan [ii] Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam Jabatan itu.

5. Jika bukan kerana SATU sebab, Radzi ketika itu sewajarnya hanya memaklum dan membawa ke pertimbangan Pak Lah bahawa UMNO Perlis sedang kacau-bilau dan mengelak daripada membuat kenyataan umum. Masakan peguam dan pakar perlembagaan seperti beliau tidak membaca Perlembagaan UMNO.

KENAPA DISEMBER 2007?

6. Daripada pengamatan saya, peristiwa di bulan Disember 2007, yang memperlihatkan Radzi sudah hangat hati dan tidak sabar untuk membenamkan Shahidan, adalah berkait dengan legasi peribadi keluarga beliau.

7. Umum mengetahui, Radzi ialah anak kepada bekas Menteri Besar Perlis yang kedua, Allahyarham Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, yang menjadi Menteri Besar Perlis selama 4600 hari bermula pada 28 Mei 1959 hingga 31 Disember 1971.

Menteri Besar Perlis (1957-2010)


8. Sehingga November 2007, Allahyarham Pak Sheikh Ahmad kekal memegang rekod sebagai Menteri Besar Perlis yang paling lama menduduki kerusi tersebut selepas merdeka. Suatu fakta sejarah yang mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat kerana paling lama mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

9. Walaubagaimanapun, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menyamai rekod tersebut pada tanggal 9 Disember 2007. Sehinggalah pada hari ini, rekod Menteri Besar Perlis paling lama diperbaharui oleh Shahidan iaitu selama 4695 hari dari 6 Mei 1995 hingga 13 Mac 2008.

10. Sebagai seorang strategist yang sangat detail dalam merencana gerakan beliau di bawah dan diatas tanah, adalah suatu fakta yang signifikan bahawa Radzi sememangnya teringatkan legasi ini sehingga mendorong beliau melakukan character assassination sedimikian rupa.

PERLIS DITAKUK BARU?

11. Sejarah merekodkan ucapan Radzi pada bulan Disember 2007 yang berbunyi, “Kalau Perlis masih kekal dengan kepimpinan lama dan tokoh yang lama, saya rasa negeri ini akan terus berada di takuk lama.”

12. Bulan Januari 2010 sudah berlalu, bermakna genaplah 687 hari negeri Perlis diterajui oleh kepimpinan baru sebagaimana yang dihasratkan Radzi. Tokoh-tokoh yang menguasai Mini Putrajaya juga diperbaharui dengan tokoh-tokoh baru. Namun, rakyat Perlis masih tercari-cari takuk baru untuk negeri ini.

13. Saya khuatir, takuk baru yang dimaksudkan Radzi ialah takuk yang terkebelakang sikit dari apa yang telah dicapai di era Shahidan.

14. Apa yang pasti, Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan rasmi ke Perlis dalam tempoh 5 bulan pertama Shahidan menjadi Menteri Besar; suatu isyarat kesediaan pusat membuka paip duit untuk kerajaan negeri yang tidak kaya ini.

15. Manakala, hampir 2 tahun berlalu, dalam keadaan negeri Perlis sebagai satu-satunya hero yang menyelamatkan maruah Barisan Nasional di utara, Perdana Menteri masih tidak kunjung tiba.

16. Salah siapa? Mungkin suatu kebetulan jua semata-mata.

qunang: percaya kepada "kebetulan" yang dirancang untuk jadi kebetulan.

6 comments:

stravi14 said...

nyampah aku org cam ko. nak kutuk PR tu sedar la skit. at least diaorg x kebas duitt rakyat cam BN...

ko ni typical malaysian punya akal. snang diperbodohkan oleh umno bacul...

qunang² said...

PR? tak lama daaah..

Anak Perelih said...

PM melawat perelih lepas PRU12..>??? dia sendiri pun tertungging dah.. dah tak jadi PM dah... Najib...??? dia sendiri pun tak lepas lagi.... Mahyuddin Yassin dok tunggu peluang saja tu...

The Full Moon Revolution said...

kalau BN dan PR sama2 bersaing utk berkuasa...sapa yg untung? macam open terder la...sapa buat tawaran baguih kita sambaq la....
macam tender kantin ju kalau bagi lama2 sangat boring...

dok masak menu yg sama, x dak perubahan, dok rasa selesa nak dapat sambong lagi, take for granted, dah 50 tahun dok masak benda yg sama, bukan pelanggan saja yg boring, tukang masak pun rasa boring!

kalau BN dan PR bersaing utk memberikan yg terbaik kepada rakyat, maka rakyat akan dapat banyak manafaat, bukan macam sekarang, pemimpin2 & org2 politik mendapat tersangat banyak manafaat hasil dari pelbagai manupulasi yang licik yg tidak disedari/dikesan oleh rakyat!!!!

qunang² said...

Anak Perelih,
saya rasa bab "tungging" Anwar lagi cekap.. :)

Full Moon,
Mak kita dok masak dari kecik sampai kita besaq, sedap sedia..

The Full Moon Revolution said...

Bro qunang,

mak bapak masak, we have no choice..lagipun memang sedap forever!

tapi bab pemimpin, kita ada choice, rakyat akan pilih pemimpin yang benar2 jujur berbakti kepada rakyat, menjaga agama islam, hak2 rakyat, dll

macam zaman Allahyarham Tunku & Tun Razak dulu mereka sanggup guna duit sendiri utk rakyat, Tun Razak pernah tolak kerajaan nak bina kolam renang (walaupun layak)dia minta duit tu disalurkan pada rakyat..zaman tu org sanggup gadai/sedekah gelang & rantai emas!!!

mak saya dok tanya "awat pemimpin lani dok berebut2 jawatan, ada puak2, dengki dll tak macam zaman Kapai Layaq dulu"?

anyway kita sama2 berdoa kemelut politik di Perlis tidak akan berpanjangan dan sekiranya berlaku dapat diselesaikan secara baik, yg duduk dalam pelbagai sangkar tu eloklah disatukan menjadi satu sangkar yg besag, kan lebih selesa?