Sunday, February 21, 2010

SHAHIDAN KASSIM: NAIK, JATUH & INGIN BANGUN SEMULA (SIRI 8)


MEREKA YANG MENGIGAU


Aku mengigau,
Mereka sedang mengigau…

Perahu yang mereka kayuh,
Bemula di muara tenang,
Kini pelantar kian menghilang,
Walau tertinggal seribu kenang,
Daratan dilupa dengan senang.

Perlumbaan mereka ditontoni,
Bukan hanya tuhan yang memerhati,
Juga gerombolan manusia yang belum mati,
Bersorak, bertaruh dan berteka-teki,
Bila manusia tidur, tuhan mendekati.

Bukan mereka tak tahu mereka akan mati,
Masuk liang bukan boleh bawa kerusi,
Yang masih hidup akan mengganti,
Duduk di kerusi MB.

Pelayaran mereka menghamili dendam,
Bersaing untuk berbunuhan,
Berperang menjadi tuan,
Permusuhan yang dilahirkan,
Peperangan yang dsengajakan.

Aku mengigau,
Mereka sedang mengigau,
Igauan Bulan Tiga..


KERAJAAN PERLIS vs. “KERAJAAN” SHAHIDAN

1. Hari ini, dua puluh hari berselang dari siri sebelumnya, menandakan Februari sudah di penghujung. Lagi seminggu, kita akan berada di bulan tiga yang bersejarah.

2. Baru-baru ini, Menteri Besar Perlis mengadakan program “Jom Pi Masjid”. Bukan sekadar sebuah program yang baik, ianya menjadi suatu lonjakan publisiti positif untuk menampakkan peranan dan keprihatinan pentadbir kerajaan Perlis terhadap unsur kebajikan, kemasyarakatan dan keagamaan.

3. Namun begitu, ada suara beranggapan gerakan yang baru hendak bermula ini sudah agak terlambat kerana ianya hanya diadakan ketika di penghujung Perjanjian 2+2; setelah Menteri Besar terlalu lama menyepikan diri dari bersentuhan dengan rakyat secara hemoi di ditengah-tengah lenda kamera wartawan.

4. Di sangkar sebelah, Shahidan terus memperkukuhkan momentum kempen beliau dengan program-program yang berterusan dengan marhaen-marhaen grassroot di negeri perlis.

5. Terkini, gerakan KUMPULAN TAJDEED yang dipelopori beliau dengan dibantu oleh Datin Seri Shamsiah, isteri merangkap Naib Ketua Wanita Bahagian Arau, digerakkan sebagai bentuk pembaharuan dalam agenda menunjukkan kehebatan “kerajaan” Shahidan berbanding kerajaan Negeri Perlis.

6. Jika diukur dari sudut material dan kebendaan, “kerajaan” Shahidan nampak lebih kaya dan pemurah dari kerajaan Perlis.

7. Hal yang demikian secara mutlak dapat memperjelaskan bagaimana Shahidan dapat mengekalkan lingkungan pengaruh beliau di Perlis daripada dijajah oleh “tokoh-tokoh baru” yang dibariskan oleh Radzi. Shahidan terkenal dengan sifat pemurah yang jarang-jarang ada dalam hati orang-orang Melayu yang kaya.

PERJANJIAN 2+2: APA KATA YB?

8. Ketika berhenti minum di sebuah kedai kopi dalam kawasan Parlimen Padang Besar baru-baru ini, saya berkesempatan pasang telinga untuk mendengar cakap-cakap seorang YB di meja sebelah. Beliau YB senior yang naik ketika era Shahidan.

9. YB tersebut bersungguh-sungguh menerangkan bahawa tidak akan berlaku pertukaran Menteri Besar selagi tidak ada undi tidak percaya terhadap Md. Isa.

10. Beliau terangkan pula Undang-undang Tubuh Negeri Perlis yang sangat unik berbanding negeri lain; bahawa Tuanku Raja berhak melantik mana-mana individu (tidak semestinya ADUN) untuk menjadi Menteri Besar Perlis tetapi mesti mendapat sokongan majoriti dalam persidangan DUN. Walaubagaimanapun, baginda tidak berhak membuang Menteri Besar Perlis yang masih terus mendapat kepercayaan majoriti dalam Persidangan DUN.

11. Seorang Ahli Mesyuarat Tingkap bertanya, “Habis tu, macamana Shahidan boleh kata dia nak naik jadi MB balik?”. Lantas YB itu melebarkan penerangan beliau bahawa terdapat dua cara Shahidan boleh menjadi Menteri Besar semula. Yang pertama, dengan mengalihkan kepercayaan ADUN dari Md. Isa kepada dirinya melalui undi tidak percaya; dan kedua, memujuk Md. Isa untuk melepaskan jawatan.

12. Dijelaskan lagi, kaedah yang kedua hanya akan menurunkan Md. Isa dari kerusi Menteri Besar tetapi tidak menjamin Shahidan untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar. Ini kerana, kalaupun ada perjanjian oleh Md. Isa untuk menyerahkan kuasa kepada Shahidan dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, hak melantik Menteri Besar bukanlah menjadi hak Md. Isa tetapi hak mutlak Tuanku Raja.

13. Dalam erti kata lain, janji didalam Perjanjian 2+2 yang disebut-sebut itu telah melampaui kuasa individu-individu yang terlibat dalam perjanjian itu kerana Tuanku Raja tidak turut serta semasa perjanjian dibuat. Kalau Md. Isa nak serah juga jawatan MB kepada Shahidan, Shahidan perlu angkat sumpah depan Tuanku Raja; dan kalau Tuanku Raja tidak berkenan mencemar duli menerima kehadiran Shahidan untuk mengangkat sumpah, Shahidan tidak akan menjadi MB yang sah.

14. Lantas seorang bekas YB mencelah, “ish.. agak-agak yang Shahidan nak kalut sangat jadi MB tu sebab apa?”. YB menjawab dengan sedikit gagap sambil menoleh ke kanan dan kiri, “dia nak pinda undang-undang bab lantik Menteri Besar”.

15. Saya yang sejak tadi membelakangi mereka terus bangun dan bertanya, “YB ni dok dalam sangkar mana?”. YB jadi lagi gagap dan terus tukar cerita, “laaa.. lama tak jumpa. Bila mai? Dah makan ka?... bla... bla... bla...”.

16. Saya simpan baik-baik cerita beliau yang selanjutnya.

qunang²: ada cahaya di hujung terowong..

6 comments:

Anak Perelih said...

memang kerajaan shahidan lebih kaya dari kerajaan perelih... sewa tanah di Kubang Gajah pun dah RM1 juta setahun... duit dari jual Bernas kat org Hong Kong lagi....

Dah berbelas tahun dah jadi MB sampai jadi MB paling lama pegang kuasa.... bagi peluang la kat orang lain sama... rakyat dah muak dengan orang yg sama saja... investor pun takut masuk perelih ni...

mau tak pemurah... elaun JKK pun kena catu tak ikut yang patut dibagi.. so duit tu lah diguna utk aktiviti 'pemurah' dia tu....

bila masuk TV... kadang kadang malu jugak bila dengaq cara dia berhujah/jawab soalan... nampak macam orang kampung sangat... padahal tu MB dalam TV nasional... kalau cakap lagu tu dgn org kampung kira sesuai la... ni dalam TV...

dan betui apa yg YB padang besaq tu cakap.... berfakta... kalau ada perjanjian pun tapi majoriti ADUN nak orang lain... tak boleh jadi MB jugak... dan kalau Raja tak bekenan.. jadi lah macam di terengganu... macam apa jadi kat Ideris Jusoh... dan ambil jugak iktibar dengan apa keputusan mahkamah persekutuan pasai kes di perak tu.... UMNO shahidan nak derhaka ke???

qunang² said...

- Terima kasih Anak Perelih.. saya bersetuju dalam banyak hal yang ditulis oleh Anak Perelih.

- SHAHIDAN TIBAI DUIT: mungkin ya.. dan hakikatnya ramai lagi yang lain yang kumpul duit cara tu. Masalahnya, yang lain tak jadi Robin Hood (makan sorang?). Sebab itu dalam hal ni, saya rasa Shahidan a bit better.

- PELUANG ORANG LAIN: setuju dan sebab itu saya lontarkan dua nama dalam Siri ke-6. Saya tak pernah kata Shahidan akan jadi MB balik sepertimana laporan Malaysiakini.

- SHAHIDAN MACAM PAKCIK KAMPUNG DI TV: sekurang-kurang dia boleh bawa ngauman Perlis Singa Utara Al-Kelemboi di Pusat. Kerana 2 tahun Md Isa terlalu sepi, saya hilang percaya bahawa beliau "layak" berada disitu walaupun tak dinafikan keperibadian beliau lebih baik dari Shahidan. Saya tulis dalam siri ke-5 tentang menyerah kuasa pada tangan yang sepatutnya.

- SHAHIDAN NAK DERHAKA: kalau dia buat kelaku macam Nizar, kita sama² taruh dia cukup²..

The Full Moon Revolution said...
This comment has been removed by the author.
The Full Moon Revolution said...

bro qunang2,
saya setuju dgn bro,

Tapi kalau nak jadi robin hood yang tak berdosa (tidak disoal di akhirat)kita kena bagi kesemua yg kita tibai pada rakyat tapi apa yg berlaku; kita dapat 10 kita bagi 1 saja pada rakyat, 9 lagi kita tibai; dapat lagi 10, 9 kita balun 1 bagi pada rakyat....dapat lagi...dan lagi....

rindu sangat...
dah lama tak dapat periok nasi, duit cash, dapor gas; yg dapat dulu dah berkarat!!! agak2 bila boleh dap lagi?
(-:

qunang² said...

bro Full Moon,
bab dosa pahala dan pecahan pembahagian kena tanya TG Nik Aziz.
Saya tak reti..

Cuba tanya "ulamak" Nik Aziz, RASUAH seisi keluarga ke Disneyland dan ke Mekkah yang mana lebih berdosa?
dia gerenti tau..

The Full Moon Revolution said...

sory bro qunang,
saya bukan org pas...pakai logo saja..
saya ada byk logo collections,
kadang2 pakai logo mca, kadang2 pakai logo mic, kalau boring sangat pakai logo gerakan, logo pkr, logo dap, kalau boring saya pakai lencana umno!