Friday, March 19, 2010

THE POLITICAL ENDEAVOUR

ADVISORING IS NOT SUPERVISORING

1. bismillāhirraḥmānirraḥīm..
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

2. Let me begin this fresh page with the glorious thanks to Allah s.w.t for keeping those molecules of oxygen and carbon dioxide around me and so the discrete types of mankind in this world. All of them have inspired me to move further in my life.

3. I do hope that I can continue scratching the notes of my life here so that I would be able to spell the experience, observation and thoughts that came across my life path.

4. Truly, there are only a few people who can change the ‘intractable’ me to be somebody else -- those who succeed to show me their concerns, loves and cares. Let a dog be a dog and a cat be a cat; thus atief must be atief.

5. There are people who had given me valuable conducive advises and guidance in which I am not in any way to be tied as a blind obedience. Advisoring is not supervisoring.

6. There are people who will only give advises conditionally if I am bound to their words Those who advise and supervise.

7. There are people that sometimes changed the view of a small lake to be a wide ocean – they are exaggerators! These people express their thoughts through examples that often embellish a simple command. They don’t advise nor supervise but propagandise.

8. And undoubtedly, they are nobody who supervise without giving advise.

PATIENCE WITH PASSION

9. I am an UMNO man.

10. When I blogged my political thoughts, my mind was unable to deviate my criticism for the wrongdoings, misconception and misjudgments of a group of human beings blessed with certain power in their hand -- the leaders and the UMNO leaders.

11. More often than not I expressed my points to a level that I believed can signify the correct interpretation of what I meant for; and those respectable readers and friends seems to understand it.

12. Nonetheless, there are friends who slanderly accused me for being paid of what I wrote; yet their distinctive claims keep changing time after time about who paying for me for all these, as my criticism goes on from one to the other.

13. I have received some sms from a leader clarifying on my abhorrence to his remotely controlled boss, while conveying his qualm that I am part of his boss enemies.

14. I pronounce that my criticism is never based on hatred, yet I have tried to be remorseful through my sincere remarks. When I choose a word, it means what I choose it to mean, neither more nor less. When I suggest that one should resign from his post, it is my suggestion that comes from my mind and heart for the betterment of the whole ummah. It is my opinion as you may have yours.

15. So often, I listen, read and observe those leaders that I want to write about; although some of them are too quiet to be listened, too plain to be read and too shy to be observed. They separated themselves from communicating with strangers like me and they only like to be praised by people around them (i.e. the fir'aun² kecil?).

16. In a book written in 1958 by Martin Luther King Jr, Stride Toward Freedom: the Montgomery Story, he stressed that men often hate each other because they fear each other; they fear each other because they don't know each other; they don't know each other because they cannot communicate; they cannot communicate because they are separated.

17. My two cents worth to him that when your hatred is too keen, it put you beneath the one you hate. So be patience with your passion.

qunang: when we fly on the sky, the view is wide. when we walk on earth, the view is large.

Monday, March 8, 2010

ZULKIFLI NOORDIN, TOK IMAM & FI SABILUNA


TERDENDANGNYA SEORANG WIRA

1. YB Zulkifli Noordin dipecat dari parti beliau kerana mempertahankan kalimah "Allah" dari dicerobohi orang² kafir.

2. Sehari sebelum dipecat, beliau sekali lagi mencoretkan pendirian dan keimanan teguh beliau melalui sebuah puisi bertajuk Fi Sabiluna – Inilah Caraku yang antara lain beliau sebutkan

Sahabat dan taulan
aku pertegaskan
ku tetap pertahan
aqidah dan kebenaran
tanpa malu dan segan
walau berseorangan

3. Ketika tokoh-tokoh lain bertindak keluar dari parti, beliau nyata berbeza. Beliau mengkritik kebejatan “firaun-firaun kecil” di dalam partinya dalam usaha membasuh parti itu dari dalam agar kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar berdasarkan prinsip-prinsip keadilan sejagat. Lantaran itu, beliau dikeluarkan dari parti itu dan bukan mengeluarkan dirinya dari parti itu.

4. Hal yang demikian sekaligus menjadikan cabaran Presiden Wan Azizah supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru sebagai lawak politik berteknologi usang. Jika YB Zulkifli melepaskan kerusi itu, beliau tidak dapat bertanding semula selama lima tahun sepertimana yang menjadi penyesalan Presiden Wan Azizah setelah melepaskan kerusi Permatang Pauh.

5. Teringat saya akan satira politik era reformasi bertajuk “SHIT” tulisan Shahnon Ahmad yang mengisahkan penyakit sembelit Barisan Nasional yang busuk lagi membusukkan ekoran kepala tahi tak dapat dikeluarkan. Peranan Anwar Ibrahim yang digambarkan cuba membersihkan najis-najis dalam usus Barisan Nasional telah gagal.

6. Hari ini, kita sedia maklum kenapa Anwar gagal membersihkan UMNO. Masakan najis dapat membersih najis?!

7. Hari ini, kita lihat bagaimana akibatnya apabila najis digunakan untuk membersihkan lapisan kain separa bersih berwarna hijau, biru cerah dan putih kemerahan. Maka, bertompok-tompoklah najis yang terpalit diatas banyak kain.

8. Jasa dan kelantangan Zulkifli yang diperkudakannya ketika berhadapan dengan perbicaraan liwat yang lalu telah dilupakan dengan sewenangnya oleh Anwar Ibrahim kerana serakah politiknya. Suatu petanda bahawa “bakal PM” ini boleh melakukan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya, termasuklah doktrinisasi ala gestapo.

PERANAN IMAM & AJK MASJID

9. Ketika isu pencerobohan kalimah “Allah” oleh orang kafir dilihat semakin reda tanpa penyelesaian, Zulkifli seakan-akan nampak keseorangan dalam perjuangannya. Orang-orang lain yang senada dengannya diperingkat awal sudah kembali dengan tugas harian masing-masing dalam keadaan orang Kristian masih dibenar menggunakan kalimah “Allah” dalam pemasaran dan dakwah agama mereka di seluruh Malaysia.

Berdasarkan gambar sidang akhbar paderi besar Malaysia pada 6 Mac 2010, orang Kristian sebenarnya lebih selesa menggunakan perkataan "God" dan bukan kalimah "Allah" bagi merujuk tuhan mereka. Saja nak cari pasal dengan orang Islam?!
[sumber: http://www.malaysiakini.co
m/news/125823 ]

10. Pengalaman ketika berjalan-jalan sepanjang Queen Street ditengah bandar Cardiff beberapa tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Di suatu perhentian, saya telah dihampiri oleh seorang paderi tua yang berpakaian macam orang muda yang sedang membuka booth dakwah di sebuah shopping arcade. Selepas sedikit mukaddimah, dia bertanya, “kenapa saya memilih Islam?”. Saya tersenyum seketika lantas menjawab, “saya memilih Islam kerana mudah untuk saya bertaubat kalau rasa keinsafan hadir dalam hati di tengah malam. Cuma perlu ambil wudhuk dan solat taubat anytime anywhere. Kalau saya pilih Kristian, saya kena tahan rasa keinsafan itu hingga keesokan harinya kerana pintu taubat (confession gate) hanya dibuka pada office hour”. Paderi itu pun berlalu sambil tersenyum sendiri. Semoga dibukakan pintu hatinya untuk memilih Islam.

11. Dicoretkan pengalaman itu kerana saya merasakan tok-tok imam dan ajk-ajk masjid kita tidak menjalankan fungsi mereka. Kedengaran di sesetengah tempat akan wujudnya perselisihan dan perebutan jawatan imam dan jawatankuasa masjid. Secara jujurnya, sebahagian besar perselisihan itu hanyalah bersandarkan penjajahan politik, sikap individualistik dan tarikan materialistik (atau salah satu daripadanya). Awal-awal lagi sudah tersasar dari niat menegakkan syiar keagungan Islam.

12. Di pihak pentadbiran agama negeri, seribu dalih dicari untuk tidak terlibat secara aktif dalam penganjuran program-program agama secara berterusan. Dalih yang paling biasa kedengaran ialah “tak ada budget”.

13. Saya mohon mencadangkan supaya tok-tok imam dan jawatankuasa masjid yang “menang” dan mula menerima elaun supaya bertindak proaktif untuk melaksanakan usaha dakwah di kariah masing-masing. Bukalah booth atau meja kecil di pasar tani dan pasar malam agar wujud pendampingan diantara institusi masjid dan masyarakat disekelilingnya.

14. Di peringkat Jabatan Agama Islam, saya mohon mencadangkan supaya usaha membuka booth di kompleks-kompleks membeli belah dimulakan bagi tujuan dakwah memberi pemahaman, kaunseling dan nasihat, atau sekurang-kurangnya mendapatkan statistik dan maklum balas dari orang ramai dalam kerangka memahami permasalahan sebenar dalam masyarakat terutamanya yang berkaitan dengan agama.

15. Modal yang paling besar untuk menjayakan program tersebut hanyalah senyuman dan ilmu di dada; sedang meja dan kerusi boleh dibawa dari rumah masing-masing untuk dipinjamkan bagi tujuan dakwah. Ini sekaligus menjadikan kos sebenar penganjuran program seumpama ini sebanyak RM0.00 (tiada implikasi kewangan).

16. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. ALLAHUAKBAR..! ALLAHUAKBAR..! ALLAHUAKBAR..!

qunang: Fi sabiluna – inilah caraku...