Wednesday, March 24, 2010

PRK TITI TINGGI - PENGAJARAN UNTUK MB PERLIS (Siri 1)

SEMUA ORANG SUKA

1. Dalam Utusan Malaysia 19 Mac 2010, MB Perlis bertanya, “Kenapa Tak Suka Saya?”

Wawancara Md Isa dalam Utusan Malaysia 19 Mac 2010


2. Saya mohon bertanya kembali, awat yang Radzi suruh Datuk Seri tanya macam tu dalam paper? Siapa yang tak suka Datuk Seri???

3. Saya berpendapat, begitu ramai rakyat khususnya pendokong-pendokong UMNO suka Datuk Seri.

4. Hatta, “pertubuhan haram” MANTAP pun suka Datuk Seri.

5. Mereka suka Datuk Seri berundur dan beri laluan pada orang lain yang lebih layak dan berkaliber untuk mentadbir kerajaan Barisan Nasional di Perlis.

6. Seorang Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Kualiti seperti Datuk Seri tak perlu bazirkan wang rakyat untuk melantik Punahsihat 46% kepada Menteri Besar dalam mengurus hal ehwal pentadbiran. Memadailah dia bagi pandangan atas dasar kawan baik, bukan diwujudkan jawatan rasmi yang akhirnya backfire kepada Datuk Seri. After all, bukankah semua rakyat boleh bagi pandangan kat Datuk Seri?

BILA ADUN MELETAK JAWATAN

7. Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Barisan Nasional Perlis diamanahkan mengetuai dan menjaga 13 wakil rakyat Barisan Nasional.

8. Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab menjaga 140 wakil rakyat Barisan Nasional.

9. Sehingga hari ini, tidak ada Ahli Parlimen Barisan Nasional meletak jawatan; tetapi seorang ADUN Barisan Nasional telah meletak jawatan iaitu di N1. Titi Tinggi dalam kawasan Parlimen Padang Besar di negeri Perlis.

10. Perletakan jawatan itu menjadi bukti kegagalan Punahsihat 46% Menteri Besar Perlis menghidu tompokan-tompokan bara di dalam longgokan sekam di peringkat awal yang pada luarannya nampak tenang dan cantik di mata. Belum dikira sekam-sekam yang semakin masam berjeruk didalam longgokan itu yang semakin kuat baunya hingga ke negeri-negeri jiran.

11. Hakikat sejujurnya, banyak lagi bara dan barah yang bakal timbul sekiranya Punahsihat 46% Menteri Besar meneruskan keegoannya menekan button remote control dengan sesuka hati bagi mengawal Menteri Besar yang dianggap sebagai “puppet” oleh ramai orang.

AGENDA TANGAN GHAIB SHAHIDAN?

12. Apabila sahaja bekas ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn, menghantar surat perletakan jawatan, muka-muka Facebook orang-orang yang berkepentingan dengan Tuan Punahsihat 46% lantas menuduh mantan Menteri Besar sebagai dalang disebalik perletakan jawatan itu.

13. Terlupa mereka kisah kegagalan Anwar Ibrahim “membeli” Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk merampas kuasa pada 16 September 2008 kerana kehebatan dan kebijaksanaan Perdana Menteri menjaga Ahli-ahli Parlimen dibawah beliau.

14. Kalaupun betul Shahidan menjadi dalang, Yip Sun Onn tidak mungkin meletak jawatan sekiranya ada kebijaksanaan daripada pihak Tuan Punahsihat 46% untuk memadam bara dan mengubat barah di peringkat awal.

KEMUSNAHAN LEGASI BN PERLIS

15. Beberapa bulan yang sebelum Yip Sin Onn meletak jawatan, DAP buat julung-julung kalinya selepas puluhan tahun, membuka cawangan mereka di Perlis.

16. Inilah akibatnya apabila kuasa diserah secara “veto” kepada seorang puppet yang dipengaruhi oleh seorang manusia yang terbukti bangsat dalam politik Melayu dan UMNO. Rampasan kuasa yang dihalalkan melalui “veto” Tuanku Raja telah mengetepikan kerangka moral, integriti dan track record kepimpinan politik. “Orang-orang yang gagal”dan “pemusnah yang nyata” telah diberikan tempat yang tidak layak untuk mereka duduki.

17. Tuanku Raja tetap akan kekal sebagai Raja ketika UMNO berhadapan risiko kehilangan majoriti untuk membentuk kerajaan dan memiliki Menteri Besar dikalangan pemimpin mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

18. Adalah suatu fakta bahawa tangan Radzi bukan hanya pernah menjatuhkan bendera UMNO, tetapi membakar bendera UMNO. Bilik-bilik gerakan UMNO ketika itu tidak hanya ditutup, malah ditukar kepada Markas Semangat 46.

19. Akal "cerdik jahat" & “bodoh sombong" Radzi bukan hanya mengkhianat UMNO pada zaman Semangat 46 dahulu, tetapi juga sekali lagi menjahanamkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12. Konon insaf dengan angkaranya, Radzi ketika itu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO.

20. Saya benar-benar hairan kenapa masih ada orang-orang Melayu suka dipatuk oleh ular yang sama berulang kali.

21. Hari ini, kita sekali lagi melihat kerosakan yang dibawa oleh Radzi merangkap Tuan Punahsihat 46% kepada Menteri Besar “puppet”.

22. Legasi BN Perlis di penghujung hayat.

2 comments:

The Full Moon Revolution said...

haa... itulah asam garam umno selama 50 tahun!

qunang² said...

Full Moon,
asam di darat, garam di laut, dalam kuali bertemu jua.. :)

ps: oren pulak? apa makna?