Thursday, March 25, 2010

PRK TITI TINGGI - PENGAJARAN UNTUK MB PERLIS (Siri 2)


ADUN FLIP FLOP DAN AKAUN YIPPIE

1. Ketika pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagian Padang Besar mencapai konsensus agar perletakan jawatan Yip Sin Onn diterima, semua surat khabar di Malaysia mengkhabarkan tentang kenyataan Tuan Punahsihat 46% bahawa BN Perlis akan memujuk bekas ADUN itu. Seperti kebiasaannya, tentu sekali kenyataan Tuan Punahsihat 46% itu diucapkan oleh puppet beliau.

2. Hari ini, Yip Sin Onn dilaporkan menarik balik kenyataan beliau selepas 24 jam meletak jawatan. Perangai flip-flop kebudak-budakan yang akan membolehkan Yip membuka akaun Yippie di Maybank. Pi’e kata, “apa punya turrr..!”

3. Demikianlah hebatnya Tuan Punahsihat 46% yang menggunakan pengalaman luas dia bermain jalan belakang. Kudrat, masa dan akal pengundi-pengundi Melayu yang menjadi majoriti di DUN Titi Tinggi sewenang-wenangnya diabaikan. Pengundi-pengundi tersebut mula berhimpun di kedai-kedai kopi di Padang Besar untuk berbincang dan mendesak diberikan calon dari UMNO kerana jasa baik mereka memangkah calon MCA tidak dihargai dengan sewajarnya.

YIP SIN ONN, RADZI DAN KEIKHLASAN PEMIMPIN

4. Yip Sin Onn dijadikan calon BN melalui sangkar Radzi dan dia orang Radzi sehingga sekarang.

5. Maka, mudahlah difahami kenapa Radzi memetik button “pujuk” pada remote controlnya untuk memujuk Yip Sin Onn sebaik sahaja Yip Sin Onn menghantar surat letak jawatan.

6. Fikiran saya 46% pasti bahawa Radzi sekali-kali tidak akan menekan button “pujuk” sekiranya Yip Sin Onn ialah Shahidan Kassim atau Syed Razlan atau orang-orang dalam sangkar mereka.

PERSEFAHAMAN, PERJANJIAN DAN PEMUNGKIRAN

7. Tuan Punahsihat 46% melalui puppetnya telah membuat kenyataan bahawa Yip Sin Onn digugurkan dari senarai exco kerana menghormati “persefahaman 2+2” dalam Persatuan Cina Malaysia.

8. Amat malang sekali bagi Pertubuhan Melayu Bersatu apabila “perjanjian 2+2” dalam parti mereka dimungkiri dengan selamba ngok.

9. Suara aspirasi dan kehendak bangsa Melayu di Perlis akan terus terabai kerana ada orang Melayu sendiri yang menjadi petualang meminggirkan perpaduan bangsa sendiri dek kerana kerakusan dan keegoan memegang kuasa.

KEWARASAN PERTIMBANGAN

10. Penyakit half-past-six orang-orang Melayu UMNO di Perlis ialah malu alah tak bertempat.

11. Mereka tidak mahu bermenterikan boneka, mereka tidak rela dinasihati oleh petualang, mereka sedar suasana negeri kian suram dan seram, mereka akui mereka tertipu; tetapi mereka bacul untuk bersuara hanya kerana satu sebab -- malu alah.

Apapun terjadi, “tak apa lah”,
walaupun menteri selembab Pak Lah,
biarpun parti makin nak kalah,
terpaksa cari makan sampai naik lelah,
fikiran mereka tetap serba salah,
kerana malu alah,
kerana “tak apa lah”.

qunang: sudah terjatuh baru terngadah...

1 comment:

Anak Perelih said...

dan apa pula kata Pak najib tentang isu 2+2 UMNO perelih ni??? kan ke dia salah sorang saksi??? kalau betul ada perjanjian tu... dia dah mai settle dah... sebab kalau dibiarkan, ianya akan membakar UMNO perelih...