Monday, March 29, 2010

PRK TITI TINGGI - PENGAJARAN UNTUK MB PERLIS (SIRI 3)


BILA SPEAKER JADI PA SYSTEM

1. Orang tengah dalam mana-mana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Speaker Dewan Undangan Negeri.

2. Dalam pembangunan negara yang kian pesat hari ini, bangunan dan dewan DUN telah diperluas dan diperbesarkan menyebabkan setiap ahli-ahli Yang Berhormat terpaksa menggunakan mikrofon sekiranya ingin suara mereka didengari dalam dewan yang luas itu. Bagi membolehkan mikrofon itu berfungsi, maka dipasanglah beberapa speaker dalam dewan tersebut - speaker Dewan Undangan Negeri.

3. Secara perbandingan, “speaker Dewan Undangan Negeri” tidak pernah memihak malah sentiasa adil menyuarakan apa jua ucapan dari YB-YB yang diberikan hak untuk bersuara; manakala “Speaker Dewan Undangan Negeri” memerlukan isyarat dari remote control sebelum bersuara.

4. Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat, membuat pengumuman perletakan jawatan Yip Sin Onn setelah menerima surat perletakan jawatan. Sehari selepas itu, Speaker sekali lagi membuat pengumuman penarikan balik perletakan jawatan setelah menerima sms daripada Yip Sin Onn.

5. Hanya kerajaan negeri Pasir Bedengung menerima sms dalam urusan rasmi kerajaan yang boleh diterimapakai sebagai asas sesuatu pengumuman. Dan lagi, di negeri-negeri selain negeri Pasir Bedengung, pengumuman yang memihak kepada sesuatu parti mestilah dibuat oleh parti itu sendiri dan bukan oleh hakim yang menghakimi perbahasan diantara beberapa parti.

6. Di negeri Pasir Bedengung, Speaker boleh terang-terang membuat kenyataan yang memihak kepada sesuatu parti. Diantara pengumuman Speaker yang dicoretkan dalam sejarah negeri itu ialah: "Kita tidak mahu pilihan raya kecil. Kita mahu dia untuk terus bersama BN untuk membangunkan negeri ini", "Sehari dua lagi... Harapan untuk dia (kekal) bersama kita (adalah) cerah", "Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya", "Kalau saya buat begitu (maklumkan kepada SPR), seolah-olah saya mahu pilihan raya kecil”.

7. Speaker DUN sepatutnya berfungsi menyuarakan apa yang dicakap oleh Ahli-ahli DUN melalui mikrofon mereka. Bila Speaker pun dah ada mikrofon sendiri, Speaker jadi PA System.

8. Saya mencadangkan, Persidangan DUN yang akan datang mengemukakan suatu usul tergempar untuk menaikkan pangkat Speaker menjadi PA System diatas kecemerlangan beliau bertindak proaktif membuat pengumuman melampaui bidang kuasanya.

Pengumuman Puppet melalui PA System.


ANTARA 1MALAYSIA DAN 1%

9. Melalui pengumuman yang dibuat oleh bakal PA System, banyak pihak menyuarakan rungutan kerana Tuan Punahsihat 46% terlalu tergesa-gesa mengambil keputusan memetik button “pujuk” untuk menarik balik perletakan jawatan Yip Sin Onn. Di celah-celah rungutan itu, terdengar suara-suara yang mempertikaikan kenapa Tuan Speaker (merangkap bakal PA System) yang disuruh Tuan Punahsihat 46% untuk membuat segala pengumuman parti tetapi bukan puppet kesayangannya? Lantas dituduh Tuan Punahsihat 46% pengecut dan ego untuk mengaku kesilapan dan kelemahan diri di khalayak ramai.

10. Harus difahami bahawa Ketua Perampas Kuasa, Tuan Punahsihat 46%, bukanlah lari atau takut untuk mengaku kelemahan dan ketidakcekapan diri dan pentadbirannya; tetapi dia sedang sibuk ketika itu kerana terpaksa menghadiri mesyuarat tingkap bagi mengkaji bagaimana komisyennya tinggal 45% sahaja untuk satu projek mengganti dan mengecat sekeping plywood di Dewan Orang Ramai Kampung Pening Lalat. 1% yang terkurang itu sama penting dengan 1Malaysia. Semua orang diminta faham dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

11. Harus juga difahami bahawa Tuan Punahsihat 46% tidak meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO beberapa jam selepas BN kalah teruk, tetapi dia meletak jawatan beberapa jam selepas tidak lagi tersenarai sebagai Menteri Kabinet.

12. Sebagai seorang yang dianggap hebat dan dahsyat, sekurang-kurangnya Pak Lah patut melantik Tuan Punahsihat 46% sebagai Menteri Set-Board Mekap kalaupun tidak sebagai Menteri Kabinet. Mesti ada “m.e.n.t.e.r.i” baru boleh buat kerja. Sekarang dia jadi Punahsihat 46% Kepada M.e.n.t.e.r.i Besar Perlis, baru boleh buat kerja. Klik disini untuk mendengar dan memahami syarat-syarat untuk Punahsihat 46% bekerja.

13. Perlantikan itu tentu sekali akan membolehkan BN dipunahkan secara total bagi memberi laluan kepada Semangat 46 memerintah negara, sekaligus dapat menambah peluang-peluang pekerjaan dalam Jabatan Bomba bagi memadamkan bendera-bendera UMNO yang dibakar.

Terbang-terbang si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Cari-cari dimana hilang,
Rupanya di kebun sedang lena.

Terbang-terbang si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon geti,
Terbang-terbang insan terbilang,
Kalau terjatuh baru hang reti.

Terbang-terbang si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon nangka,
Bila pemimpin seorang petualang,
Masih mengangguk tak angkat muka?

qunang: dah lama daaaah..

No comments: