Thursday, April 29, 2010

SERUAN PERDAMAIAN DALAM UMNO PERLIS


BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

1. Akhirnya ternampak juga sedikit sinar cahaya di hujung terowong yang gelita apabila sekumpulan yang tidak kecil dikalangan ahli dan penyokong UMNO Perlis yang menyarankan perdamaian dalam parti keramat ini.

2. Bagi yang mengenali dan mengerti, bukan pecah belah yang dicari dalam sorotan penulisan dan pendedahan saya terhadap kebobrokan pentadbiran Datuk Seri Md Isa Sabu selaku Menteri Besar Perlis, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan Pengerusi Barisan Nasional Perlis. Jawatan-jawatan yang penting itu datang dengan tanggungjawab yang sangat penting.

3. Disebalik segala kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Md Isa yang terlencong jauh dari landasan murni perjuangan orang-orang Melayu, jauh di sudut hati saya masih mengharapkan muhasabah yang tulus di hati Datuk Seri Menteri Besar.

4. Muhasabah yang tulus membawa erti keikhlasan dalam mengenalpasti, menginsafi dan memperbaiki perkara-perkara yang hitam, putih dan kelabu. Hitam katakan hitam, putih katakan putih, kelabu katakan separuh hitam.

5. Sesungguhnya yang dicari ialah perdamaian dan satu padu untuk menguatkan UMNO Perlis dalam keadaan masa yang kian suntuk menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

6. Sikap “aku dapat semua, engkau hilang segalanya” tidak memungkinkan berputiknya perdamaian dan perpaduan selepas rampasan kuasa cara veto yang dilakukan. Sebaliknya, ianya akan menyemarakkan persengketaan dan perbalahan yang tidak berkesudahan dalam hierarki kepimpinan UMNO di Perlis.



WIN-WIN SITUATION

7. Demi memupuk perdamaian, beberapa perkara harus diperhalusi bagi tujuan mewujudkan suasana yang kondusif tanpa wujud peminggiran yang konsisten kepada mana-mana pemimpin parti.

8. Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa faktor yang paling signifikan terhadap kekuatan UMNO di Perlis adalah melibatkan peranan dan pengaruh mantan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim. Kekuatan Shahidan dapat digambarkan melalui kenyataan alasan awal seorang penyokong Md Isa, “kalau BN kalah di Perlis dalam PRU13, ianya kerana boikot oleh Shahidan”. Begitu hebatkah Shahidan? Kegagalan menyelami protes senyap oleh sebahagian besar rakyat terhadap kepincangan pentadbiran Md Isa pada hari ini membawa kepada suatu kesimpulan mudah sedemikian rupa, seolah-olah pengundi di Perlis buta hati untuk menilai hitam, putih dan kelabu. Namun, apa yang diakui, meminggirkan pemimpin ini akan menyebabkan UMNO terpinggir kerana pengaruh beliau yang bertebaran ke seluruh negeri ini.

9. Faktor kedua adalah berkait dengan kesaksamaan tanpa prejudis terhadap setiap "puak" bagi tujuan menghapuskan sempadan "puak". Tindakan pentadbiran Md Isa yang terus-terusan memilih bulu tidak menggambarkan kehendak untuk berdamai. Md Isa sewajarnya menyedari dan menginsafi sikap gurkha-gurkha recond di Tingkat 3 yang senantiasa memilih bulu dengan didasari dendam kesumat politik yang membinasakan. Musibahnya, nikmat kemenangan Barisan Nasional di Perlis hanya dinikmati oleh orang-orang dalam sangkar yang sama dalam keadaan sekalian rakyat melopong sambil ternganga. Situasi sebegini akan terus menjauhkan titik pertemuan diantara pendokong-pendokong UMNO di akar umbi.

10. Faktor ketiga merujuk kepada pengiktirafan terhadap golongan muda dalam kerangka menyediakan pelapis kepimpinan yang berkualiti untuk negeri Perlis di masa depan. Tempoh dua tahun sudah dibazirkan tanpa perencaan jitu untuk melatih bakat-bakat kepimpinan muda yang segar seolah-olah Md Isa akan jadi Menteri Besar sampai kiamat tanpa perlunya pelapis yang berkaliber. Ketika kesemua Menteri Besar di negeri lain menitikberatkan pengiktirafan terhadap kelompok pengundi muda di saluran 3 dan 4, Md Isa terus dikelilingi oleh gurkha-gurkha pencen yang di Tingkat 3. Orang-orang muda menuntut satu jawatan diberikan kepada sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemimpin Pemuda UMNO; sama ada Cikgu Mohsin (Ketua Pemuda Perlis dan Padang Besar), Datuk Rozabil (Ketua Pemuda Arau dan Bendahari Pemuda Malaysia), Aziz Majid (Ketua Pemuda Kangar), Nawab (Naib KP Pdg Besar), Zairul Anuar (Naib KP Arau) ataupun Ariff (Naib KP Kangar). Pilihlah mana-mana satu yang berkenan di hati sebagai buah tangan untuk orang-orang muda di Perlis dalam konteks menghamparkan permaidani merah menyambut generasi muda mendekati pentadbiran Md Isa.

11. Faktor keempat ialah berkaitan kebijaksaan yang mendamaikan. Radzi Sheikh Ahmad dan lain-lain gurkha recond di Tingkat 3 adalah merupakan simbol politik dendam kesumat yang membayangi pentadbiran Md Isa. Adalah menjadi suatu tanggungjawab dan keperluan yang kritikal kepada Menteri Besar agar Tingkat 3 “disamak” dan dibersihkan dari perosak dan parasit UMNO. Kerana kerajaan negeri sediakala “tiada peruntukan”, Md Isa perlu menerima nasihat secara percuma dari semua pemimpin UMNO di Perlis tanpa perlu mewujudkan jawatan berbayar kepada seorang Punahsihat 46% yang telah mengkhianati dan melingkupkan UMNO sebanyak dua kali. Usah biarkan mereka mematuk bisa untuk kali ketiga -- takut lumpuh! Kegagalan menilai orang-orang ini dengan mata hati yang tulus ikhlas demi perdamaian dalam UMNO akan terus menghancurkan kekuatan yang dibina sejak merdeka.

KEIKHLASAN PERJUANGAN

12. Insan kerdil ini memohon agar pandangan dan seruan perdamaian yang tercoret diatas dapat disampaikan kepada Menteri Besar Perlis seperti kebiasaannya. Jangan hanya mereport kritikan yang negatif kepada beliau.

13. Renungkanlah, even the weak become strong when they are united -- Johann Friedrich Von Schiller.

Epilog Suatu Perjuangan
oleh: S. Othman Kelantan [UPM, Serdang]

Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.

Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.

Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?

Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka
epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.

qunang: melenturkan ketegangan bagi menyahut Seruan Perdamaian...

Tuesday, April 27, 2010

KEMENANGAN PRK HULU SELANGOR DAN SUMBANGAN BN PERLIS


MAIN NOMBOR

1. Bila sebut main nombor, semua orang ingat main judi nombor ekor. Akan tetapi, bukan kisah judi main nombor ekor yang hendak diutarakan, tetapi kisah memperjudi masa depan negara Malaysia, “the region of stability in South East Asia”.

2. Pujian, syabas dan tahniah sewajarnya diberikan kepada Pengerusi Barisan Nasional Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, diatas pencapaian cemerlang di peti-peti undi yang diamanahkan menjadi kawasan angkat BN Perlis. Semasa PRU 2008, Barisan Nasional tewas kesemua 3 peti undi yang dipertanggungjawabkan itu.

3. Strategi gerak kerja yang digunakan oleh Md Isa dalam menghadapi pilihanraya kali ini adalah dengan memecahkan 3 peti undi yang diamanahkan kepada BN Perlis untuk diuruskan oleh 3 Bahagian. Md Isa memberi arahan supaya Bahagian Arau menjaga peti undi Serendah (1877 pengundi), Bahagian Padang Besar di Sungai Gapi (1492 pengundi) dan Bahagian Kangar di Kampung Baru Serendah (2152 pengundi).

4. Bahagian Arau dan Padang Besar mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi memantapkan koordinasi penyaluran sokongan dan bantuan kepada jentera tempatan. Bagi mereka, tempoh 12 hari berkampung sepenuh masa di Hulu Selangor bukan semata-mata untuk membantu jentera BN di sana, tetapi juga untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim sesama mereka yang terdiri daripada pekerja parti dan penyokong akar umbi UMNO di Perlis.

5. Maka, bergeraklah lebih kurang 200 orang jentera gabungan Arau dan Padang Besar dalam menjayakan segala pengagihan tugas di sepanjang tempoh berkempen. Mereka berkampung di kawasan yang diamanahkan itu 24 jam sehari dan bergilir-gilir bertindak sebagai jentera yang dibiayai sepenuhnya oleh Ketua Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

6. Bagi Bahagian Kangar, lawatan sambil belajar beberapa orang ke Kampung Baru Serendah dilihat oleh jentera tempatan sebagai sesi fotografi oleh pelancong-pelancong luar semata-mata. Tidak ada gambar aktiviti harian yang dapat dikongsikan oleh pelancong-pelancong dari Bahagian Kangar itu kerana sesungguhnya tidak ada aktviti, program dan gerak kerja yang dilakukan. Encik Sudin, seorang pengundi di situ, bertanya salah seorang pelancong dari Kangar, “Rombongan Datuk (Md Isa) datang tunjuk muka saja ke?”.

7. Pada hari mengundi, ketika jentera Arau dan Padang Besar bersama-sama jentera tempatan bekerja sepenuh masa dari jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang di kedua-dua pusat mengundi mereka, pelancong-pelancong dari Kangar sudah lama pulang.

8. Sewaktu khabar angin mula bertiup tentang poor-turnout di peti undi Kampung Baru Serendah yang dijaga oleh Bahagian Kangar, dimana kurang 40% pengundi yang keluar mengundi selepas pukul 1 tengah hari, Rela Ahmad yang juga Ketua Wanita Kangar sudah balik kampung. Sikap lari dari medan pertempuran Rela jauh tercorot berbanding keteguhan semangat petugas-petugas RELA. Demikianlah contoh jelas yang membezakan Rela dan RELA. Rela tidak rela merelakan kerelaan RELA.

9. Selepas mendapat laporan yang baik di pusat mengundi yang dijaga oleh Padang Besar dan Arau, Datin Seri Shamsiah yang juga Naib Ketua Wanita Bahagian Arau terus bergerak ke Kampung Baru Serendah bagi mendiamkan rungutan jentera tempatan berhubung ketiadaan bantuan dari Perlis. Tidak banyak yang dapat dilakukan di saat-saat akhir sebegitu dalam keadaan masa yang sangat suntuk.

10. Keputusan akhir, daripada kekalahan ratusan undi semasa Pilihanraya Umum 2008, peti undi Sungai Gapi (Bahagian Padang Besar) mendapat kelebihan 19 undi dan Serendah (Bahagian Arau) 16 undi; manakala peti undi Kampung Baru Serendah yang diperuntukkan kepada Bahagian Kangar menyaksikan kekalahan lebih buruk sebanyak 399 undi.

11. Secara keseluruhannya, jentera BN Perlis berjaya memberikan sumbangan terhadap kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Sekurang-kurangnya, banyak undi kepada pembangkang telah berjaya dilupuskan. Syabas kepada Pengerusi BN Perlis.

12. Sehari selepas PRK Hulu Selangor, Md Isa mula sembang deras dalam majlis dengan Pengakap di Dewan Residensi Kangar. “Kita” menang katanya. Terpersona ketua-ketua pengakap di Perlis. Itulah namanya politik tumpang tui (tuah) dan itulah politik tipu orang kampung.

KEKALAHAN DI KAMPUNG BARU SERENDAH

13. Kekalahan di Kampung Baru Serendah menggambarkan menggambarkan jiwa recond yang dibawa oleh Bahagian Kangar.

14. BN tewas di Saluran 1 (veteran) sebanyak 50 undi.

15. BN tewas di Saluran 2 (orang-orang lama) sebanyak 112 undi.

16. BN tewas di Saluran 3 (abang-abang) sebanyak 104 undi.

17. BN tewas di Saluran 4 (orang-orang muda) sebanyak 133 undi.

18. Berdasarkan fakta dan angka, kehadiran pelancong-pelancong dari Kangar tidak membantu langsung untuk sekurang-kurangnya mengurangkan undi terhadap pembangkang.

19. Dalam satu persinggahan Md Isa, seorang pemuda tempatan meluru bersalam dengan salah seorang peserta lawatan sambil bawa payung lantas berkata, “jemput masuk Datuk”. Peserta lawatan itu pun berkata, “bukan saya la, yang tu (sambil menunjuk ke arah Md Isa)”. Dah datang tunjuk muka kadddang-kadang, kasihan orang tak kenal.

20. Di persinggahan lain, pemimpin-pemimpin tempatan menyuarakan kehendak mereka untuk menganjurkan beberapa gerak kerja politik untuk tujuan meraih undi, tetapi jawapan yang diterima mereka, “kita tak ada peruntukan”. Alasan sama yang biasa diberi di Perlis. Alasan dari seorang Menteri Besar yang mengundang kekecewaan pengundi dan pekerja parti.

21. Hakikatnya, jentera Bahagian Arau dan Padang Besar digerakkan tanpa peruntukan daripada BN Perlis. Difahamkan Barisan Nasional telah membelanjakan tidak kurang daripada RM30,000,000 untuk pilihanraya kecil ini. Mustahil tiada peruntukan untuk Datuk Seri Md Isa Sabu merangkap Pengerusi BN Negeri, Pengerusi UMNO Negeri dan Menteri Besar Perlis. Kalau sungguh tak ada, banyak baiknya letak jawatan!

qunang: budaya politik pemimpin recond perlu dirombak.

Sunday, April 18, 2010

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PERLIS (Siri 1)


LAWATAN PEMIMPIN BESAR

1. Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Perlis pada 13 april 2010 menamatkan penantian selama 2 tahun rakyat Perlis, khususnya ahli-ahli UMNO/BN, untuk menerima kunjungan pemimpin tertinggi negara sejak menjadi satu-satunya negeri yang BN menang di utara.

2. Perdana Menteri pula dikhabarkan akan melawat Perlis pada bulan Jun.

3. Perancangan program-program pengisian sepanjang lawatan tersebut diuruskan oleh kerajaan negeri dimana pengagihan tugas-tugas penganjuran setiap program atau sambutan diagihkan kepada UMNO Bahagian Arau, Jabatan Pendidikan dan UMNO Bahagian Kangar; selain daripada kunjungan menghadap Tuanku Raja.

NAT SIMPANG EMPAT

4. Lawatan TPM ke pasar sehari (nat) Simpang Empat merupakan suatu sentuhan politik yang signifikan untuk bagi menjuarai hati rakyat, khususnya di Simpang Empat dan Sanglang yang menjadi kubu kuat PAS di Perlis.

5. Oleh kerana sambutan kepada TPM dalam lawatan beliau ke Simpang Empat diletakkan di bawah UMNO Bahagian Arau, sebagaimana diarahkan kerajaan negeri melalui Exco Agama, YB Jafperi Othman, maka Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Ketua Bahagian Arau telah memainkan peranan utama melalui beberapa siri mesyuarat jawatankuasa Bahagian untuk merancang konsep dan bentuk sambutan yang akan dipersembahkan kepada TPM.

6. Sebagai menunjukkan sokongan akar umbi yang masih bersisa terhadap UMNO Perlis pada hari ini, Ketua Bahagian memilih untuk mengadakan rantaian manusia di sepanjang jalan dengan mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai NGO yang turut terdiri daripada kelompok Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

7. Sebanyak 1500 helai T-shirt diedarkan pada hari tersebut dimana T-shirt merah merupakan barisan penyokong dan pendokong UMNO manakala T-shirt oren merupakan sukarelawan NGO. Kumpulan penyokong dan pendokong UMNO ini hadir dengan semangat untuk menyatakan sokongan dan melahirkan kegembiraan mereka terhadap kunjungan TPM.

8. Selain gerombolan ribuan manusia dari kumpulan merah dan oren yang dijemput oleh Ketua Bahagian, terdapat juga kumpulan “Seringgit” yang berbaju biru seramai lebih kurang 50 orang di seberang sungai yang bertentangan. Kumpulan ini ditaja oleh Penyelaras DUN Simpang Empat, abang Abu Bakar Hamzah, yang pada hari ini turut dipanggil sebagai Bakar Seringgit oleh kumpulan “Semut Merah”.

"Laluan asal" dan "laluan sabotaj" sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Nat Simpang Empat.


IMPLIKASI SABOTAJ YANG MEMAKAN DIRI

9. Menyedari para penyokong Ketua Bahagian Arau yang begitu ramai di laluan asal yang telah dirancang, orang-orang Tingkat 3 di Mini Putrajaya telah bertindak mengubah laluan Timbalan Perdana Menteri di saat-saat akhir kononnya atas faktor keselamatan. Arahan mengubah laluan TPM itu dikeluarkan oleh bodyguard Menteri Besar dalam keadaan Menteri Besar memberitahu bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perubahan tersebut. Besar juga bidang kuasa bodyguard di bawah pentadbiran Menteri Besar ini.

10. Alasan “faktor keselamatan” bagi mengalas tindakan sabotaj tersebut memberi kelebihan politik kepada pihak Shahidan. Makcik-makcik kampung yang singgah untuk turut serta dalam rantaian Semut Merah berkata, “kalau nak kata tak selamat, dalam nat tu lagi tak selamat sebab ada pisau potong daging dan besiang ikan. Belum kira pistol-pistol mainan kanak-kanak yang dijual disitu”. Kadang-kadang makcik kampung lagi cerdik dari Menteri Besar.

11. Hakikatnya, Shahidan dari awal lagi sudah mengetahui tentang kemungkinan sabotaj tersebut. Bukan sekali dia berhadapan dengan puak-puak perampas kuasa sementelah separuh hayatnya dihabiskan dengan political games yang licik dari pelbagai jenis manusia. Pada hari itu, Shahidan dilihat mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat setelah segala persediaan untuk menjaga kebajikan orang-orangnya dipersiapkan dengan sewajarnya. Shahidan menyerahkan bulat-bulat kepada tangan Menteri Besar bagi mencorak identiti dan persona dirinya dihadapan rakyat terbanyak -- sama ada bersikap professional bijak atau prasangka yang melampau.

12. Di pihak Shahidan, walaupun TPM diberi kesempatan untuk melintasi gerombolan seramai 1500 orang itu, ianya tidak memberi apa-apa sumbangan untuk mengembalikan jawatan Menteri Besar kepadanya. Tidak juga beliau dianggap hero yang dahsyat kerana 1500 orang bukan suara ratusan ribu rakyat Perlis. Tetapi, nada kecewa 1500 orang yang dipinggirkan oleh Menteri Besar itu membuakkan perasaan cemuih dan geram terhadap Menteri Besar. Luahan perasaan cemuih 1500 orang boleh jadi 150,000 orang menjelang PRU13. Umpan Shahidan mengena.. Jenahak makan umpan puyu!

13. Ekoran sikap tak peduli Menteri Besar terhadap penyokong dan pekerja parti itu, beliau tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi selepas ini jika orang-orang yang teraniaya, yang dijemur tengah panas dalam keadaan bersemangat menunjukkan sokongan kepada TPM, bertindak memulaukan kepimpinan beliau. Tindakan sabotaj tersebut menjadi contoh dendam kesumat yang dijelmakan dengan suatu keputusan dan reaksi yang paling bodoh dan hodoh.

14. Memetik pujangga seorang sahabat, “menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali dalam setahun”.

15. Menurut anggapan banyak pihak, tindakan tidak strategik oleh Menteri Besar itu adalah disebabkan beliau tidak menerima signal dari Tuan Punahsihat 46% yang berada di Kuala Lumpur. Secara faktanya, ada sebab besar kenapa Tuan Punahsihat 46% memilih untuk tidak bertemu dengan TPM di Perlis dengan alasan menghadiri sidang Parlimen; walaupun dia sepatutnya berada di Perlis bagi mengawal remote atas kapasiti sebagai Punahsihat 46%, Ahli Parlimen Kangar (yang kawasannya dilawati TPM) dan bekas Setiausaha Agung UMNO pada zaman Pak Lah.

Kumpulan Seringgit

Baju "Kumpulan Seringgit" yang meletakkan logo kumpulan (syarikat Sekutu Saujana) diatas logo 1Malaysia.


16. Kumpulan Seringgit yang dipelopori oleh Bakar Seringgit mendapat kritikan serius daripada veteran-veteran UMNO yang melihatnya.

17. Tindakan meletakkan logo kumpulan mereka diatas logo 1Malaysia dipertikaikan kewajarannya kerana faktor persepsi kebendaan yang terpapar di baju kumpulan Seringgit.

18. Banyak mata hati yang menilai secara negatif akan keperluan mencetak baju sedemikian rupa untuk suatu program yang dihadiri oleh pemimpin besar negara.


[Nota: Kepada sahabat-sahabat yang mengirim msg bertanyakan berita tentang lawatan TPM, mohon maklum bahawa saya bukan penulis tabloid untuk memberitakan apa yang terjadi hari ini pada keesokan harinya. Saya hanya sekadar seorang blogger bebas yang mencermati persepsi dari pelbagai perkpektif untuk dirumuskan sebagai suatu kesimpulan terhadap sesuatu peristiwa.]

qunang: betapa perlunya orang² muda belajar strategi politik..

Thursday, April 15, 2010

PENYAKIT SAWAN JAGUNG

Alkisah, seorang doktor pakar psikiatrik (pakar sakit jiwa) bernama Dr. Din sedang membaca surat khabar dalam bilik rawatan di sebuah klinik psikiatrik di Timor Leste. Sedang asyik Dr. Din membelek surat khabar, tiba tiba pintu kecemasan bilik rawatan tersebut yang terletak dibelakang Dr. Din dirempuh oleh seorang mak nyah yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Rozie sambil mengheret adiknya yang berkelumbung dalam selimut. Dr. Din terkejut hingga jatuh kerusi.

Kak Rozie : Hai Dr. Din, samekom. Saya Kak Rozie (sambil menghulur tangan untuk bersalam).
Dr Din : Hang ni aku nampak macam jantan, awat pulak nak kena panggil “kak”?
Kak Rozie : Alaaa dokter ni, kan saya ni pondan, kena la panggil “kak”.
Dr. Din : Laaaa... patut pun pintu depan dok buka hang masuk kot pintu belakang... dasar pondan rupanya.
Kak Rozie : Ish.. ish.. tak baik la dokter ni.. auwww..
Dr. Din : Haa.. yang kelam kabut sangat ni kenapa?

Kak Rozie pun memulakan ceritanya dengan penuh dramatis. Kak Rozie menceritakan tentang adiknya yang bernama Mat yang sedang menggeletar dalam kain selimut disebelahnya.

Kak Rozie : Begini tuan dokter, saya bawa adik saya si Mat ni. Dia menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Keluar saja rumah, jika ternampak ayam, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Setiap kali bertembung dengan ayam, Mat akan demam dan berkelumbung dengan kain selimut selama berminggu-minggu di dalam biliknya.

Sambil tergelak terbahak-bahak dengan keunikan penyakit Mat, Dr. Din lantas mengarahkan agar Mat di tahan di wad psikiatrik. Dua tahun Mat di tahan di wad psikiatrik dengan diberi terapi khusus untuk menyakinkan dirinya bahawa dia seorang manusia normal dan bukan sebatang jagung.

Mat menggunakan keseluruhan masa sepanjang dua tahun itu untuk bertenang di dalam wad tersebut dan memikirkan tentang diri dan masa depannya. Mat selesa berada disitu. Tidak pernah walaupun sekali Mat berkeinginan untuk keluar dari wad itu untuk berjumpa dengan orang ramai di luar.

Dalam tempoh dua tahun itu, hanya sekali Kak Rozie datang menjenguk Mat. Kebetulan pula pada hari Kak Rozie melawat itu, ada beberapa pesakit lain yang sedang mengamuk. Oleh kerana naluri pondannya, Kak Rozie berasa sangat takut dan tidak berani berkunjung semula untuk melawat adiknya.

Selepas dua tahun satu bulan, Doktor Din pun melakukan ujian ke atas Mat itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Dr. Din : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Mat : Ya Dr. Din.
Dr. Din : Siapa kamu sebenarnya.
Mat : Saya ini manusia Dr. Din.
Dr. Din : Ya ka? Bukan jagung?
Mat : Bukan, saya manusia Dr. Din.
Dr. Din : Kamu masih takut dengan ayam?
Mat : Tidak Dr. Din.
Dr. Din : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Mat : Tapi Dr. Din, saya ada satu pertanyaan.
Dr. Din : Apa dia?

Mat : Ayam dah tau ka yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Dr. Din : "??$$??"

Doktor Din akhirnya menulis surat untuk merujuk Mat ke Hospital Bahagia Timor Leste. Dalam surat tersebut, Dr. Din menulis diagnosa beliau seperti berikut:

“...Mat nampaknya takut kepada bayang-bayangnya sendiri dan wujud prejudis melampau terhadap persekitarannya sehinggakan ayam pun dianggap ingin memakan dirinya. Ketakutan ini bermungkinan disebabkan oleh igauan terhadap kesalahan besar dan kezaliman yang dilakukan terhadap persekitarannya, termasuk ayam. Kerjasama semua pihak diperlukan bagi merungkai punca igauan yang menganggu fikiran Mat...”

Tidak berapa lama selepas Mat dihantar ke Hospital Bahagia Timor Leste untuk rawatan susulan, Kak Rozie pula menghidap penyakit yang sama -- Penyakit Sawan Jagung.

qunang: sedang mencari vaksin sawan jagung.

Monday, April 12, 2010

10 DALIL MENTERI BESAR PERLIS PERLU DITUKAR


1. Yip Sin Onn
Langkah Datuk Seri Md Isa Sabu “memujuk” wakil rakyat DUN Titi Tinggi disifatkan oleh banyak pihak sebagai kemuncak kegagalan pentadbiran beliau. Begitu ramai orang-orang kampung masih melahirkan kekecewaan mereka ekoran tindakan Md Isa selaku ketua parti pemerintah mengekalkan seorang wakil yang jelas terbukti tiada keikhlasan untuk memberi khidmat kepada mereka.

Bagi sebilangan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam DUN Titi Tinggi, tidak ada kewajaran untuk memujuk seorang wakil rakyat yang sudah hilang minat untuk mewakili rakyat dalam keadaan Barisan Nasional masih mempunyai konsensus 2/3 dalam DUN. Bagi mereka, melayan “gempaq keling” Yip Sin Onn lebih banyak membawa mudarat dari kebaikan.

2. Penipu
Dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan tindakan memujuk Yip Sin Onn, Menteri Besar telah berbohong bahawa tindakan tersebut mendapat restu dari akar umbi, termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Beliau cuba melibatkan nama UMNO kerana orang-orang Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan tersebut. Sekalian rakyat, pemimpin masyarakat dan pengundi di kawasan itu menjadi bertambah bingung bilamana kenyataan itu nyata tersasar dari apa yang telah mereka suarakan. Tambah menjengkelkan apabila Yip Sin Onn dengan bangganya mengishtiharkan bahawa dia mendapat sokongan Pemuda UMNO Padang Besar.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar lantas mengeluarkan kenyataan dan bantahan rasmi bahawa mereka tidak pernah menyokong atau bersetuju dengan tindakan tersebut. Para pemimpin UMNO Bahagian Padang Besar turut bermesyuarat dan sebulat suara membuat resolusi agar Md Isa menerima perletakan jawatan tersebut tanpa sebarang pujukan sebagai pengajaran kepada wakil-wakil rakyat lain di Perlis dan di seluruh Malaysia. Hanya selepas itu baru Md Isa tersedar bahawa orang-orang UMNO tidak lagi mampu berdiam diri untuk menghangguk segala-galanya; maka dihantar Setiausaha Politik beliau untuk menemui wakil Pemuda UMNO Padang Besar untuk berbincang dan berkompromi agar menutup mulut untuk kali ini.

3. Peranan Pemimpin Re-cond Tingkat 3
Banyak tindakan, ucapan dan kenyataan dari pentadbiran Md Isa dilihat tidak seiring dengan keadaan semasa dimana terlihat unsur-unsur yang menganggap orang-orang kampung masih rabun dan tuli untuk sekadar menerima segalanya secara sembrono. Pendekatan-pendekatan ketinggalan zaman itu adalah berasaskan kepada circle yang ketinggalan zaman di sekeliling Md Isa yang berpunca daripada perlantikan pemimpin-pemimpin expired untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam pentadbiran politik negeri Perlis termasuk Penasihat Menteri Besar, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar di Pejabat Menteri Besar.

Adalah suatu fakta dan hakikat bahawa tidak ada orang-orang muda yang diberi ruang dan pendedahan untuk menguruskan pentadbiran negeri -- semuanya dibolot oleh kumpulan re-cond. Ketua Pemuda Negeri, Ketua-ketua Pemuda Bahagian, Ketua Puteri Negeri, Ketua-ketua Puteri Bahagian malah Wanita UMNO Negeri tidak diperuntukkan sebarang jawatan secara khusus dalam kerangka menyediakan pelapis yang berpengalaman dalam aspek pentadbiran negeri. Menteri Besar dilihat hanya memberi percaya kepada orang-orang re-cond daripada menginsafi keperluan menyediakan kumpulan generasi pelapis yang berkemampuan.

4. Memusnahkan Legasi dan Tradisi Parti
UMNO telah melalui banyak proses kematangan sebagai sebuah parti dominan yang menghampiri usia 64 tahun. Dalam banyak kemelut yang melanda organisasi ini, tanggungjawab memberi kata putus terakhir dipikul oleh Presiden parti. Keutuhan, kekuatan dan survival UMNO terletak kepada keupayaan ahli-ahli untuk menjinjing keputusan Presiden secara bersama tanpa dipengaruhi atau mempengaruhi campurtangan pihak-pihak luar.

Namun begitu, konflik pasca PRU 12 di Perlis memperlihatkan kebobrokan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (kini dilantik Penasihat Menteri Besar) mempengaruhi camputangan pihak Istana untuk mengetepikan keputusan Presiden parti. Sebahagian besar pemimpin kanan UMNO di Pusat melahirkan kekesalan dengan sikap “pemunah tradisi” tersebut sehingga akhirnya memaksa Radzi meletak jawatan kerana dipulaukan dari membarisi jemaah kabinet 2008. Seorang Timbalan Menteri Kabinet berpendapat, Radzi (dan Md Isa) sewajarnya memaklumkan kepada Tuanku Raja bahawa Perdana Menteri telah mengambilkira pandangan Tuanku Raja yang berhasrat menggugurkan Shahidan dengan memilih seorang ADUN senior lain (YB Chuping?) bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Md Isa sewajarnya menolak tawaran perlantikan tersebut demi perpaduan parti memandangkan wujud ADUN-ADUN yang lebih senior, sihat dan lebih berupaya mencetus sinergi untuk memperkukuhkan BN di Perlis.

5. Ketandusan Idea
Dua tahun lalu, orang yang diambil sebagai penasihat oleh Md Isa berkata, “Kalau Perlis masih kekal dengan kepimpinan lama dan tokoh yang lama, saya rasa negeri ini akan terus berada di takuk lama”. Segala yang lama sudah bertukar menjadi baru kecuali “takuk” yang masih lama.

Kehadiran gerombolan orang-orang re-cond untuk memonopoIi pentadbiran berkaitan politik hanya ibarat tikus membaiki labu. Sehingga ke hari ini, tidak ada unsur idealisme segar yang boleh diukur secara waras bagi membuktikan tercetusnya gelombang pembaharuan dan penambahbaikan terhadap perjuangan memajukan negeri Perlis. Dalam banyak hal, kerajaan Perlis pada hari ini berada di “takuk” yang semakin lama.

6. Pencabulan Sistem JKKK
Sejak diasaskan pada tahun 1971, peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat bermakna dalam melancarkan urusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. JKKK adalah simbol cengkaman BN yang berakar umbi dalam masyarakat dan amat digeruni oleh parti-parti pembangkang lantaran pelbagai isu dan serangan yang diberikan kepada JKKK sejak dahulu lagi. Lantikan JKKK adalah kuasa eksklusif Menteri Besar yang secara tradisinya dipilih dikalangan pemimpin-pemimpin BN di peringkat kampung (cawangan). Oleh kerana JKKK adalah jentera serampang dua mata BN di peringkat akar umbi, pembangkang akan bersorak gembira apabila struktur JKKK menjadi tempang.

Dalam keadaan Barisan Nasional amat-amat memerlukan gerak kerja yang ampuh di akar umbi untuk mengembalikan sokongan rakyat terbanyak, Menteri Besar memilih untuk mengetepikan 5% daripada pemimpin di kampung-kampung di seluruh Perlis yang dipilih secara demokratik oleh akar umbi. Lima peratus itu bukanlah mewakili angka yang kecil dari sudut sokongan dan dokongan politik. Penafian hak tersebut memperlihatkan adanya pemimpin yang menang bulat-bulat (menang tanpa bertanding) diketepikan bagi melantik orang lain sesuka hati. Pencabulan sistem JKKK adalah suatu lagi contoh tindakan “tikus membaiki labu” yang mula memakan diri disebabkan kelompok pemimpin-pemimpin kampung tersebut tidak lagi mampu untuk mengatakan “putih” kepada perkara-perkara yang “hitam”.

Apabila saya terdetik menyuarakan penentangan terbuka terhadap Regim Radzi selepas segala tindakan mereka berkaitan isu Yip Sin Onn, ada kalangan “orang-orang yang sedang kekenyangan” mempertahankan mereka dan menyatakan bahawa wujud keperluan untuk menunggu hingga hujung penggal semasa. Tidak pula mereka memberitahu Md Isa untuk menunggu penggal pemilihan UMNO yang akan datang untuk berkempen menaikkan kroni-kroni beliau.

7. Punca Pecah Belah
Selepas merampas kuasa, pentadbiran Md Isa mengetepikan aspek win-win dalam proses pengambilalihan tugas. Sebaliknya, pendekatan membalas dendam dan ugutan terhadap pemimpin-pemimpin akar umbi telah diambil dengan tujuan untuk meraih sokongan. Percayalah.. Percayalah.. dan Percayalah, bahawa sokongan yang diterima itu hanyalah sokongan “plastik” memandangkan sebahagian yang amat besar dari mereka adalah kontraktor kelas F. Mereka khuatir periuk nasi mereka ditimbusi pasir-pasir dendam dan kesumat akibat persengketaan dua gergasi. Tindakan ugutan dan balas dendam tersebut menyebabkan UMNO lumpuh di akar umbi; sekaligus menjadikan parti ini mati pucuk untuk terus membiak dan berkembang sebagai sebuah warisan perjuangan yang dekat di hati orang-orang Melayu.

Tidak cukup dengan menyalakan api di kampung-kampung, sikap prejudis pentadbiran Md Isa melarat hingga kepada generasi muda. Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Perlis dibiarkan terkontang-kanting tanpa dokongan dan dorongan yang sewajarnya sementara pimpinan-pimpinan Pemuda Barisan Nasional lainnya tidak juga diberi ruang di Tingkat 3. Kriteria orang-orang yang boleh diberi password untuk berpejabat di Tingkat 3 hanyalah kaum kerabat dan kroni sang Penasihat.

8. Hilang Kawalan
Setelah diam menyepi dengan kerja ala kadar selama dua tahun, pentadbiran Md Isa baru menyedari bahawa terlalu banyak rakyat yang tidak berpuas hati. Ketika UMNO/BN di negeri-negeri lain giat menjauhkan diri dengan risiko tsunami politik kedua, Md Isa terus menerus mendekati risiko kekalahan yang bergaung dihadapan beliau. Selama dua tahun rakyat Perlis mendiamkan diri dan mengharapkan sentuhan ajaib Md Isa untuk membawa Perlis ke “takuk” baru, akhirnya kepercayaan mereka sudah terhakis.

Benih-benih perpecahan yang disemai dua tahun lalu kini sudah boleh dikutip hasilnya. Menteri Besar dilihat sudah hilang kawalan dan tenggelam punca dalam krisis keyakinan rakyat terbanyak. Lompatan demi lompatan dan lantunan demi lantunan dilihat tidak lagi membantu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin memahami nada retorik, pembohongan dan cakap besar orang-orang kanan di Tingkat 3. Tambahan pula, bukan hanya saudara-mara dan sahabat-handai, tetapi diri mereka sendiri dapat menilai dan melihat ketokohan yang ada pada Azizan Razak, Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim untuk dibuat perbandingan dengan Md Isa. Lambakan lebihan makanan yang dibungkus pada suatu majlis “mega” untuk 2000 orang menceritakan segalanya apabila hanya sekitar 300 orang yang turun untuk turut serta, termasuk kanak-kanak tadika.

9. Merampas Kuasa
Model amalan demokrasi di Malaysia memperlihatkan unsur toleransi yang unggul dimana rakyat diberi ruang untuk memimpin pentadbiran melalui prinsip pengagihan kuasa (separation of power). Rakyat terbanyak menentukan pemimpin dikalangan mereka, dimana pemimpin-pemimpin yang dipilih itu kemudiannya akan memilih seorang ketua dikalangan mereka. Bagi parti Barisan Nasional yang dominan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, Pengerusi parti itu secara tradisinya memutuskan pemilihan ketua dikalangan pemimpin-pemimpin bawahan.

Dalam konflik politik di Perlis, yang direncana oleh tangan-tangan pemunah, kuasa tidak diserahkan secara baik; sebaliknya dirampas melalui manipulasi dan unsur-unsur veto yang mengetepikan segala prinsip yang terpakai dalam konteks pengagihan kuasa yang berperlembagaan. Campurtangan unsur-unsur veto menghalalkan tindakan menyembunyikan ADUN-ADUN melalui permainan politik yang maha kotor dan menjijikkan. ADUN-ADUN tidak diberi ruang secara bebas dan ikhlas untuk melantik ketua dikalangan mereka; dan tidak pula dibenarkan mendapat khidmat pandangan dari Pengerusi parti demi menjunjung martabat dan tradisi parti mereka.

Pelbagai janji dan perjanjian terpaksa dibuat bagi menjayakan rampasan kuasa tersebut berkaitan pengagihan jawatan exco dan habuan besar kepada big boss yang banyak “berjasa”. Mereka menunjukkan contoh teladan kepada pemimpin-pemimpin muda bahawa harga yang mahal terpaksa dibayar untuk sebuah rampasan kuasa. Moga tidak lagi berulang di masa hadapan selepas jatuhnya regim Radzi tidak lama lagi.

10. Tiada Pembangunan dan Kemajuan
Pembangunan dan kemajuan ke “takuk” baru masih tidak nampak bayangannya untuk diukur selepas 2 tahun pertama rampasan kuasa. Dari sudut lain, tidak juga ternampak sebarang perubahan positif berbanding dengan era Menteri-Menteri Besar yang lepas. Lebih parah lagi, bolot-membolot hasil rampasan perang dilakukan dengan berleluasa oleh prebet-prebet pencen yang di re-cond semula. Pentadbiran Menteri Besar hari ini telah membohongi rakyat kerana orangnya tetap lama, perangai lama, idea lama, cara lama dan sememangnya sudah tidak dapat dubah selama-lamanya.

Mungkin itulah sebabnya Radzi hanya memberi komen, “Saya tak mahu pergi kepada (masalah-masalah) pembangunan, ekonomi atau pengurusan pentadbiran tetapi kepimpinan politik di negeri ini, cukuplah”. Orang yang meranapkan dominasi UMNO di Malaysia ini tidak peduli tentang pembangunan, ekonomi atau pengurusan yang holistik, tetapi cukup untuk mencapai dua matlamat utama -- [i] membunuh UMNO tidak kira dari luar (Semangat 46) ataupun dalam; dan [ii] mengaut kekayaan material untuk membesar dan mengindahkan kebun miliknya.


Perlukah aku diam?

Sesudah akui segala kesilapan,
Sesudah akur segala kelemahan,
Sesudah terima segala kecacatan,
Akhirnya balas dengan kezaliman.

Mereka menanam tebu di bibir,
Sembunyi di sebalik tabir,
Menjemput hadirnya musafir,
Membongkar kebejatan anasir.

Apabila memantul diri sendiri,
Bertempiaran mereka lari,
Lupa mereka kaki bergari,
Bersimpul terikat kanan dan kiri.

Mana mungkin terpisah,
Biar datang seribu kisah,
Gembira, duka dan resah,
Ditelan payah, dibuang susah.

Diam ubi berisi,
Diam besi berkarat,
Diam kayu mereput,
Diam buah memburuk,
Diam baju usang,
Diam rumah berhantu,
Diam telur kemuruk,
Diam manusia mati,

Perlukah aku diam?

qunang: segala dalil untuk rujukan di hari muka..

Thursday, April 8, 2010

MENTERI BESAR PERLIS PERLU DITUKAR


[Dipetik dan diolah daripada akhbar laporan Utusan Malaysia pada 29 Disember 2007]

KANGAR 29 Dis. – Ahli UMNO, Syed Atief berkata, sudah sampai masanya kepimpinan parti di Perlis diubah termasuk menggantikan Menteri Besar.

Menurutnya, sebagai Ahli parti dan anak jati Perlis, beliau nampak pergolakan yang berlaku dalam UMNO negeri semakin meruncing sehingga memperlihatkan tiada kerjasama antara pemimpin-pemimpin UMNO negeri.

Syed Atief yang juga Ahli UMNO berkata, beliau melihat pergolakan sesama Ahli parti di Perlis berlaku di ketiga-tiga bahagian iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

‘‘Sudah sampai masanya (kepimpinan UMNO) Perlis diubah. Ini pandangan saya sebagai Ahli parti. Kalau Perlis masih kekal dengan kepimpinan lama dan tokoh yang lama, saya rasa negeri ini akan terus berada di takuk lama.

‘‘Saya tak mahu pergi kepada (masalah-masalah) pembangunan, ekonomi atau pengurusan pentadbiran tetapi kepimpinan politik di negeri ini, cukuplah,” katanya.

Menurut Syed Atief, sebahagian besar daripada Ahli parti di Perlis juga bersetuju supaya kepimpinan politik di negeri ini diubah termasuk menukar Menteri Besar.

‘‘Menteri Besar perlu diubah (ditukar) kerana Menteri Besar adalah ketua negeri. Kalau tak ubah Menteri Besar, tak bolehlah ubah kepimpinan,” katanya.

Syed Atief berkata, beliau terpaksa membuat kenyataan secara terbuka mengenai kepimpinan politik di Perlis kerana melihat tahap kerjasama antara pemimpin parti di ketiga-tiga bahagian berkenaan begitu buruk.

‘‘Bukan saya kata saya nak ubah kepimpinan tetapi saya sudah lihat dan fikir, sudah sampai masanya ia diubah. Saya sebagai Ahli UMNO nampak semuanya. Tiada langsung kerjasama di antara ketiga-tiga bahagian ini malah dalam satu bahagian pun tiada kerjasama antara sesama mereka,’’ katanya.

Syed Atief menambah, sebagai Ahli parti parti juga, beliau perlu mengambil berat tentang perkara-perkara yang melibatkan kerjasama antara semua pemimpin dan Ahli parti.

‘‘Ia amat penting kepada saya (sebagai Ahli parti). Berpuak-puak bukan amalan dalam UMNO. UMNO Perlis dilihat bermusuh seolah-olah mereka berada dalam parti lain,’’ katanya.

Syed Atief mengulangi bahawa kenyataannya itu adalah berupa kenyataan yang lahir daripada pengamatan dan pemerhatiannya terhadap suasana politik di Perlis.

‘‘Bukan saya nak tunjuk hebat. Saya tidak pernah buat cerita (beri kenyataan) macam ini. Saya buat kenyataan ini kerana saya nampak apa yang berlaku sebagai Ahli parti sejak dua tahun lalu.

‘‘Perlis negeri kecil dan mempunyai hanya tiga bahagian sahaja. Jadi kalau sampai tiada kerjasama dan berpuak-puak maka ia perlu dibuat perubahan, kalau tidak UMNO Perlis akan hancur,’’ katanya.

Ditanya sama ada sudah ada calon untuk menggantikan Menteri Besar jika ingin membuat perubahan, Syed Atief berkata, ia terpulang kepada DYMM Tuanku Raja dan juga Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Yip Sin Off yang turut hadir pada sidang akhbar itu enggan mengulas tetapi berkata, kenyataan Syed Atief itu lahir daripada apa yang dilihat dan diamatinya mengenai suasana politik Perlis atas kapasiti Ahli UMNO.

‘‘Beliau sebagai Ahli UMNO nampak semuanya sebab beliau menjelajah seluruh negeri dan tahu membuat perbezaan,’’ katanya.

qunang: perjuangan massa orang-orang muda di Perlis.

Tuesday, April 6, 2010

THE PAK LAH OF PERLIS


THE IMPORTANCE OF TRUST

1. When I throw my baby in the air, he laughs because he knows I will catch him. That is TRUST.

2. Trust comes through the things that we see and feeling that we feel.

3. In politics, it is primarily important that the followers trust their leaders.

4. During Tun Dr Mahathir tenure as the 4th Prime Minister of Malaysia, not only his cabinet ministers entrusted him but also the huge majority of the people. Tun Mahathir has succeeded to maintain simple parliamentary majority in the 10th General Election held on 29 November 1999, even in the midst of dispute by his former deputy.

5. Tun Abdullah, despite gaining an extraordinary victory in 2004, has also lead the National Front (BN) for an extraordinary crushed. The March 8, 2008 election signify remarkable defeat of the ruling party.

6. Pak Lah is the symbol of distrust, failure and defeat for UMNO and BN.

7. In many political eyes, Datuk Seri Md Isa carries a lot of similarities with Pak Lah.

8. Both of them are not idealist, yet seems to be half-cook reformist through rhetorical speeches and acts.

9. They receive advises from culprits while ignoring the nobles. Other influential leaders were eventually brought to decease, as for them, it is a sign of unity to raid supporters from other camps to follow them.

This banner said it all. Only the King, Prime Minister or his deputy supposedly to officiate a program after Menteri Besar. The protocol tradition has been slandered.


10. They are tight-lipped with damaging cronyism activities by people around them. Pak Lah with his 4th floor boys while Md Isa with his 3rd floor old men.

11. They are proud of being static leaders just to receive huge remuneration in the month end. They feel that they are able to lead a transformation, but transformation for both of them is only about to relocate and rearrange all the same old things in the same room. Nothing is actually new and fresh to be accepted as measurable and significant improvement. Some analogous thought considered this type of transformation of having the same furniture at different place in the same room.

12. They are both politically blind and deaf. They do not see the angry faces nor they hear the criticism.

13. They lost their trust among the rakyat.

A HOPE FROM THE HOPELESS

14. Every night when I go to bed, without any assurance of being alive the next morning, but still I set my alarm clock to wake up. That is HOPE.

15. Always, human tend to have ambitious plan in ambiguous circumstances. No harm thinking, trying and preparing for next steps in life.

16. And so often, after a failure or dispute of a plan that denotes a defeat in stubbornness, men will call it as experience. They said, “we learn from experience”. Bull shit in the bulls eyes. Everything is too late.

17. After Pak Lah gave several “money generator” states to opposition, they are performing quite well. Thus, indirectly, Pak Lah has also given tough times to his “next generation” successor, Datuk Seri Najib.

18. Lim Guan Eng and Khalid Ibrahim did not need to spend a lot of money to gain positive appraisal from the rakyat. After 1 year in power, both the Penang and Selangor state government promote the “Say No to Plastic Bag” campaign. This is what we call initiative -- the ability to initiate good things for the betterment of human beings. It does not cost much to gain praises and votes in return, actually.

19. The Menteri Besar of Perlis, who is being advise by a perpetrator, an UMNO-Semangat46-UMNO culprit frog, did nothing with their common excuses that the state is having no money to do anything. They are, in fact, gathering more money for themselves to prepare for the next course of dispute. I shall write about The PPRT State of Perlis.

20. No one can deny the fact that Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, the advisor to Menteri Besar of Perlis cum a former advisor of Pak Lah, is the one who responsible behind the UMNO/BN defeat in the 12th general election. Yet, there are still a small group of people, at the corner of the states, whom accepted Radzi as their hero. I wonder how blind they are.

21. Despite only the MP of Kangar, Radzi came under the limelight as a hero who, in the face of danger and adversity or from a position of weakness, display courage and the will for self sacrifice. People do not rather think about the real danger and adversity in front of them -- the hypocrisy behind this gentleman.

22. After two years in Mini Putrajaya, he, again, shows how hopeless he is to lead Perlis as the smallest state with huge potential. Not a single measurable improvement has been initiated.

23. The Menteri Besar, as well as his advisor, has noticeably engaged themselves in a serious damage to the party tradition.

24. These people are hopeless amid the crisis of confidence among the rakyat. Unless they are being removed, I foresee that the ruling party of Perlis will be change in the next general election.

qunang: in search of The Mahathir of Perlis...


"No Plastic Bag" campaign in Selangor.


"No Plastic Bag" campaign in Penang.

Friday, April 2, 2010

SHAHIDAN KASSIM: NAIK, JATUH & INGIN BANGUN SEMULA (SIRI 10)


POISSON d’AVRIL


1. 1 April 2010 menandakan bulan Mac sudah berlalu.

2. Kisah igauan di bulan tiga ternampak seolah-olah poisson d’Avril -- April fool.

3. Oleh kerana Datuk Seri Md Isa Sabu masih kekal sebagai Menteri Besar Perlis sehingga ke hari ini, maka bersoraklah orang-orang yang merasakan ada kewajaran untuk beliau terus disitu. Seolah-olah redha bahawa masyarakat Melayu Moden yang Glokal boleh berimamkan robot dalam suatu jemaah.

4. Apabila orang-orang yang sama turut berkokok bahawa Shahidan tidak mungkin menjadi Menteri Besar semula kerana bulan tiga sudah berlalu; saya senada dengan mereka. Bahawa amat susah dan hampir mustahil untuk Shahidan menjadi Menteri Besar sekali lagi. Kebangkitan semula Shahidan, mungkin, perlu melalui jalan lain. Walaubagaimanapun, hampir juga mustahil untuk beliau jatuh lagi dalam tempoh terdekat.

5. Namun begitu, jangan kita lupa bahawa bukan senang dan sama sekali mustahil untuk mengangkat nama Md Isa menjadi Menteri Besar Perlis dua tahun yang lalu. Nama itu tidak pernah tergambar dalam telekan politik semua orang.

6. Oleh kerana politics adalah poly tricks (banyak trick), maka beliau berjaya duduk di situ.

7. Seorang penulis PAS menulis di dalam Harakahdaily, “Dia (Md Isa) dikenali hanya kerana dia lama dalam Umno Kangar dan bukan kerana dia seorang yang terkenal dengan idea bernas”. Sama macam Pak Lah yang gagal mengekalkan kegemilangan era Dr. Mahathir kerana ketandusan idealisme segar dalam pentadbirannya.

TIGA PERISTIWA DI BULAN TIGA

8. Peristiwa ialah kejadian yang tercatat dalam sejarah. Di bulan tiga, ada tiga peristiwa yang bukan terjadi secara kebetulan.

9. Peristiwa pertama adalah berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa bertindak yang diberi nama MANTAP di awal bulan tiga yang bertujuan menjalankan kaji selidik umum berkenaan prestasi Menteri Besar Perlis. Akan tetapi, bukan MANTAP yang diterima sebagai suatu “peristiwa” oleh sekalian rakyat. Peristiwa pertama yang dimaksudkan ialah “peristiwa” dimana Md Isa membuat kenyataan membidas MANTAP dalam paper. Pak Belalang kata, “kaddang.. kaddang..”. Oleh sebab setahun sekali MB Perlis masuk paper, maka kenyataan Md Isa itu bolehlah dianggap sebagai “peristiwa” terbesar yang paling menakjubkan.

10. Peristiwa kedua di ialah peristiwa kunjungan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang baru dilantik. Lawatan tersebut merupakan bahasa isyarat Perdana Menteri bahawa beliau tidak hingin jejak kaki ke Perlis selagi Radzi jadi punahsihat Md Isa. Selepas dua tahun jadi Menteri Besar, selepas menerima asakan hebat dari rakyat, baru sekarang nak nampak pintu Pejabat PM. Harus difahami, antara punca Radzi dibuang dari Kabinet 2008 adalah kerana Datuk Seri Najib tidak berpuas hati dengan Radzi yang disifatkan bertanggungjawab memunahkan kekuatan UMNO di Malaysia.

11. Peristiwa ketiga di penghujung bulan tiga ialah jenaka politik oleh ADUN N.01 Titi Tinggi, Yip Sin Onn, yang meletak jawatan sebagai ADUN selama 1 hari kerana kecewa tidak dilantik sebagai Exco. Yip Sin Onn dicalonkan melalui senarai Radzi dan baru menjadi wakil rakyat selama dua tahun. Jika Radzi tidak boleh berkhidmat tanpa perkataan “menteri” dalam jawatannya; Yip Sin Onn berfikiran bahawa dia tidak boleh memberi sumbangan kepada masyarakat tanpa jawatan exco. Tiada langsung unsur-unsur keikhlasan, sama seperti bosnya. Bak kata abang Din Teh Tarik, Yip Sin Onn sudah jadi “Yip Sin Off”.

12. Ketiga-tiga peristiwa itu merupakan fakta signifikan betapa goyahnya pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di Perlis pada hari ini. Kerajaan dilihat syok sendiri dalam banyak hal.

MENTERI BESAR TERUS MENGIGAU

13. Diceritakan oleh seorang Pengerusi JKKK yang baru dilantik semula, ketika berselisih dengan Md Isa pada suatu hari, dia pun menegur “Datuk Seri, apa khabar?”. Lantas Md Isa menjawab, “Tak tau la.. Saya ni senang aja. Dah depa dok suruh saya turun, saya tak pa lah.. Tengok dulu keadaan macamana sebulan dua ni”.

14. Bila orang tanya, “ada orang mahu Menteri Besar ditukar”; dia jawab, “Macam senak perut, petang senak, malam hilang”. Bila rakyat merungut keadaan negeri terlalu hambar, dia diam tak berkata apa-apa. Barangkali kerana tidak menerima signal disebabkan bateri remote habis (tengah charge?).

15. Demikianlah cerita seorang doktor yang orang tanya lain, dia jawab lain. Orang suruh bedah Bedah, dia belasah Bedah. Kita tak faham macamana dia dapat “doktor”.

16. Oleh sebab tiadanya halatuju dan kurangnya keyakinan diri, Md Isa dijangkakan akan terus mengigau.

15 TAHUN LAWAN 2 TAHUN

17. Mengikut teori Radzi, Shahidan sepatutnya dijatuhkan semasa Pilihanraya Umum 2004, dimana tersebar luas ura-ura Shahidan merayu kepada Pak Lah agar diberikan satu lagi penggal terakhir sebagai Menteri Besar. Radzi hanya berjaya menjatuhkan Shahidan selepas 4 tahun kemudian.

18. Sepanjang tempoh 2004-2008, Shahidan dilihat konsisten meneruskan gerak kerja politik dan tugas-tugas Kelas A dalam membina kekuatan dan membawa pembangunan ke negeri Perlis. Bandar Kangar, Pekan Arau, Pekan Kuala Perlis dan Pekan Padang Besar dilihat “naik seri” dalam era Shahidan selama 4695 hari sebagai Menteri Besar.

19. Diantara penyebab hilangnya keyakinan ramai rakyat Perlis selepas 2 tahun Md Isa menjadi Menteri Besar adalah kerana banyak pekan-pekan, hatta bandar Kangar sendiri, telah “hilang seri”. Satu-satunya kemajuan yang dapat dilihat dan dinilai hanyalah gambar-gambar senyuman penyejuk hati rakyat di tengah-tengah round-about Kangar.

20. Apabila diangkut orang-orang kampung dengan 3 buah bas untuk menyambut kepulangan Menteri Besar dari luar negeri, maka dibuat kenyataan “rakyat Perlis menyokong Md Isa”. Apa rakyat Perlis ada 150 orang? Adakah pelaburan RM2000 yang dibelanja untuk mengangkut orang-orang kampung melawat airport baru Kepala Batas memadai untuk membuat kenyataan umum bahawa “rakyat Perlis sokong saya”?

21. Dalam banyak aspek lain, Menteri Besar ternyata gagal.

22. Projek naik taraf Jalan Arau-Kodiang dan Kangar-Padang Besar dibiarkan terbengkalai dan terus menyusahkan rakyat kerana alasan biasa -- “kerajaan tidak ada duit”.

23. Selepas 2 tahun, program-program turun padang baru hendak dimulakan secara aktif setelah menerima asakan bertalu-talu kerana alasan biasa -- “saya sibuk sikit sebelum ni”?.

24. Perpecahan dalam UMNO Negeri termasuk sayap Pemuda Negeri dibiarkan tanpa sebarang langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah kerana alasan biasa -- “Shahidan punya pasai”.

25. Kalau semua kelemahan nak dialaskan dengan alasan, kalau segala kritikan kerapkali disalahkan pula orang lain, kalau Pemuda yang semakin menjauhkan diri dianggap remeh; itu petanda “dah lama daaaaah..”.

26. Tiada apa-apa makna lagi untuk terus memegang kuasa itu melainkan untuk menjahanamkan lagi jantung hati orang-orang Melayu -- UMNO.

qunang: kadang², bila nak pinjam pen kawan, kita kata "saudara, bolehkah saya pinjam pen saudara?". kadang² juga, bila nak pinjam pen kawan, kita kata "woi! mai pen hang sat!".
maknanya tetap sama walau nadanya berbeza. :)

RIBUT, KEMARAU DAN BENCANA ALAM DI PERLIS


RIBUT

1. Minggu lepas, beberapa kawasan di negeri Perlis dilanda ribut.

2. Seperti diduga, Shahidan jauh terkehadapan berbanding Md Isa mahupun Radzi dalam menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa ribut.

3. Walaupun ada pihak yang mengkritik hebat sikap murah hati Shahidan dalam konteks mempertahankan survival politik beliau, namun tiada siapa pun sehingga kini mempunyai keberanian untuk memfatwakan bahawa sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang-orang susah dan mangsa-mangsa ribut adalah suatu perkara yang haram atau makhruh disisi agama.

4. Dalam majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut, ada seorang mangsa ribut yang ranap 40% rumahnya menerima sumbangan peribadi berjumlah RM300 dari Shahidan. Alhamdulillah.

5. Dalam majlis sumbangan mangsa-mangsa ribut itu juga, ada seorang gadis comel yang tak kena ribut secara tiba-tiba turut menerima sumbangan. Sumbangan tunai berjumlah RM400. Lebih seratus ringgit dari mangsa ribut. Alhamdulillah.

6. Kasihan saya kepada jejaka-jejaka hensem dan gadis-gadis yang tidak comel dalam majlis tersebut.

KEMARAU

7. Sebelum dilanda ribut, negeri Perlis dikhabarkan memecah rekod suhu paling panas melepasi 40 darjah Celcius.

8. Keadaan yang panas mengurangkan keselesaan rakyat, juga menambah beban perbelanjaan Kementerian Kesihatan untuk membeli ubat migrain dan darah tinggi.

9. Untuk memasang air-cond diseluruh negeri adalah diluar batasan pemikiran semua orang; malah di luar kemampuan kerajaan negeri.

10. Maka, saya mencadangkan supaya kajian dan idea memasang kincir angin di persisiran pantai Kuala Perlis dikaji semula. Kincir angin bukan sahaja boleh menjana elektrik tetapi juga mungkin dalam menyejukkan iklim di negeri Perlis.

Gambar oleh sahabat saya, Heri, ketika melawat sebuah negara sejuk. Komen dia, "patut la sejuk, berceretek kipas..."


BENCANA ALAM

11. Mekanisme dan sistem pengagihan bantuan bencana alam dan bantuan-bantuan lain perlu diperbaiki dengan tujuan membolehkan bantuan itu benar-benar membantu orang-orang yang memerlukan.

12. Dalam banyak kes, dalam setiap sangkar-sangkar politik, penerima bantuan perlu melalui "orang-orang kanan" yang kerapkali terlebih sudu dari kuah.

13. "Orang-orang kanan" ini akan jadi jarum untuk cucuk ketua mereka untuk nak bagi ada cerita (hiburan?) yang kadangkala bertujuan membunuh orang lain. Cucukan "orang-orang kanan" kerapkali menjumudkan pemikiran ketua mereka untuk mengurangkan musuh-musuh politik. Mereka berkelakuan seperti mereka lebih berkuasa dari ketua mereka.

14. Dalam kes kejatuhan Pak Lah dan Shahidan (serta bakal terjatuhnya Md Isa), peranan orang-orang kanan ini adalah diantara penyumbang utama meranapkan politik mereka. Sokong membawa rebah.

15. Ini kerana, apabila sahaja "orang-orang kanan" ini diserang, mereka akan kembali berlindung dibelakang bos mereka. Kerana serangan yang bertubi-tubi, kadang-kadang bos pun "mati" tak tahan kena tembak.

qunang: ribut dalam cawan..