Tuesday, April 27, 2010

KEMENANGAN PRK HULU SELANGOR DAN SUMBANGAN BN PERLIS


MAIN NOMBOR

1. Bila sebut main nombor, semua orang ingat main judi nombor ekor. Akan tetapi, bukan kisah judi main nombor ekor yang hendak diutarakan, tetapi kisah memperjudi masa depan negara Malaysia, “the region of stability in South East Asia”.

2. Pujian, syabas dan tahniah sewajarnya diberikan kepada Pengerusi Barisan Nasional Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, diatas pencapaian cemerlang di peti-peti undi yang diamanahkan menjadi kawasan angkat BN Perlis. Semasa PRU 2008, Barisan Nasional tewas kesemua 3 peti undi yang dipertanggungjawabkan itu.

3. Strategi gerak kerja yang digunakan oleh Md Isa dalam menghadapi pilihanraya kali ini adalah dengan memecahkan 3 peti undi yang diamanahkan kepada BN Perlis untuk diuruskan oleh 3 Bahagian. Md Isa memberi arahan supaya Bahagian Arau menjaga peti undi Serendah (1877 pengundi), Bahagian Padang Besar di Sungai Gapi (1492 pengundi) dan Bahagian Kangar di Kampung Baru Serendah (2152 pengundi).

4. Bahagian Arau dan Padang Besar mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi memantapkan koordinasi penyaluran sokongan dan bantuan kepada jentera tempatan. Bagi mereka, tempoh 12 hari berkampung sepenuh masa di Hulu Selangor bukan semata-mata untuk membantu jentera BN di sana, tetapi juga untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim sesama mereka yang terdiri daripada pekerja parti dan penyokong akar umbi UMNO di Perlis.

5. Maka, bergeraklah lebih kurang 200 orang jentera gabungan Arau dan Padang Besar dalam menjayakan segala pengagihan tugas di sepanjang tempoh berkempen. Mereka berkampung di kawasan yang diamanahkan itu 24 jam sehari dan bergilir-gilir bertindak sebagai jentera yang dibiayai sepenuhnya oleh Ketua Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

6. Bagi Bahagian Kangar, lawatan sambil belajar beberapa orang ke Kampung Baru Serendah dilihat oleh jentera tempatan sebagai sesi fotografi oleh pelancong-pelancong luar semata-mata. Tidak ada gambar aktiviti harian yang dapat dikongsikan oleh pelancong-pelancong dari Bahagian Kangar itu kerana sesungguhnya tidak ada aktviti, program dan gerak kerja yang dilakukan. Encik Sudin, seorang pengundi di situ, bertanya salah seorang pelancong dari Kangar, “Rombongan Datuk (Md Isa) datang tunjuk muka saja ke?”.

7. Pada hari mengundi, ketika jentera Arau dan Padang Besar bersama-sama jentera tempatan bekerja sepenuh masa dari jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang di kedua-dua pusat mengundi mereka, pelancong-pelancong dari Kangar sudah lama pulang.

8. Sewaktu khabar angin mula bertiup tentang poor-turnout di peti undi Kampung Baru Serendah yang dijaga oleh Bahagian Kangar, dimana kurang 40% pengundi yang keluar mengundi selepas pukul 1 tengah hari, Rela Ahmad yang juga Ketua Wanita Kangar sudah balik kampung. Sikap lari dari medan pertempuran Rela jauh tercorot berbanding keteguhan semangat petugas-petugas RELA. Demikianlah contoh jelas yang membezakan Rela dan RELA. Rela tidak rela merelakan kerelaan RELA.

9. Selepas mendapat laporan yang baik di pusat mengundi yang dijaga oleh Padang Besar dan Arau, Datin Seri Shamsiah yang juga Naib Ketua Wanita Bahagian Arau terus bergerak ke Kampung Baru Serendah bagi mendiamkan rungutan jentera tempatan berhubung ketiadaan bantuan dari Perlis. Tidak banyak yang dapat dilakukan di saat-saat akhir sebegitu dalam keadaan masa yang sangat suntuk.

10. Keputusan akhir, daripada kekalahan ratusan undi semasa Pilihanraya Umum 2008, peti undi Sungai Gapi (Bahagian Padang Besar) mendapat kelebihan 19 undi dan Serendah (Bahagian Arau) 16 undi; manakala peti undi Kampung Baru Serendah yang diperuntukkan kepada Bahagian Kangar menyaksikan kekalahan lebih buruk sebanyak 399 undi.

11. Secara keseluruhannya, jentera BN Perlis berjaya memberikan sumbangan terhadap kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Sekurang-kurangnya, banyak undi kepada pembangkang telah berjaya dilupuskan. Syabas kepada Pengerusi BN Perlis.

12. Sehari selepas PRK Hulu Selangor, Md Isa mula sembang deras dalam majlis dengan Pengakap di Dewan Residensi Kangar. “Kita” menang katanya. Terpersona ketua-ketua pengakap di Perlis. Itulah namanya politik tumpang tui (tuah) dan itulah politik tipu orang kampung.

KEKALAHAN DI KAMPUNG BARU SERENDAH

13. Kekalahan di Kampung Baru Serendah menggambarkan menggambarkan jiwa recond yang dibawa oleh Bahagian Kangar.

14. BN tewas di Saluran 1 (veteran) sebanyak 50 undi.

15. BN tewas di Saluran 2 (orang-orang lama) sebanyak 112 undi.

16. BN tewas di Saluran 3 (abang-abang) sebanyak 104 undi.

17. BN tewas di Saluran 4 (orang-orang muda) sebanyak 133 undi.

18. Berdasarkan fakta dan angka, kehadiran pelancong-pelancong dari Kangar tidak membantu langsung untuk sekurang-kurangnya mengurangkan undi terhadap pembangkang.

19. Dalam satu persinggahan Md Isa, seorang pemuda tempatan meluru bersalam dengan salah seorang peserta lawatan sambil bawa payung lantas berkata, “jemput masuk Datuk”. Peserta lawatan itu pun berkata, “bukan saya la, yang tu (sambil menunjuk ke arah Md Isa)”. Dah datang tunjuk muka kadddang-kadang, kasihan orang tak kenal.

20. Di persinggahan lain, pemimpin-pemimpin tempatan menyuarakan kehendak mereka untuk menganjurkan beberapa gerak kerja politik untuk tujuan meraih undi, tetapi jawapan yang diterima mereka, “kita tak ada peruntukan”. Alasan sama yang biasa diberi di Perlis. Alasan dari seorang Menteri Besar yang mengundang kekecewaan pengundi dan pekerja parti.

21. Hakikatnya, jentera Bahagian Arau dan Padang Besar digerakkan tanpa peruntukan daripada BN Perlis. Difahamkan Barisan Nasional telah membelanjakan tidak kurang daripada RM30,000,000 untuk pilihanraya kecil ini. Mustahil tiada peruntukan untuk Datuk Seri Md Isa Sabu merangkap Pengerusi BN Negeri, Pengerusi UMNO Negeri dan Menteri Besar Perlis. Kalau sungguh tak ada, banyak baiknya letak jawatan!

qunang: budaya politik pemimpin recond perlu dirombak.

2 comments:

The Full Moon Revolution said...

Salam Bro,

Tahniah atas kemenangan BN di Hulu Selangor, walaupun tidak boleh dipanggil menang bergaya sperti di bagan Pinang. Rakyat Hulu Selangor mendapat sorang wakil rakyat yg bersih katanya tidak minum arak!

1,725 majoriti berjaya ditingkatkan dan jika ditolak undi pos yang selalunya berpihak kpd BN 627, majoriti sebenar cuma 1,078.

Rakyat Hulu Selangor sangat bertuah kerana mendapat durian runtuh terutamanya warga Felda Sungai Buaya kabarnya RM50,000 seorang, juga masalah mereka telah berlanjutan sekian lama dapat dislesaikan sekelip mata.

Ada sebuah skolah Cina dapat RM3juta dngan syarat, ada yg dapat RM300,000 tanpa syarat,ada kaum India dapat tanah tapak Tokong!

Rakyat Hulu Slangor juga dapat sebuah persimpangan bertingkat, pelbagai lagi pemberian lain spt wang ringgit, pakaian, dapur, periok belanga, beras....garam, belacan?

Pakej hadiah kemenangan mereka mencececah RM100 juta! Tahniah lagi sekali kerana telah membuat pilihan yang tepat!! Rakyat juga yang untung!!!

Saya sempat berbual dengan Pak Chik umu 50an bukan dari darah Hulu Selangor, beliau berkata Pak Chik rasa cemburu pula dengan org Hulu Selangor kerana mendapat durian runtuh sekelip mata, kerana di kawasan Pak Chik banyak masalah2 besar yg berlarutan hingga berpuluh tahun tidak slesai...

Pak Chik tadi menambah alangkah baiknya kalau kawasan Pak Chik ada pilihanraya kecil macam ni, Pak Chik percaya semuanya akan slesai sekelip mata! Tak kanlah Pak Chik nak berdoa supaya wakil rakyat meninggal....

Saya mencadangkan supaya Pak Chik tadi berjumpa dengan Karam Singh, kerana banyak masalah boleh dislesaikan oleh Karam Singh dan wakil rakyat pula suka mendapat liputan..Beliau tersengeh..

Beliau sangat2 berharap kerajaan ikhlas menolong rakyat tanpa menunggu pilihanraya kecil. Katanya ketika musim pilihanraya kecil semua org2 politik telah membuang kesombongan mereka..

semuanya peramah, boleh diajak berbual, ada yang sanggup turun sawah, meredah hutan, menoreh getah dan berbagai lagi..tetapi kenapa mereka hanya berubah sekejap saja, tidak selama-lamanya?

BN perlu menganalisa betul2 keputusan pilihanraya Hulu Selangor, kaum Cina berpihak kepada PR, kalau tidak PRU13 nanti akan menjadi mimpi yang ngeri kepada BN!

Rakyat sudah arif, sebarang masalah hanya akan dapat diselesaikan hanya jika ada pilihanraya kecil, begitu juga dengan bantuan kepada yg memerlukan!!! Perkara-perkara yg mustahil akan menjadi reallity!!

Wallahua'lam

qunang² said...

Full Moon,
- Kemenangan BN dengan majoriti sebanyak 1725 undi adalah mutlak.
- Menolak undi pos ibarat membunuh manusia yang menjadi pengundi. Penghujahan di sudut itu nyata dangkal.

- Dari sudut manfaat kewangan yang diterima para pengundi, sama ada durian luruh atau runtuh, itu adalah hak dan rezeki mereka.
- Banyak FELDA tempat lain yang diberi durian runtuh di luar musim pilihanraya.

- Manfaat lainnya yang diterima pengundi sebenarnya diagihkan secara saksama ke seluruh negara. Sebab itu, BN kekal dominan dalam menguasai politik Malaysia.
- BN menang sejak merdeka kerana track record yang hebat.