Friday, April 2, 2010

RIBUT, KEMARAU DAN BENCANA ALAM DI PERLIS


RIBUT

1. Minggu lepas, beberapa kawasan di negeri Perlis dilanda ribut.

2. Seperti diduga, Shahidan jauh terkehadapan berbanding Md Isa mahupun Radzi dalam menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa ribut.

3. Walaupun ada pihak yang mengkritik hebat sikap murah hati Shahidan dalam konteks mempertahankan survival politik beliau, namun tiada siapa pun sehingga kini mempunyai keberanian untuk memfatwakan bahawa sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang-orang susah dan mangsa-mangsa ribut adalah suatu perkara yang haram atau makhruh disisi agama.

4. Dalam majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut, ada seorang mangsa ribut yang ranap 40% rumahnya menerima sumbangan peribadi berjumlah RM300 dari Shahidan. Alhamdulillah.

5. Dalam majlis sumbangan mangsa-mangsa ribut itu juga, ada seorang gadis comel yang tak kena ribut secara tiba-tiba turut menerima sumbangan. Sumbangan tunai berjumlah RM400. Lebih seratus ringgit dari mangsa ribut. Alhamdulillah.

6. Kasihan saya kepada jejaka-jejaka hensem dan gadis-gadis yang tidak comel dalam majlis tersebut.

KEMARAU

7. Sebelum dilanda ribut, negeri Perlis dikhabarkan memecah rekod suhu paling panas melepasi 40 darjah Celcius.

8. Keadaan yang panas mengurangkan keselesaan rakyat, juga menambah beban perbelanjaan Kementerian Kesihatan untuk membeli ubat migrain dan darah tinggi.

9. Untuk memasang air-cond diseluruh negeri adalah diluar batasan pemikiran semua orang; malah di luar kemampuan kerajaan negeri.

10. Maka, saya mencadangkan supaya kajian dan idea memasang kincir angin di persisiran pantai Kuala Perlis dikaji semula. Kincir angin bukan sahaja boleh menjana elektrik tetapi juga mungkin dalam menyejukkan iklim di negeri Perlis.

Gambar oleh sahabat saya, Heri, ketika melawat sebuah negara sejuk. Komen dia, "patut la sejuk, berceretek kipas..."


BENCANA ALAM

11. Mekanisme dan sistem pengagihan bantuan bencana alam dan bantuan-bantuan lain perlu diperbaiki dengan tujuan membolehkan bantuan itu benar-benar membantu orang-orang yang memerlukan.

12. Dalam banyak kes, dalam setiap sangkar-sangkar politik, penerima bantuan perlu melalui "orang-orang kanan" yang kerapkali terlebih sudu dari kuah.

13. "Orang-orang kanan" ini akan jadi jarum untuk cucuk ketua mereka untuk nak bagi ada cerita (hiburan?) yang kadangkala bertujuan membunuh orang lain. Cucukan "orang-orang kanan" kerapkali menjumudkan pemikiran ketua mereka untuk mengurangkan musuh-musuh politik. Mereka berkelakuan seperti mereka lebih berkuasa dari ketua mereka.

14. Dalam kes kejatuhan Pak Lah dan Shahidan (serta bakal terjatuhnya Md Isa), peranan orang-orang kanan ini adalah diantara penyumbang utama meranapkan politik mereka. Sokong membawa rebah.

15. Ini kerana, apabila sahaja "orang-orang kanan" ini diserang, mereka akan kembali berlindung dibelakang bos mereka. Kerana serangan yang bertubi-tubi, kadang-kadang bos pun "mati" tak tahan kena tembak.

qunang: ribut dalam cawan..

1 comment:

The Full Moon Revolution said...

bro qunang,
ds shahidan bukan saja bagi bantuan kpd org2 susah; org kaya2, pegawai2 krajaan, pengtua2 dll pun dapat duit!!!

bukan setakat org perlis saja..org satun, pattani pun dapat....

bukan setakat org perlis saja...
org kedah malah menjangkau org pekan (org najib) pun dapat habuan!!!

bukan stakat periok...belanga, dapor gas, baju, sluar & macam2 lagi....

bukan stakat duit kupang...malah dapat pi makan angin merata2.

stiap kali pertunjukan bunga api zaman ds shahidan beratus ribu rm dibakar... wow! berdentum-dentum macam perang di iraq!!!

lani org perlis dok komplen bunga api yab md isa bunyi peh! peh! peh! macam masuk angin...tak hebat!!!

memang ds shahidan nie robin hood versi baru....

tapi heran juga ya....mana dia dapat duit berjuta2 nie...

tak pa kita tidak buleh buruk sangka terhadap kebaikan org, kalau betui ikhlas pahala besar...kalau ada unsur2 penipuan, rasuah, salah guna kuasa....

di akhirat kelak azabnya amat pedih..kalau di dunia kita kena cari bukti, tapi di akhirat tak payah cari bukti semua bukti2 akan bercakap!!!

walau macammana pun perlis kena ada pemimpin versi baru yg berpandangan jauh mcm bro qunang...dapat menyuluh org perlis dalam gelap!!! yab md isa & ds shahidan kena berundur, masa depa dah sampai maghrib....bagi chance org muda yg bertnaga mcm qunang!
(-: