Wednesday, June 30, 2010

KERUSI PROTOKOL DAN KERUSI PROTOLOL



Mari Belajar Protokol

Memandangkan amalan protokol di Perlis terus dicabuli sesuka hati oleh golongan-golongan perampas kuasa, maka ada bagusnya ruangan ini memberi peringatan semula tentang aspek asas dalam protokol negeri.

Kerusi Kuning = DYMM Tuanku Raja Perlis
Kerusi Hijau = DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
Kerusi Biru = YAB Menteri Besar Perlis
Duduk bersila je = Punahsihat 46%

Aturan kerusi ketika Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar 2010 memperlihatkan si Punahsihat 46% duduk di kerusi Menteri Besar sementara Y.A.B Datuk Seri Md Isa Sabu selaku Ketua Bahagian dan Menteri Besar "Olriginal" hanya duduk di kerusi yang sama dengan orang lain. Punggggaaah!


Protolol

Si Punahsihat 46% yang dijemput merasmikan Mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar adalah orang yang berpengalaman luas membawa kehancuran terhadap semua parti-parti politik yang disertai (kena kata "semua" sebab ni pun spesis "katak politik" jugak).

Satu soalan untuk Puteri Kangar, apa pasai dalam banyak² pemimpin yang bertanding AJK UMNO, mamat Punahsihat 46% jugak yang hangpa panggil? Teringin sungguh-sungguh nak tau..


Anugerah Punahsihat Terunggul

1. Radzi Sheikh Ahmad kata dalam tahun 80-an, "ayah saya wariskan jawatan MB untuk saya teruskan kerja dia"

2. Radzi Sheikh Ahmad menjadi Punahsihat 46% Tengku Razaleigh sehingga membawa kepada UMNO diharamkan pada 14 Februari 1987.

3. Radzi Sheikh Ahmad mendalangi usaha-usaha membenci UMNO melalui Semangat 46%.

4. Radzi Sheikh Ahmad membakar dan memijak bendera UMNO.

5. Radzi Sheikh Ahmad mengaitkan keadaan ayah dia di dalam kubur jika dia masuk balik UMNO.

6. Radzi Sheikh Ahmad hilang senyap sunyi tanpa memberi apa² sumbangan kepada UMNO selama lebih 46% dari 21 tahun.

7. Radzi Sheikh Ahmad kembali menjadi Punasihat 46% Pak Lah dengan memunahsihat Pak Lah, "UMNO dalam keadaan bersedia untuk pilihanraya pada bila² masa". Penting diri sendiri kerana sebenarnya Perlis saja yang bersedia untuk UMNO menang di bawah kepimpinan Shahidan Kassim dalam keadaan ia hanya sebenarnya sudah bersedia merampas kuasa selepas kemenangan.

8. Radzi Sheikh Ahmad mengaku kegagalan dan kebodohannya lalu meletak jawatan.

9. Radzi Sheikh Ahmad telah menyalahgunakan kuasa untuk menambah bilangan pendatang asing dalam negara ke suatu tahap yang tidak munasabah sebelum berambus dari kabinet.

10. Radzi Sheikh Ahmad memberikan lesen pendatang asing kepada kroni² melalui amalan kronisme yang sangat kotor. halal haram belakang kira.

11. Radzi Sheikh Ahmad bagi nama Md Isa untuk sekadar menjai boneka sehingga Md Isa tak berani pindah ke kediaman rasmi kerana "depa bagi kat saya sat saja, segan nak pindah dua tiga kali".

12. Radzi Sheikh Ahmad tekan Md Isa untuk dapat jawatan berbayar sebagai Punahsihat 46% sebagai balasan kerana tolong Md Isa jadi MB.

13. Radzi Sheikh Ahmad mengamalkan politik balas dendam yang maha kotor sehingga ramai Pengerusi JKKK yang berbeza pendirian dan pandangan dipecat. Sekali lagi tradisi UMNO dipunahkan.

Saya berhenti setakat nombor 13..!

qunang: bagaimana mungkin UMNO diperkasakan semula?

No comments: