Monday, June 21, 2010

UMNO PERLIS: ANTARA AMANAH DAN AMARAH



PECAH AMANAH KERANA AMARAH

1. Untuk tahun ke-2 selepas rampasan kuasa, suasana mesyuarat agung tahunan di banyak cawangan-cawangan UMNO seluruh negeri Perlis terus dibayangi oleh persengketaan, kezaliman, penindasan dan pecah amanah oleh orang-orang yang memegang berkuasa.

2. Barisan kepimpinan Perhubungan UMNO Perlis yang diketuai oleh Datuk Seri Md Isa Sabu dan dipunahsihati oleh Radzi Sheikh Ahmad meneruskan ketempangan ideologi politik mereka melalui pencabulan tradisi dan sistem yang diamalkan oleh UMNO di Malaysia.

Keadaan semasa UMNO Perlis dan pengundi.

3. Adalah menjadi tradisi dalam UMNO, khususnya di seluruh negeri Perlis, dimana perbelanjaan mesyuarat tahunan Cawangan, termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, dibiayai oleh Ibu Pejabat. Peruntukan ini disalurkan secara sistematik melalui Perhubungan kepada Bahagian dan seterusnya kepada Cawangan.

4. Ini bermakna, setiap Cawangan yang sah berserta sayap-sayapnya sememangnya diberi sejumlah peruntukan yang sama rata tanpa sebarang pengecualian.


5. Malangnya, oleh kerana ketempangan akal dan amarah politik, peruntukan mesyuarat Cawangan UMNO di beberapa kawasan di Perlis hanya diagihkan kepada Cawangan yang diketuai oleh “Pak Hangguk”. Cawangan-cawangan yang tidak diketuai oleh “Pak Hangguk” dianggap Cawangan yang menyokong mantan Menteri Besar, sekaligus dikecualikan daripada menerima sebarang peruntukan mesyuarat.

6. Persoalannya, dimana wang peruntukan itu sekarang? Siapa yang tergamak memakannya?

SI PENCABUL & SI PEROGOL
Gambaran selayaknya mereka yang menggelapkan duit Cawangan.

7. Kalaupun ditolak 46% komisyen kepada orang-orang tertentu, wang tersebut masih lagi berjumlah ribuan ringgit. Diatas kertas kira-kira Ibu Pejabat UMNO, ianya kekal menjadi hak Cawangan-cawangan yang terlibat. Kenapa masih tidak diserahkan hak ahli-ahli di Cawangan-cawangan tersebut walaupun mesyuarat mereka telah disempurnakan?

8. Apabila tradisi UMNO dicabul oleh pihak yang memegang kuasa di Perhubungan, orang-orang dibawah mereka lantas merogol pihak-pihak yang sedia teraniaya. Lebih sudu dari kuah. Bos cabul, kuli rogol.

9. Peruntukan Cawangan UMNO sepatutnya diagihkan melalui mekanisme parti tanpa mencampur-adukkan jentera kerajaan secara membuta tuli.

10. Akan tetapi, Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak terlibat dengan sebarang mesyuarat UMNO Bahagian, telah meninggikan hidung dan menebalkan muka untuk menyerahkan peruntukan Cawangan secara sendirian dengan mengetepikan kepimpinan Bahagian.

JKKK, API DAN SEKAM

11. Isu peminggiran Ketua Cawangan UMNO dalam perlantikan Pengerusi JKKK terus menggelegak dan belum menampakkan tanda untuk reda.

12. Di sebuah cawangan di Bahagian Kangar, seorang wakil rakyat yang terhutang budi dengan Radzi telah ditanya tentang kenapa Ketua UMNO Cawangan mereka dianiayai dan dipinggirkan daripada perlantikan Pengerusi JKKK. YB tersebut terpinga-pinga lantas memberi jawapan mudah, “Shahidan dulu pun buat macam tu jugak”. Kisah selanjutnya akan dicoretkan di penghujung bulan Julai, insya Allah.

13. Buat masa ini, saya suka mengingatkan YB Kuala Perlis yang mungkin terlupa atau sememangnya malas membaca berkenaan kenyataan yang dibuat Radzi Sheikh Ahmad pada 29 Disember 2007, “Sudah sampai masanya (kepimpinan UMNO) Perlis diubah. Ini pandangan saya sebagai Setiausaha Agung parti. Kalau Perlis masih kekal dengan kepimpinan lama dan tokoh yang lama, saya rasa negeri ini akan terus berada di takuk lama”.

14. Kepada encik YB Kuala Perlis, dah la yang Shahidan buat benda betul YB tak ikut, mengata pulak kot atas. La ni benda yang Shahidan buat tak betul YB ikut tunggang-terbalik pulak. YB nak jadi wakil rakyat yang bawak Perlis ke takuk baru ka, nak bawak Perlis bagi kat PAS???


15. Tambah membingungkan, tuduhan yang mengatakan “Shahidan dulu pun buat macam tu jugak” adalah bersandarkan kepada cerita putar alam puak-puak Radzi melibatkan penolakan oleh Perhubungan UMNO untuk melantik isteri kepada seorang Ketua Cawangan ke jawatan Pengerusi JKKK diatas permintaan Ketua Cawangan itu sendiri.

16. Api telah menyala kerana langkah tidak bijak dalam perlantikan JKKK. Kalau tidak dikawal, sekam yang terbakar akan lebih luas. Ketua Cawangan adalah orang yang berpengaruh dan dilantik melalui konsensus dikalangan penduduk sesebuah kampung. Jika pilihan mereka dipinggirkan membuta tuli, kebencian akan semakin meluas.

KISAH PREJUDIS DAN SUBJUDIS
Sebatang merton dan tiga paku... :)

17. Dalam sejarah politik Malaysia, Radzi Sheikh Ahmad ialah individu yang terlibat secara langsung menghancurkan 3 buah parti politik iaitu UMNO (asal), Semangat 46% dan UMNO (baru).

18. Sebagai seorang individu yang mempunyai pengalaman luas dalam merancang kehancuran, kenyataan Radzi Sheikh Ahmad pada 29 Disember 2007 itu sewajarnya menjadi sandaran untuk dinilai oleh setiap ahli-ahli UMNO. Radzi berkata, “Perlis negeri kecil dan mempunyai hanya tiga bahagian sahaja. Jadi kalau sampai tiada kerjasama dan berpuak-puak maka ia perlu dibuat perubahan, kalau tidak UMNO Perlis akan hancur”.

19. Dalam kenyataan media yang sama, Radzi turut berkata, “Saya sebagai Setiausaha Agung UMNO nampak semuanya. Tiada langsung kerjasama di antara ketiga-tiga bahagian ini malah dalam satu bahagian pun tiada kerjasama antara sesama mereka’’. Radzi berkata lagi, “Berpuak-puak bukan amalan dalam UMNO. UMNO Perlis dilihat bermusuh seolah-olah mereka berada dalam parti lain”.

20. Kepada Tuan Punahsihat 46%, satu soalan daripada saya, apa bezanya dengan sekarang bila kuasa di tangan tuan?

21. Sebuah kisah prasangka serba tak kena orang-orang yang selalu memunahsihat boleh dirujuk agar ahli UMNO lebih memahami corak pemikiran duri dalam daging orang-orang yang nak disanjung sebagai pemimpin.

Pada suatu hari, seorang bekas lawyer yang separa nyanyuk bernama Kak Rozi bertemu dengan rakannya, Mat Asi, di sebuah kedai di Kangar:

Kak Rozi: "Mat, la ni pukui brapa?"
Mat Asi: "3:15 petang."
Kak Rozi: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat semua orang nak menipu aku ari nih?"
Mat Asi: "Awat pulak? Bila pulak aku tipu hang?"
Kak Rozi: "Sepanjang hari ni, dari pagi tadi aku dok tanya time kat orang, dan sepanjang hari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

22. Untuk pedoman orang-orang muda di masa hadapan, apabila orang yang tidak pernah bersangka baik seperti ini diberi kuasa pada tangannya, maka asas kepada apa jua tindakan yang dibuat hanyalah akan bersandarkan serakah dendam dan kesumat. Dalam keadaan terdesak, apa sahaja cara dan kaedah akan dihalalkan untuk mencapai matlamat.

qunang: Bagaimana mungkin BN Perlis kekal menang dalam pilihanraya umum akan datang?

No comments: