Thursday, October 7, 2010

PKENPs DAN PERNIAGAAN ARAK (SIRI 2)

------------------
Kemaskini 10 Oktober 2010: Pembaca-pembaca sekalian, Saya tangguhkan siri ke-3 tajuk ini setelah mendapat khabar bahawa Menteri Besar bersetuju menutup perniagaan arak ini dengan serta-merta. Semoga kata dikota...
------------------

Membuka Pekung?

1. Seandainya saya meneladani amalan politik primitif yang diamalkan oleh sebahagian besar pimpinan-pimpinan UMNO, saya perlu mengiyakan tindakan bobrok mereka atau setidak-tidaknya menyembunyikannya dalam poket.

2. Zaman menyembunyikan atau mengiyakan segala-gala kebobrokan pimpinan UMNO/BN sudah berlalu.

3. Tindakan menyembunyikan tindakan hanky-panky mungkin relevan dizaman cengkaman politik UMNO/BN begitu kuat dalam suasana keterbatasan maklumat alternatif lebih kurang 15 tahun yang lalu.

4. Hari ini, UMNO/BN berada dalam keadaan sama sekali tidak boleh melakukan kesilapan . Pimpinan UMNO/BN perlu teliti dan cermat dari melakukan tindakan yang tempang atau dilihat tempang oleh rakyat terbanyak.

5. Apabila YB Hashim Jasin (N15 Sanglang – PAS) bercakap mengenai penglibatan PKENPs dalam perniagaan arak dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Julai 2010; nampaknya pekung sudah terbuka dan tembelang sudah pecah.

6. Oleh yang demikian, sekiranya saya menulis atas kapisiti sebagai pemimpin kecil UMNO, barang pasti saya tidak sepatutnya menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO. Akan tetapi, atas sifat kasih saya terhadap UMNO, setelah menyedari dengan begitu jelas bahawa isu ini akan menjadi “peluru besar” pembangkang di Perlis menjelang Pilihanraya Umum ke-13, saya perlu mengikut arus --- arus pengundi atas pagar non-partisan dan bukan arus membodek mengharapkan “hun” yang menjadi amalam segelintir pimpinan Pemuda UMNO.

7. Sekiranya saya ingin membodek untuk mendapat sedikit “hun”, saya harus bersetuju bahawa perniagaan ARAK adalah wajar dalam kerangka pembangunan dan kemajuan negeri Perlis! Saya harus berkata “betul! betul! betul!” bila sahaja berhadapan dengan Datuk Seri Md Isa Sabu atau askar-askar recondnya.

Pekung Yang Terbuka?

8. Berbalik kepada tindakan tempang oleh pentadbiran Md Isa, beberapa isu besar menjadi signifikan untuk diperdebatkan hari ini dan bukan beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

9. Walaupun memanjat kerusi Menteri Besar melalui jalan belakang, Md Isa adalah Menteri Besar yang sah ketika berurusan dalam perniagaan ARAK dengan Ocean Chandlers Sdn. Bhd. (OCSB) diatas kapasitinya sebagai Pengerusi PKENPs. Oleh itu, Md Isa harus faham sensitiviti ARAK dalam masyarakat Islam apatah lagi untuk melibatkannya dalam usahasama dengan syarikat milik kerajaan negeri.

10. Ketika 7 Eleven memulakan operasi di Perlis beberapa tahun sebelum Md Isa menjadi Menteri Besar, wujud reaksi ketidapuasan hati oleh golongan ibubapa dan guru bilamana ARAK dijual secara terbuka dan bebas dibeli oleh dua tiga kerat remaja Melayu. Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Menteri Besar ketika itu lantas meminta agar penjualan ARAK dihentikan serta merta. Md Isa sepatutnya mengutamakan kesinambungan ketegasan pimpinan terdahulu dalam isu-isu sensitif sebegini.

11. Tindakan PKENPs menurunkan sewa bulanan dari RM 10,000 (oleh anak syarikat PKENPs) kepada RM 1560 (oleh OCSB) adalah insentif yang tidak munasabah memandangkan perniagaan tersebut tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk tempatan, sementelah tenaga kerja pun sebahagian besarnya diimport. Alangkah mulianya sekiranya insentif sewa rendah sebegini diberikan kepada usahawan “middle-class” tempatan?

12. Peralihan urusniaga penyimpanan ARAK (dan barangan lain) kepada OCSB secara total mungkin dilihat bijak sebagai refleksi keinsafan selepas terkantoi dengan PAS. Akan tetapi, OCSB tidak pula diarah membayar balik puluhan ribu kos installation and comissioning untuk peralatan dan sistem yang telah dipasang di GBA Padang Besar. Sebaliknya, PKENPs terus menanggung bil internet broadband berjumlah RM500 sebulan sehingga hari ini. Hal yang demikian hakikatnya telah menurunkan lagi kadar sewa kepada hanya RM1060 untuk sebuah fasiliti pergudangan seluas lebih 10 ekar. Ianya jelas begitu rendah berdasarkan nilai urusniaga purata untuk perdagangan ARAK di premis ini yang menjangkau RM1.2 juta sebulan.

13. Kegagalan Md Isa untuk melindungi kepentingan PKENPs terlihat dengan jelas pada tenancy agreement yang dibuat secara licik dan tergesa-gesa bagi menyembunyikannya dari Lembaga Pengarah PKENPs. PKENPs, melalui tenancy agreement tersebut, bukan hanya sekadar bersetuju dengan kadar sewa murah malah bersetuju menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk MEMASTIKAN segala lesen dan geran untuk urusan penyimpanan ARAK diperolehi.

14. Tidak cukup dengan itu, Para 5 (The Second Schedule) membuka ruang usahama untuk memperluaskan perniagaan ARAK ini. “The landlord and the Tenant shall form a joint venture to manage and operate the complementary portion of this business” (Pemilik dan Penyewa boleh mengadakan usahasama untuk mengurus dan menjalankan operasi pada baki kawasan sekitar yang dimiliki oleh Pemilik).

15. Orang-orang bawahan Md Isa sebenarnya sejak dari pertengahan tahun 2008 lagi cuba mengaitkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan “syarikat NCER” apabila merujuk kepada Perlis NCER Trading. “Syarikat NCER” (Northern Corridor Economic Region) ini sebenarnya ditubuhkan sebagai anak syarikat PKENPs di era kepimpinan Shahidan untuk menguruskan gudang di Padang Besar sebagai sebahagian dari strategi meluaskan dry-port di sempadan Thailand-Padang Besar. Ketika itu, syarikat ini sama sekali tidak terlibat dengan urusniaga ARAK.

16. Sekiranya dirujuk kepada Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Enakmen 4 tahun 1993), Seksyen 24(2): “Mana-mana orang Islam yang terlibat membuat, menjual, menghadiah, mempamer untuk jualan, MENYIMPAN, membawa atau membeli apa-apa ARAK atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan yang boleh disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali”. Adakah Kerajaan Negeri Perlis hari ini sebuah kerajaan “orang Islam”?

17. Ringkasnya, orang-orang muda ISLAM mendesak Pengerusi PKENPs supaya bersikap gentleman untuk mengakui kesalahan dan menamatkan operasi OCSB dengan serta merta. Demi nama baik parti keramat UMNO yang menjadi bahtera perjuangan orang-orang ISLAM, jangan lagi kamu berdolak-dalih bila sudah terkantoi!

qunang: if you were to jump off a bridge, i will not jump with you.... i will be at the bottom to catch you!


4 comments:

The Full Moon Revolution said...

Salam,

cerita arak judi telah lama berlaku sejak sebelum merdeka hingga lepas merdeka kerana ketika itu kerajaan & rakyat malaysia tidak mengambil kisah sangat pasal halal haram kerana kemiskinan, masing2 hanya memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki utk hidup.

Tunku Abd Rahman sendiri telah merasmikan Kilang arak Guiness pada thn 1968. Saya masih ingat lagi RTM era 70-an masih menyiarkan iklan arak dan membuat liputan cabutan loteri kebajikan masyarakat yg dihalal ketika itu, malah saya dimaklumkan ada tuak yg dijual/subsidi oleh kerajaan ketika itu juga!

Saya juga pernah dimaklumkan oleh rakan2 yg boleh dipercayai bahawa semua mantan perdana menteri malaysia pernah meminum arak kecuali Pak Lah! menteri2 kabinet saya tak pasti, cuma seorg bekas menteri mengaku meminum arak ketika isu kempen pilihanraya di Hulu Langat!!

Isu pemimpin2 politik terlibat dengan arak juga pernah disebut dalam parlimen tahun ini.

Saudara tentu tahu org kenamaan Melayu & pemimpin Melayu Islam yang terlibat secara langsung dengan industri arak dan judi...tak perlu saya sebut nama mereka di sini...

Saya amat bersetuju dengan saudara, kita di era 2020 sudah tahu dan faham hukum halal haram. PKENPs walau apapun alasan tidak seharusnya terlibat dengan penjualan arak sama secara langsung atau tidak lansung. Modal politik pembangkang satu hal, tetapi yg lebih penting sensitiviti rakyat Perlis dan hukum Allah perlu diberi keutamaan.

Firman Allah:

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91).

Sekian, Wallahua'lam

.::The Full Moon Revolution ::.

The Full Moon Revolution said...
This comment has been removed by the author.
The Full Moon Revolution said...
This comment has been removed by the author.
The Full Moon Revolution said...
This comment has been removed by the author.