Tuesday, December 28, 2010

ROMBAKAN UMNO PERLIS


Tahniah!

1.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Shahidan Kassim diatas perlantikan beliau ke jawatan Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Perlis.

2.Perlantikan ini dilihat oleh khalayak umum sebagai pengiktirafan Perdana Menteri diatas komitmen dan gaya kepimpinan beliau yang amat efektif dalam mendekati rakyat secara konsisten.

3.Perdana Menteri nampaknya berkeyakinan bahawa banyak undi berada di tangan di tangan Dato’ Seri Shahidan dalam memastikan survival UMNO di negeri Perlis.

4.Terima kasih kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di atas isyarat jelas yang diberikan kepada para pendokong tulen UMNO di Perlis bahawa regim Md Isa akan dikuburkan tidak lama lagi.

Kemerdekaan Separuh Masak

5.Kebijaksanaan keputusan Perdana Menteri menangguhkan penyingkiran Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Perhubungan adalah susulan daripada tindakan melobi, mengugut dan campurtangan pihak ketiga.

6.Ekoran ugutan untuk meletak jawatan oleh dua orang ADUN Barisan Nasional di Perlis sekiranya Md Isa disingkirkan, sumber di ibukota memberitakan bahawa Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga selepas bulan Mac untuk “melakukan sesuatu yang lebih drastik” bagi tujuan mengelak pilihanraya kecil diadakan. (Nota: Sebarang kekosongan kerusi selepas 8 Mac 2011 tidak memerlukan pilihanraya kecil)

7.Perdana Menteri mungkin berpendapat bahawa walaupun UMNO/BN boleh menang sekiranya pilihanraya kecil diadakan di kedua-dua kawasan DUN tersebut namun ianya tidak memberi manfaat dari sudut kos dan kerahan jentera, apatah lagi ketika fokus yang lebih khusus diberikan kepada persiapan pilihanraya umum.

8.Ketika mengharapkan jawatan yang disandang akan dikekalkan sekiranya mereka menyokong Md Isa dengan cara itu, apa yang pasti kedua-dua ADUN tersebut sudah pasti tidak akan dicalonkan semula sama ada BN Perlis masih diterajui oleh Md Isa atau sesiapa sahaja menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dalam ghairah cuba mempertahankan jawatan wakil rakyat, mereka terlupa bahawa mereka hanya akan dapat kurang 20 undi jika bertanding calon Bebas. Kemenangan mereka adalah kerana pengaruh UMNO/BN dan bukan kekuatan atau persona diri.

9.Reaksi spontan dikalangan pimpinan UMNO di Cawangan dan veteran-veteran UMNO melahirkan kekecewaan kerana Datuk Zahidi Zainol Abidin, Ketua Bahagian Padang besar dan bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan, seolah-olah dihukum kerana kesilapan yang tidak dilakukannya.

10.Bagi mereka, punca kacau bilau dalam UMNO Perlis adalah disebabkan oleh Pengerusi Perhubungan yang terlalu longlai; dan tidak sama sekali berhubungkait dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan.

11.Berdasarkan kehebatan Datuk Zahidi menumpaskan Datuk Seri Azmi Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Padang Besar dan bekas menteri kanan, beliau dilihat sebagai pemimpin berkaliber dan berpotensi untuk merencana kekuatan UMNO dimasa hadapan.

Reaksi Shahidan

12.Dalam pada itu, Datuk Seri Shahidan dilihat terus bertenaga dalam menonjolkan keprihatinan beliau pada majlis meraikan petugas dan jentera pusat penempatan mangsa banjir di Hotel Putra Palace, Kangar.

13.Walaupun memilih untuk tidak memberikan reaksi panjang lebar berhubung rombakan UMNO Perlis dalam sidang media selepas majlis tersebut, beliau menekankan bahawa UMNO Perlis perlu menjauhkan diri daripada petualang-petualang yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti hingga sanggup memijak bendera UMNO dan mengkhianati parti sehingga tersungkur di lima negeri.

14.AJK Bahagian Kangar dan beberapa Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Kangar yang dipimpin oleh Md Isa Sabu turut menyertai sebahagian besar pimpinan utama UMNO Bahagian Arau dan Padang Besar yang hadir memberikan sokongan moral kepada beliau.

15.Masing-masing mengharapkan rombakan terkini dalam UMNO Perlis menjadi permulaan kepada usaha membaikpulih imej dan sokongan terhadap parti di negeri ini.

qunang: Hati-hati.. ada orang nampak kelibat ombak besar pembawa tsunami.. :D

2 comments:

The Full Moon Revolution said...

Salam,

sebagai rakyat Perlis yg pernah hidup sejak Allahyarham Sheikh Ahmad,
Cikgu Ali, Dato Jaafar, Dr Hamid, Shahidan Kasim, Md Isa Sabu saya merasakan kemelut UMNO Perlis kali ini adalah terburuk.

Sebagaimana yg telah telah saya cadangkan sebelum ini, kedua-dua pemimpin veteren ini perlu berundur terus dari arena politik. Perlis sebenarnya tidak ketandusan pemimpin2 yg open minded macam saudara...

Alasan untuk manjadi juara rakyat, berjuang untuk rakyat, membela nasib rakyat & berbagai lagi utk rakyat sudah tidak boleh diterima lagi kerana itu adalah kata2 di mulut pemimpin sahaja tetapi dalam hati ada udang di sebalik batu, ada serampang dua mata!

Saya hanya percaya pemimpin zaman Dato Sheikh Ahmad hingga Cikgu Ali sahaja, pemimpin selepas generasi itu mempunyai serampang dua mata menggunakan slogan "demi untuk rakyat" sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan lebih dari sepatutnya.

Pemimpin dapat sebiji kek, dibelah 10 bahagian, pemimpin ambil 9 bahagian, yg tinggal 1 bahg itulah yg diagih2kan kepada seluruh rakyat Perlis. Selepas itu pemompin dapat sebiji kek lagi, dan di agih2kan seperti kaedah di atas.

Rakyat yg tidak menggunakan akal akan memuji pemimpin jenis ini. Tetapi yg cerdik akan nampak "behind the scenes". Kalau tengok apa2 yg dipaparkan dalam "The Making Of" apa Filem, kita akan nampak bertapa penonton diperbodohkan dgn camera tricks, CGI, stunt man dll.

Dalam dunia politik sekarang inilah yg berlaku. Saya sejak menegenal dunia politik sejak dulu memang amat minat melihat "Behind The Scenes" & "The Making Of XXXXXX".

Selagi pemimpin2 kita tidak kembali kepada Al-Quran & Sunnah Rasullulah S.A.W. maka Malaysia tidak akan dapat menjadi sebuah negara makmur dan dilimpahi nikmat oleh Allah S.W.T.

Akhir sekali saya berdoa semoga semua pemimpin kita kembali ke jalan yg benar, setidak2nya dapa mencotohi kepimpinan Khalifah Umar bin Abd Aziz.

The Full Moon Revolution said...
This comment has been removed by the author.