Thursday, January 27, 2011

PILIHANRAYA KECIL



Kesihatan Wakil Rakyat

1. Daripada 15 pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum yang lalu, 12 daripadanya melibatkan kematian wakil rakyat.

2. Penggal Pilihanraya Umum ke-10 yang berakhir pada tahun 2004 mencatatkan 8 pilihanraya kecil, sementara penggal PRU11 yang berakhir 2008 hanya 6 pilihanraya kecil.

3. Angka 15 pilihanraya kecil tersebut, yang memecah rekod pilihanraya kecil sepanjang sejarah Malaysia, bukanlah menjadi sesuatu yang mengejutkan di negara ini bila pem
impin yang mempunyai masalah obesiti pun boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

4. Dengan penuh rasa hormat kepada keluarga-keluarga wakil rakyat yang sudah meninggal dunia, saya mohon mencadangkan kepada semua parti politik supaya menitik-beratkan rekod kesihatan calon dalam pilihanraya supaya puluhan juta wang dapat dijimatkan dengan mengelak daripada risiko pilihanraya kecil.

Ketengahkan Calon Muda

5. Orang-orang muda secara umumnya mempunyai kesihatan yang lebih baik. Peredaran dan paradigma semasa di seluruh dunia memberikan pengiktirafan, kepercayaan dan peluang kepada orang-orang muda untuk merencana pembangunan dan memangkin kemajuan negara.

6. Pesiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, berumur 49 tahun ketika mengangkat sumpah. Perdana Menteri Australia, Julia Gilliard, juga berumur 49 tahun; sementara John Philip Key (New Zealand) 49 tahun; Abhisit Vejjajiva (Thailand) 46 tahun, Dmitry Medvedev (Russia) 45 tahun, David Cameron (UK) 44 tahun, Mark Rutte (Belanda) 43 tahun, Mari Johanna Kiviniemi (Finland) 42 tahun, Nikola Gruevski (Macedonia) 40 tahun.

7. Melihat kepada senario ini, semua parti-parti politik sewajarnya mengadaptasikan sistem persaraan dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Pencen 1980 (Pindaan 2008) demi mengurangkan risiko pembaziran wang, masa dan tenaga apabila berlakunya pilihanraya kecil.

8. Jika diambil kira had umur persaraan 55 tahun, separuh daripada 12 pilihanraya kecil yang melibatkan kematian wakil-wakil rakyat dapat dielakkan.

Demam Politik

9. Dengan adanya pilihanraya kecil yang berterusan, demam politik dikalangan pengamat-pengamat politik tanahair tidak menunjukkan tanda beransur kebah.

10. Hal yang demikian ini memungkinkan terjejasnya produktiviti golongan pertengahan dan bawahan yang dilihat begitu asyik bercakap soal politik -- di pejabat, warung kopi, hentian teksi, alam siber dan dimana-dimana.

11. Pilihanraya kecil juga sedikit sebanyak menganggu stratum sistem penyampaian kerajaan bilamana sebahagian jentera diarahkan memberi fokus dalam membantu memenangi pilihanraya tersebut.

12. Walaupun pilihanraya kecil mungkin disifatkan sesetengah pihak sebagai medan memanaskan badan untuk jentera parti, implikasi negatif tampak lebih banyak dari kelebihannya.

13. Pilihanraya kecil sewajarnya dielakkan.

qunang: Wacana perubahan ke arah memartabatkan kesinambungan tamadun bangsa, agama dan negara.

2 comments:

Anak Perelih said...

Bila la wakil rakyat di perelih ni nak mati... boleh la ada buy election... boleh la rakyat perelih merasa segala projek projek segera dan peruntukan peruntukan segera yg dibawa oleh santa claus Najib....

The Full Moon Revolution said...

Anak Perelih,
pilihanraya kecil adalah anugerah dari Allah SWT kerana bila ada pilihanraya kecil maka rezeki rakyat sekitar akan bertambah, sebab tu sudah ada kedengaran ada yg minta doa bagi wakil rakyat depa cepat mati supaya byk masalah dpt diselesaikan segera:

1. Rezeki kepada peniaga2
2. Rezeki kepada penyewa2 rumah
3. Masalah2 yang tak pernah selesai berpuluh tahun (cthnya isu pemilikan tanah)akan selesai dlm masa beberapa jam.
4. Rakyat boleh mendekati pemimpin - buleh tengok pemimpin2 berlakun menoreh getah, turun dalam kelebog, dll
5. Jalan2 berlubang akan jadi magic:semuanya ditar cantik.
6. Kalau di negeri pembangkang perintah lagi banyak rezeki : kerajaan negeri & pusat berebut2 utk bodek rakyat, bagi macam2.
7. Ketika nie rakyat buleh buli pemimpin! (kalau suruh cium pungkok depa nak cium ka?)
8. Pemimpin2 akan berubah watak menjadi sangat perihatin
9. Rezeki kepada ketua2 bahagian, ketua2 bahagian, pemuda2 - depa dapat duit terpijak.
10. Re4zeki kepada pencetak2 poster, bendera, banner
11. Rezeki kepada pemasang2 poster.
12. Rezeki pada rakyat- dapat berbagai peruntukan segera utk sekolah, masjid, dewan org ramai, bantuan kpd org2 miskin dll.
13. Buleh rasa tidur dengan menteri2 - ramai menteri2 akan berlakon tidur di kampung2 bersama org kampung!
14. Banyak lagi manafaat yg tak dapat aku senaraikan.

Dipendekkan cerita, pilihanraya kecil sangatlah dinanti2kan oleh seluruh Rakyat 1 Malaysia, kalau diadakan tiap2 bulan pun tak pa, selagi rakyat mendapat keuntungan tidak menjadi satu masalah yg besar!!