Saturday, May 21, 2011

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PERLIS (Siri 2)

Kerajaan vs. Parti

1. Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja sehari untuk kali kedua ke negeri Perlis pada 19 May 2011.

2. Begitu ramai pengamat politik di negeri ini yang memberikan konotasi negatif untuk lawatan pertama beliau lebih setahun yang lalu pada 13 April 2010; sebagaimana yang direncanakan dalam Siri 1 penulisan ini.

3. Lawatan kedua Timbalan Perdana Menteri hadir ketika masyarakat di Perlis semakin rancak melibatkan diri dalam perbahasan di laman Facebook sekaligus menampakkan pelbagai komen spontan berhubung isi hati rakyat di negeri ini.

4. Walaupun bahang iklim pilihanraya sedang mula melanda negara, Menteri Besar Perlis sejak di peringkat persediaan lagi sudah membuat keputusan untuk tidak menggunakan kesempatan lawatan ini bagi memobilasikan jentera pilihanraya UMNO/BN di akar umbi.

5. Mesyuarat-mesyuarat persiapan diadakan diperingkat kerajaan negeri tanpa melibatkan langsung Bahagian dan Cawangan UMNO/BN secara khusus.  Dimana peranan Datuk Zahidi Zainal Abidin, Ketua Bahagian Padang Besar? Demikianlah legasi dan tradisi parti tertanam tujuh kaki dalam perut bumi.

6. Hanya sebelum beberapa hari sebelum kedatangan Timbalan Perdana Menteri, barulah wujud kebimbangan yang teramat sangat tentang “crowd” hingga hampir kesemua pembesar recond di Tingkat 3 berulang kali bercakap tentang “crowd”. 

Meraikan Pembesar Negara?

7. When coward thinks about crowd, maka diarahkan kakitangan kerajaan untuk hadir memenuhkan kerusi bagi meraikan lawatan Timbalan Perdana Menteri.  Hakikatnya, di pihak Pejabat Menteri Besar Perlis sendiri hanya bersedia 10 minit sebelum Tan Sri Muhyiddin sampai ke Dewan 2020 bilamana backdrop di pentas baru tunggang terbalik hendak dipasang (lihat gambar dibawah).

8. Lebih mengharukan apabila wujud cadangan keras supaya anggota beruniform termasuk Polis dan Bomba menghadiri program tanpa memakai uniform mereka bagi menampakkan seolah-olah yang hadir itu rakyat jelata.  Cubaan nakal untuk bermain wayang dengan pembesar negara.

9. Pun begitu, perjumpaan kemuncak di Dewan 2020 yang dimana 5000 jemputan dikeluarkan hanya memperlihatkan sekitar 500 orang yang hadir, dengan majoriti besarnya terdiri daripada kakitangan awam.  Banyak juga makanan lebih untuk kenduri ayam itik di reban.

Dewan 2020, Kangar.

10. Kerana takut dituduh menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan parti, terdapat larangan menaikkan bendera parti di tempat-tempat yang bakal dikunjungi Timbalan Perdana Menteri.  Bukankah sejarah Islam mengajarkan kita supaya bendera dipegang erat sebagai semboyan perjuangan?

11. Pada era pentadbiran negeri diketuai oleh Dato Seri Shahidan Kassim dan menteri besar sebelum beliau, memang terdapat jemputan kepada kakitangan kerajaan melalui ketua-ketua jabatan mereka untuk meraikan pembesar negara; namun kesempurnaan program tidak bergantung dengan kehadiran kakitangan kerajaan semata-mata oleh kerana jentera akar umbi diyakini akan turut ramai hadir memberi sokongan tanpa paksaan.

 

Lawatan Mengundang Balah

12. Bagi mengetepikan penglibatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, ADUN dari Bahagian Kangar dipilih untuk mengetuai urusan program lawatan Tan Sri Muhyiddin ke Bahagian itu.

13. Bagi Bahagian Arau, ADUN Tambun Tulang yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis merangkap ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Penasihat Perdana Menteri tidak dipilih untuk mengetuai urusan program lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Bahagian Arau; sebaliknya Menteri Besar memilih untuk meletakkan ADUN Guar Sanji yang merupakan AJK biasa dalam UMNO Bahagian Arau untuk menguruskan program lawatan tersebut.

14. Di pihak masyarakat India, wujud pula rungutan bilamana Presiden PPP, Datuk Seri M Kayveas, dibiarkan berdiri di belakang para hadirin tanpa diiring selayaknya sebagai pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

15. Sekilas ikan di air, sudah ku tahu akal siapa...

16. Check-mate Punahsihat 46% MB Perlis..

17. Undur..! Radzi Undur!

No comments: