Wednesday, May 11, 2011

PENYAMUN TARBUS

 

Terkini: Pihak pengurusan Yayasan Pok & Kassim (YPK) memilih untuk membeli dan memasang khemah baru dihadapan pejabat YPK pada 8hb Mei 2011.

Kepada YDP Majlis Perbandaran Kangar, tahniah dan terima kasih kerana membuka mata rakyat..

MPK = Mereka Penyamun Khemah 

225276_223127274367679_100000112252335_1019355_7395908_n

------ // ------

MPK - Penyamun Tarbus  3

Dari trakea hingga bronchus,
Melugai setengah mampus,
Melihat aksi dayus,
Sang penyamun tarbus.

Tunggu orang lena,
Datang tangan-tangan hina,
Merongkah bumbung istana,
Tempat mengadu warga dunia.

Bumbung itu tempat si fakir berteduh,
Bumbung itu tempat si yatim berlabuh,
Bumbung itu tempat amal kebajikan besauh,
Bumbung itu tempat sukarelawan bersimpuh.

Penyamun tarbus jahat hati..!
Penyamun tarbus lupa mati..!

[Dinukilkan khas berdasarkan peristiwa hitam dalam lapangan amal kebajikan negeri Perlis bilamana Majlis Perbandaran Kangar (MPK) merampas khemah yang dipasang untuk majlis kebajikan anjuran Yayasan Pok & Kassim (YPK) pada 28 April 2011 jam 3.00 pagi. Tiada notis diberikan, pihak Polis tidak dilibatkan dan kompoun RM300 dikenakan jika YPK mahu mengambil balik khemah tersebut]

No comments: