Tuesday, September 20, 2011

UGUTAN TERBUKA KEPADA SPRM

 

Pengkhianat Bisu

1. Genaplah sebulan berlalunya tiga permohonan fasa pertama saya kepada sebuah agensi kerajaan yang selalu bercakap tentang amanah, integriti dan kejujuran. 

2. Dua daripada tiga isu yang dibangkitkan sudah mempunyai laporan rasmi.  Tidak ada apa-apa tindakan diambil dan tidak juga ditunjukkan minat untuk mengambil apa-apa tindakan.  Jalan yang dipilih ialah diam --- Kenapa?

3. Saya mempunyai rujukan dan evidence yang memadai untuk mengatakan bahawa ketiga-tiga permohonan fasa pertama itu dilayari beberapa kali dari Pejabat SPRM Perlis; selain dari pejabat-pejabat Polis DiRaja Malaysia.  Diam adalah jalan yang dipilih secara sedar dan sengaja.  --- Thanks to all my comrades for the valuable info.. ;)

4. Motto Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah “Amanah, Tegas, Adil”. 

5. Saya suka mencadangkan perkataan “Tegas” itu diganti dengan “Telor” kerana itu yang lebih mendesak untuk agensi ini menjadi sebuah agensi yang berkesan, dihormati dan mempunyai dignity.  Mereka merupakan agensi yang kritikal dalam menggalas maruah negara.

6. Berdiam diri dan membisu terhadap tuduhan (atau barangkali juga “fitnah”?) tidak sepatutnya menjadi  pilihan orang yang berintegriti kerana ianya kelak merosakkan nama baik institusi dan penghormatan dunia terhadap negara khususnya.

7. Apabila bukti sudah sedia terpampang didepan mata, jangan pula maruah negara dikhianati kerana soal “Telor”. Melindungi sahabat-sahabat jerung, dan mencincang anak-anak bilis..!

Frasa Ugutan

8. Selepas SPRM memberi jaminan untuk meneliti tuduhan rasuah di media maya termasuk surat-surat layang, saya telah mengemukakan 3 permohonan awal beserta bukti-bukti asas yang lebih dari mencukupi untuk SPRM memulakan siasatan rasuah melibatkan Exco Pelaburan negeri Perlis bersama tali barut dan pengutip-pengutip tocinya.

9. Saya menulis permohonan tersebut tanpa melindungi identiti saya dan tidak juga mengharapkan identiti saya dilindungi oleh SPRM kerana saya sedar sesungguhnya itu diluar kemampuan dan keupayaan mereka.  Jadi, mereka hanya perlu tumpukan tanggungjawab kepada tugas mereka yang lebih penting --- “Amanah, Telor, Adil”.

10. Selepas 3 permohonan fasa pertama saya untuk mengadu soal keluhuran perlembagaan dan kepentingan integriti kepada SPRM dipandang sepi, maka saya memilih untuk mengemukakan ugutan ini.

11. Minggu lalu, Pengarah SPRM Perlis membuat kenyataan akhbar berkenaan “reward” atau imbuhan yang sama banyak dengan nilai suapan kepada orang yang melaporkan rasuah.  Isu yang saya bangkitkan dalam fasa pertama permohonan siasatan rasuah ini adalah melibatkan nilai suapan berjumlah tidak kurang daripada RM120,000 sebulan dalam tempoh banyak tahun. Bila lagi aku nak jadi “jutawan reward SPRM”?  --- sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9512578.asp

12. Oleh yang demikian, jika masih tiada tindakan susulan dalam tempoh sebulan dari tarikh hari ini, saya akan kemukakan laporan rasmi kepada agensi yang berpengaruh dalam soal indeks rasuah, khususnya Transparency International dan UNODC (agensi jenayah PBB).

13. Atas nama integriti dan keadilan, SPRM perlu membuka tawaran “reward” yang serupa kepada masyarakat awam tanpa tertumpu kepada penjawat awam semata-mata.

Pengkhianat Negara

14. Oleh kerana saya sangat keberatan untuk membawa isu besar fasa pertama ini kepada organisasi asing, maka saya memilih untuk terlebih dahulu menyuarakan ugutan ini di ruang yang saya ketahui dibaca oleh manusia muslim yang dikurnia tanggungjawab untuk memegang amanah oleh allah s.w.t.

15. Seandainya mereka terus takutkan manusia lebih daripada takutkan Allah s.w.t, maka demikianlah pilihan saya dan ianya adalah suatu yang pasti.  Sudah ranum berfikir.

16. Malaysia pada masa ini berada di tangga ke-56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) seluruh dunia.  Naik atau turunnya kedudukan negara dalam ukuran ini adalah bergantung sepenuhnya kepada Telor orang-orang SPRM.

17. Berdasarkan takrifan umum oleh badan pemantauan rasuah antarabangsa, Transparency International, yang disokong oleh UNODC; Corruption Perceptions Index (CPI) adalah dipandu oleh definasi rasuah dalam kerangka “penyalahgunaan kuasa awam untuk keuntungan diri” (the misuse of public power for private benefit).

18. Kepada pembesar SPRM, tugas memerangi rasuah adalah tanggungjawab dan amanah yang telah dipersetujui oleh kerajaan Malaysia melalui Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Kalau belum baca, bolehlah merujuk pada link berikut:  http://www.unodc.org/documents/treaties/UNCAC/Publications/Convention/08-50026_E.pdf

19. Sekian, ugutan saya.  Harap maklum dan terima kasih.

Mohon sudah, ugut pun sudah,
Dua tangan telah ditadah,
Andai masih tidak diendah,
Hormat yang tinggi menjadi rendah.

 

NOTA: Artikel ini adalah susulan kepada posting terdahulu di link berikut:
- http://qunang.blogspot.com/2011/07/perasuah.html
- http://qunang.blogspot.com/2011/07/permohonan-siasatan-rasuah-siri-1.html 
- http://qunang.blogspot.com/2011/08/permohonan-siasatan-rasuah-siri-2.html
- http://qunang.blogspot.com/2011/08/permohonan-siasatan-rasuah-siri-3.html

1 comments:

Anak Perelih said...

hahahaha biasa la SPRM... selagi aduan membabitkan pemimpin UMNO/BN, SPRM bukan nak siasat.. tengok si Taib Mahmud tu... bapak punya rasuah pun tak ada apa apa lagi... tu babit berbillion RM tu... kecuali la kalau pemimpin UMNO/BN yang nak dijadikan kambing hitam dan sudah tak ada apa apa seperti Khir Toyo...

Tapi kalau aduan membabitkan pemimpin pembangkang... aduan tak habis tulis lagi SPRM dah mula siasatan... sampai ada yang mati jatuh bangunan macam Teoh beng Hock tu......