Thursday, May 30, 2013

-- BERDEMO DALAM KELAM --

Pengundi kirim salam,
Kalah takdan malam,
Marah lumrah alam,
Berdemo dalam kelam.

Pakai baju hitam,
Panas sampai pitam,
Dengar bapak ketam,
Cakap main hentam.

Pening tengok kelaku,
Macam kera duku,
Pemain kaki bangku,
Kalah tak mengaku.

Pakat jadi solidar,
Puja undi popular,
Tapi tuduh SPR,
Undi kena tukar.

Tuduh undi hantu,
Tangkap tiada satu,
Macam baling batu,
Tangan dalam sepatu.

No comments: