Sunday, May 26, 2013

-- HASUTAN MENGGULINGKAN KERAJAAN? --

Kita mungkin tidak cukup penjara untuk mengurung pesalah Akta Hasutan; tetapi kita ada tanah yang cukup luas untuk menguburkan pesalah-pesalah yang melancarkan peperangan terhadap YDP Agong.
Harus difahami, selepas kalah pilihanraya, pembangkang pada hari ini bermain di tebing gaung yang sangat dalam.. Mereka mula bercakap mahu "menggulingkan kerajaan"..

Kerajaan Malaysia pada hari ini telah diterima secara sah dan rasmi oleh YDP Agong.. Jadi, apa maksud "menggulingkan kerajaan"? Adakah sekadar hasutan (baca Akta Hasutan)? atau Melancarkan peperangan terhadap YDP Agong?

Setakat nak buat tangkapan dan siasat di bawah Akta Hasutan, hanya gempaq keling.. buang masa!

Kita perlu luhurkan perlembagaan kita dimata umum. Dalam undang-undang kita, cubaan untuk menggulingkan kerajaan bukan terletak dibawah Akta Hasutan. Rujuk kes al-Maunah yang mahu menggulingkan sebuah kerajaan yang sah. Mereka didakwa dan dihukum kerana melancarkan peperangan kepada YDP Agong.

Sebab itu, saya cenderung merasakan pembangkang perlu diberi masa lagi untuk terus membuat kesilapan.. Tangkapan dengan cara terburu-buru amat merugikan.. Tangkapan dibuat di peringkat yang terlalu awal dengan bukti² yang samar..

Akhirnya, belum pun sempat buat pendakwaan, majistret pun dah tolak perintah reman. Ternyata, kerajaan perlu mengkonkritkan soal asas pembuktian terlebih dahulu. Kumpul dulu bukti sampai cukup dan ambil tindakan yang setegas-tegasnya!

No comments: