Wednesday, May 8, 2013

-- KAUM CINA TIDAK BERSALAH --

Saya menentang sekeras-kerasnya artikel-artikel perkauman yang ditulis secara terbuka dan sembrono di dalam Utusan yang menghina dan merendahkan kaum Cina ekoran “swing vote” mereka kepada Pakatan Rakyat.

Kaum Cina tidak bersalah! Mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh seorang Melayu bernama Anwar dan mereka terpengaruh dengan tipu-daya Anwar. Anwar cakap pada kaum Cina berulang kali, “Melayu solid bersama kita. Lihat bagaimana sokongan Melayu dalam Himpunan Bersih. Lihat betapa ramainya Melayu dalam ceramah-ceramah kita. Kita pasti menang selesa dan akan tubuhkan kerajaan PR pada pilihanraya kali ini”.

Datang pilihanraya, undi kaum Cina kepada PR memperlihatkan mereka mahu memperkukuhkan bargaining power dan suara wakil mereka dalam ‘kerajaan PR’. Manakala, orang-orang Melayu telah berpatah balik menyokong Barisan Nasional kerana hilang kepercayaan kepada Anwar.

Bila undi Melayu kembali kepada BN, undi Cina beralih kepada PR dalam keadaan BN menang pilihanraya, maka peralihan undi kaum Cina ditanggapi dengan pelbagai sentimen yang negatif dan tidak adil. PR tidak menghina Melayu yang tidak memberi undi kepada mereka, sebaliknya BN menghina kaum Cina yang tidak memberi undi? Come on lah..

Lihat Permatang Pauh, undi Anwar merosot walaupun dalam keadaan kononnya dia akan jadi Perdama Menteri; suatu kemerosotan yang ajaib dan sukar difahami. Ianya indikasi jelas betapa masyarakat Cina telah ditipu oleh Anwar dan betapa masyarakat Melayu telah insaf daripada terus ditipu oleh Anwar. Inilah roda kehidupan..

Kepada Utusan, ingatlah bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan bantuan undi kaum Cina di banyak kawasan. Ada ramai kaum Cina yang mengundi Barisan Nasional. Mereka juga ada hati untuk menyayangi dan membenci. Kalaupun perlu menyerang, seranglah individu dan bukan kaum itu secara keseluruhannya.

Bila ada orang tidak suka kita dan tidak sokong kita, ambillah tindakan untuk tarik dia mendekati kita, bukan menghukum hingga menjauhkan dia dari kita dengan penuh kebencian. Ingatlah, andai berlaku perpecahan dalam UMNO sekali lagi (seperti 1999), Barisan Nasional akan kembali memujuk dan bergantung pada undi kaum Cina.

No comments: