Friday, May 31, 2013

-- POHON YANG RENDANG --

Bila jadi pemimpin, jadilah pohon yang rendang..
Ada pohon yang rendang yang teduhnya satu dahan sahaja, ada pohon yang rendang ke seluruh pelosok negeri..

Jadi timbullah persoalan, sama ada mahu berperang dalam berdamai, atau berdamai dalam berperang..

Mencari watak pendamai.......

-----
Ada bersembang dengan orang kanan seorang YB DUN di Padang Besar yang mula mempersoalkan tentang sejauh mana keupayaan pimpinan baru di Perlis merendangkan pohon kepimpinan ke seluruh negeri..

Terdapat gambaran ada permasalahan & expectation yang tidak kecil berhubung agihan nikmat kemenangan yang perlu diperhalusi dengan kebijaksanaan dan ketelitian dalam mengembalikan kedamaian dalam kepimpinan politik di Perlis.. Pohon perlu direndangkan serendang-rendangnya..

Perkara paling penting yang perlu ditangani ialah kumpulan² "pencari makan" yang mahu terus menjarum untuk memanjangkan sengketa dan menyekat sebarang langkah perdamaian (kerana takut bersaing untuk 'cari makan')..

Keduanya, mengenalpasti arus sokongan terbesar secara jujur kerana jarang² berlaku dalam politik Malaysia dimana kumpulan yang besar mengalah kepada kumpulan kecil yang berlawanan dengan mereka.. Tidak akan terjumpa cahaya di hujung terowong selagimana ego persengketaan dibiarkan berterusan..

akar = umno
pohon = pemimpin umno
daun = ahli-ahli umno yang menyokong
rendang = sekalian rakyat yang tumpang berteduh

No comments: