Tuesday, May 28, 2013

-- TAHNIAH DATO' KETUA PEMUDA ARAU --


DtBen-congrats

Pimpinan Pemuda UMNO di Cawangan-cawangan dalam Bahagian Arau berasa amat berbangga dengan keupayaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Dato’ Rozabil Abdul Rahman, yang menjadi antara tokoh korporat Melayu paling muda yang menguasai syarikat multinasional, Destini Berhad, dengan modal pasaran berjumlah RM121.6 juta. Beliau telah berusaha dan bekerja keras untuk membangunkan sebuah syarikat hingga menjadi satu-satunya syarikat Malaysia yang mempunyai lesen kepakaran dalam menawarkan perkhidmatan dalam sektor kejuruteraan yang spesifik.

Dato’ Rozabil telah memimpin Destini Berhad dalam pengambilalihan beberapa syarikat strategik di serata dunia dan yang terkini, pengambilalihan Techno Fibre Ltd yang berpangkalan di Singapura dengan jaringan operasi di China, Dubai, India dan Australia. Pengambilalihan dalam urusniaga bernilai RM42.37 juta itu membolehkan Destini memasuki segmen perniagaan baru di peringkat antarabangsa melibatkan sektor minyak dan gas (O&G), dan kapal perdagangan.

Pemuda Arau mendoakan Dato’ berjaya dan terus menyinar sebagai tokoh perniagaan Melayu di persada antarabangsa pada masa hadapan.

No comments: