Thursday, May 23, 2013

-- TANGKAPAN POLITIK --

Saya tak setuju pihak Polis melakukan tangkapan politik kerana selepas pemuka-pemuka politik pembangkang ditangkap, isu utama telah beralih daripada isu mereka hendak menggulingkan kerajaan kepada isu membebaskan tahanan politik.

Sedikit masa lagi, kerajaan akan berhadapan dengan serangan daripada kuasa asing yang memburukkan imej negara dalam lapangan hak asasi manusia, kebebasan bersuara, isu kemahasiswaan dan seumpamanya.

Juak-juak pembangkang ini perlu dibiarkan terus bergerak dan terus bercakap; kerana dengan cara itu mereka akan lebih banyak membuat silap dan tembelang sebenar mereka akan diketahui rakyat.

Kita telah berhadapan dengan mereka dalam keadaan mereka bebas, dan kita telah sekali lagi beroleh kemenangan dan mandat yang cukup besar daripada rakyat. Menangkap mereka hanya memberi “peluru baru” kepada mereka.

Kepada DS Zahid Hamidi,
Dimana untungnya tangkap Adam Adli?
Dulu dia bercakap atas tiket mahasiswa. Sekarang guna nama bekas mahasiswa. Ramai daripada rakyat Malaysia bekas mahasiswa (yang belajar sampai habis bukan macam si Adam Adli).
Biarkan masa dan tingkah laku mereka yang memencilkan diri mereka sendiri dari arus perdana.
Biarkan rakyat memerhati dengan penuh minat walaupun meluat.
Biarkan rakyat menolak mereka.
Anwar? semakin hari semakin tua dan cengkamannya makin melonggar.

Sekadar pandangan.
Untuk pertimbangan YB Dato' Seri jua.

No comments: