Tuesday, July 23, 2013

ORANG SYIAH SUKA CURI SELIPAR DI ZAMAN RASULLAH?

Suatu ketika dahulu pernah ada kesepakatan antara ulama Syiah dan ulama Sunni untuk mengadakan sebuah dialog berkaitan dengan ajaran Syiah. Tempat dan waktu pun ditentukan. Dialog dihadiri dan melibatkan tujuh orang ulama dari Sunni dan tujuh ulama dari Syiah.
Selang beberapa hari selepas perjanjian itu, tepat pada hari dan waktu yang telahditentukan ulama-ulama syiah pun hadir dengan tujuh orang di dalam sebuah bilik. Namun, entah apa yang berlaku dengan ulama sunni kerana masih tiada seorang pun ulama sunni tiba. Para ulama Syiah pun menunggu. Setelah lama menunggu, orang yang ditunggu-tunggu tidak muncul-muncul juga, tidak ada tanda-tanda mereka akan datang.


Namun, setelah menunggu lama tiba-tiba masuk seorang ulama sunni dengan kasut yang dikepit bawah ketiaknya. Para ulama Syiah pun hairan dan lantas bertanya:
"Mengapa kau membawa masuk kasut mu ke ruangan ini?"

Orang yang ditanya lantas menjawab: "Setahu saya, di zaman Rasulullah orang-orang syiah suka mencuri kasut."
Ulama Syiah pun saling pandang antara satu dengan yang lain dengan pandangan hairan. Lalu mereka berkata: "Tapi di zaman Rasul belum ada Syiah."

"Kalau begitu perbincangan kita telah selesai. Dari manakah datangnya ajaran agama kamu jika di zaman Rasulullah tidak ada Syiah," jawab lelaki itu.

Lelaki yang datang membawa kasut tersebut adalah Sheikh Ahmad Deedat Rahimahullah, penulis buku fenomenal The Choice.

No comments: