Thursday, July 23, 2009

Pemimpin PAS dan Ritual Kristian?

1. Astaghfirullahal'azim..

2. Tak habis-habis Nizar dikenakan oleh Ngeh dan Nga - asyik dipermainkan.

3. Nizar hadir pada satu majlis untuk kononnya sebagai penghormatan terakhir untuk seorang kafir. Selepas habis press statement, maka bermulalah sesi lakonan di depan camera. Dalam kalut malut orang tengah berdiri, Ngeh menyalakan banyak lilin lalu mengedarkannya kepada semua pelakon-pelakon yang hadir, lantas Nga memberi sebatang lilin kepada Nizar. Maka, berlakulah situasi yang dapat dilihat dalam gambar dibawah.



4. Bayangkan jika Nik Aziz yang pegang lilin itu, apa kita akan kata?

5. Bayangkan pula jika Najib yang pegang lilin tu, apa kita kita?

6. Yang pasti, Nizar terus rela menjadi boneka busuk Ngeh dan Nga bagi menghina dirinya sendiri; serta lebih jauh lagi PAS sebagai parti yang kononnya "Islam".

7. Sebagai ahli PAS yang telah dijanjikan syurga oleh Nik Aziz, apakah perbuatan ini masih melayakkan beliau menjadi ahli syurga? Nik Aziz masih hidup untuk memberi kata putus.

8. Ikutlah Ngeh, Ikutlah Nga; Depa Sengeh, Nizar Nganga.

9. haarrrrp ptuiii..!

qunang: keadilan untuk semua? :)

Sunday, July 19, 2009

Impian Abadi buat UMNO

Mengimpi jalan yang cerah,
Perjuangan agung yang diterjah,
Kemenangan tanpa kalah,
Hilang insaf dan rasa bersalah,

Asyik bicara soal kemenangan,
Selalu mengabai prinsip perjuangan,
Selalu leka nikmat kemenangan,
Selalu menipu dengan tangan,

Jarang sekali bicara soal amanah,
Biarpun kekuatan kian dimamah,
Biarpun badan asyik dipanah,
Biarpun kudis sudah bernanah,

Jarang sekali bicara soal muhasabah,
Mencari tongkat mengelak rebah,
Walaupun sudah dilanda bah,
Pantai masih belum berubah.

Jarang sekali bicara soal kalah,
Tidak sanggup mengaku salah,
Kerana “kerusi” sanggup berbalah,
Lupa kuasa Allah,

UMNO bukan abadi,
Sampai masa tetap bersemadi,
Rebah mati kebuluran undi,
Usah diungkit lagi soal budi,

Janganlah duduk menunggu mati,
Sisa hidup teruslah berbakti,
Biar tubuh kebal dan sakti,
Rakyat percaya memangkah “kati”,

Janganlah duduk tidak bermaya,
Asyik mengejar mencari kaya,
Melihat bangsa terus teraniaya,
Tidak membantu untuk berjaya,

(selit iklan sikit...)

Tentang PAS, DAP dan PKR,
Kelak nanti tetap terbakar,
Cakap saja berdegar-degar,
Tapi perlaksanaan cukup hambar.

qunang: meratapi gundah hati

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI: Antara Bobrok dan Keperluan

1. Pengajian dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dicetus dan direncanakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

2. Sejak dari itu, PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia dimana pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

3. Mengikut perancangan, pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Akan tetapi, pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan.



4. Memerhati dan menilai perdebatan dengan hujjah-hujjah yang berlawanan dalam isu ini memberikan suatu gambaran yang sama sengit untuk meneruskan atau tidak dasar ini.

5. Oleh yang demikian, saya berpendapat, selagimana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu, kita seharusnya menggunakan kuasa tersebut untuk memajukan bangsa kita dengan apa cara sekalipun.

6. Ingatlah, sekiranya juak-juak Melayu pembangkang itu menentang PPSMI kerana kerakusan berpolitik, dan bukan kerana ilmu yang hakiki; sejarah akan membalas pengkhianatan mereka terhadap bangsa sendiri.

7. Entah sebab apa, kita tidak berada di padang yang sama rata untuk berlawan; hatta dengan anak-anak India di dalam estate pun kita tertewas dari segi penguasaan bahasa Inggeris, manakan pula dengan anak-anak Cina di bandaraya. Jauh panggang dari api?

8. Oleh itu, untuk apa kita berlawan kalau kita sudah tahu akan tertewas? Maka, baik PPSMI ataupun meritokrasi sepatutnya hanya kita laksanakan setelah kita berjaya membawa anak-anak Melayu ke suatu tahap ilmu dan budaya yang lebih tinggi dari apa yang ada pada hari ini.

9. Walaubagaimanapun, mungkin tidak kita sedari bahawa kita telah sampai ke tahap itu. Bangsa Melayu telahpun maju dan bersedia untuk bersaing..! Phobia terhadap bahasa Inggeris hanyalah dikalangan menteri Muhyidin Yasin bersama pengarah-pengarah dan ketua-ketua jabatan yang sudah tua diatas sana. Mereka mungkin sudah tidak yakin dengan "kekuatan" yang ada pada mereka kerana mereka sudah tua.

10. Otak Cina, otak India, otak Iban, otak Mahathir, otak Lee Kuan Yew, otak Obama, otak Najib, otak Rosmah, otak Muhyidin, otak Melayu dan otak manusia secara relatifnya mempunyai saiz dan kapasiti yang sama. Yang membezakan kita hanya keyakinan, usaha, kudrat dan kesungguhan.

11. Inilah penantian annus mirabilis, menunggu padang menjadi rata barulah kita mahu berlawan. Berapa lama lagi kita nak siap ratakan padang??

12. Benarlah kata seorang Yahudi, "a politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation".

* Annus mirabilis ialah bahasa latin yang bermaksud "wonderful year" atau "year of wonders".

qunang: mula takut kalau-kalau Muhyidin Yasin = Abdullah Bodowi.

Tuesday, July 7, 2009

Proton & Kereta Muslim

1. Bicara liar memburuk-burukkan Proton terus kedengaran sejurus selepas pelancaran model terbarunya, Exora. Agak malang, sebahagian besar suara-suara penghinaan terhadap kereta nasional negara itu datangnya dari umat Islam sendiri.

2. Sedarkah kita bahawa Proton adalah satu-satunya pengeluar kereta yang direalisasikan oleh tangan-tangan orang Islam?

3. Memang wujud kelemahan yang agak ketara bagi Proton tetapi ianya sedang melalui proses maturity continuum dalam suasana persaingan yang amat sengit. Harus kita sedar bahawa Proton berhadapan dengan pesaing-pesaing yang berpengalaman dan telah lama bertapak dalam industri automotif.

4. Bercakap tentang kelamahan, masalah dan isu yang ada pada Proton, tahukah kita bahawa Mercedes-Benz C-class juga ada masalah hingga 4348 buah kereta tersebut terpaksa ditarik balik ke pusat servis. Begitu juga dengan Nissan yang terpaksa recall 165,000 buah Sentra kerana isu yang berkaitan dengan keselamatan (nyawa?). Dan, tentu sekali sama dengan pengeluar-pengeluar kereta lain yang dapat kita korek dimana silap, salah dan lemah mereka.

5. Buat rujukan dan pengetahuan kita, Mercedes-Benz didaftarkan pada 23-06-1902, Honda (10-1946), Toyota (02-1933), Ford (16-06-1903), Kia (01-1944), Mazda (05-1920), Hyundai (09-1947); dan Proton hanya bertapak pada bulan September 1985.

6. Jika bukan kita, rakyat Malaysia, yang membantu memberikan sokongan untuk Proton, siapa lagi?

7. Ayuh! kita boikot produk-produk Yahudi! Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah bertemu di blog ini dengan bergantung kepada keupayaan Intel atau AMD? Apakah mungkin kita menghentam, menghina dan menjatuhkan sebuah processor komputer yang dibuat oleh orang Islam, sekiranya ada?

8. Namun begitu, apa bentuk sumbangan dan sokongan yang harus diberikan? Penghinaan? YA..! Itu juga suatu sumbangan. Kadang-kadang kita bangkit selepas dihina. Ibrahim Ali kata, "Melayu pantang dicabar". Marilah kita menghina Proton, sambil membeli kereta Proton, dengan niat untuk memajukan Proton..!

qunang: masih setia bersama Proton..