Wednesday, October 19, 2011

MB PERLIS PASCA PRU13


Tersandung di Pagar Kota

Tersandung di pagar kota,
Bukan kerana tanah tak rata,
Bukan kerana mata buta,
Bukan terlanggar batu-bata,

Dia tersandung di pagar kota,
Kerana galak mengejar kuasa,
Kerana mabuk bermimpi harta,
Kerana menipu masa berkata,
Kerana bekerja sebelah mata,
Kerana janji tidak dikota.

1. Ketika berbicara tentang masa depan kerajaan Barisan Nasional di Perlis, Perdana Menteri memberi kesimpulan ringkas dan jelas kepada Menteri Besar Md Isa Sabu, “You are weak..!”.  Isyarat yang cukup jelas tentang perubahan yang bakal berlaku nanti.

2. Senario semasa di Perlis pada ketika ini memperlihatkan bagaimana Md Isa Sabu mula dijauhi oleh kumpulan penyokong-penyokong plastik yang sudah mula mencatur periuk nasi mereka di hari mendatang. 

3. Mereka yang sebelum ini mengerumuni Md Isa dengan melempiaskan taat setia tidak berbelah bahagi, kini mula bergolek ke sangkar baru – sama ada beralih mengerumuni Punahsihat 46% Radzi Sheikh Ahmad atau menebalkan muka memohon maaf kepada Shahidan Kassim.

4. Sekalipun wujud pemuka-pemuka lain yang berhajat mengganti Md Isa Sabu dengan cubaan mengulangi sejarah dan plot rampasan kuasa 2008; momentum untuk meraih sedikit sokongan di peringkat akar umbi masih menemui jalan buntu.

5. Pemuka-pemuka lain berlumba-lumba menggunakan (atau menyalahgunakan) wang dana negeri untuk membodek Tuanku Raja.

6. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah menyalurkan hampir 10 juta ringgit peruntukan MPK semata-mata untuk menaikkan signboard, kain rentang dan tugu-tugu “Daulat Tuanku”, termasuk material-material membodek lainnya.  Seolah-olah hormat dan daulat rakyat akan hadir melalui binaan sedemikian rupa; sedangkan rakyat sedia menilai siapa yang kaya disebalik semua itu; dan apa matlamat dilakukan semua itu.

7. Exco Agama yang juga ADUN Guar Sanji pula mula kurang turun ke kawasan kerana berasa perlu untuk mengikuti program-program yang dihadiri Tuanku Raja.  Peruntukan Baitulmal digunakan sewenangnya untuk memberi projek kepada sekumpulan kecil sahabatnya tanpa memperlihatkan sebarang kemajuan dari sudut taraf ekonomi umat Islam secara umumnya.  Kegiatan tidak bermoral yang kembali bertapak di persisir pantai Kuala Perlis juga tidak lagi diendahkan oleh Exco Agama.

8. Ada seorang lagi yang berhajat mengganti Md Isa sebagai Menteri Besar tetapi terpaksa bergelut dengan isu moral yang diketahui umum di luar sempadan Bukit Kayu Hitam.

9. Dengan demikian, situasi kepimpinan politik di Perlis dilihat lebih tertumpu kepada dua pemimpin senior dalam politik Perlis -- Radzi dan Shahidan.

Radzi atau Shahidan

10. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa masyarakat Perlis rata-rata mahukan Dato’ Seri Shahidan Kassim kembali menerajui negeri ini.

11. Sementara itu, Radzi Sheikh Ahmad dikatakan lebih rapat dengan tangan-tangan ghaib yang berkuasa kerana suka main golf.

12. Kualiti kedua-dua individu ini dapat dinilai dari beberapa sudut pandang yang berbeza.

13. KESETIAAN – Shahidan tidak pernah keluar dari UMNO tetapi Radzi pernah keluar UMNO untuk menyertai Semangat 46.

14. PERJUANGAN – Shahidan tidak pernah pijak bendera UMNO tetapi Radzi bukan sahaja memijak bendera UMNO malah memperlekehkan perjuangan UMNO.

15. TELADAN– Shahidan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti tetapi Radzi dengan bongkak membelakangi pucuk pimpinan.

16. KEIKHLASAN – Shahidan memberi nasihat dan pandangan secara percuma kepada Md Isa tetapi Radzi meminta pelbagai jawatan dan imbuhan sebagai balasan kepasa jasanya melobi Md Isa sebagai MB Perlis. 

17. ISTIQAMAH – Shahidan telah membuktikan istiqamah dalam perjuangan beliau dengan gerakan yang konsisten sejak 2008 sekalipun kuasa dirampas secara kotor dari tangannya; tetapi Radzi bukan hanya kaki ponteng sebagai ahli Parlimen, malah hilang menyepi sejak 2008 sehinggalah sebelum bulan puasa tahun 2011 kerana pilihanraya diwar-warkan semakin hampir.

18. Saja menjemput para pembaca berfikir secara rasional dan berkongsi dimana bagusnya Radzi Sheikh Ahmad berbanding Shahidan Kassim?

Tuesday, August 23, 2011

SATIRA PUNCAK BAHAGIA – Episod 6

EPISOD 6
malam menjelma.. aku keletihan selepas sehari suntuk meneruskan pendakianku ke puncak gunung bahagia.. dengkur bingit cengkerik hutan membuai diriku hingga terlena.. lena diulit mimpi indah.. mimpiku malam itu sungguh luar biasa..

dalam mimpi aku dizalimi oleh seorang adik raja yang yang gila.. gila kuasa, gila rasuah dan gila arak ditambah dengan perut yang tiada hati.. aku mengherdik adik raja yang gila itu seraya bersumpah bahawa aku sendiri akan jadi raja sebelum asar pada esok harinya..

dalam mimpi aku terjaga dari tidurku waktu zohor.. lantas aku bangun mencapai cangkul dan menghayun busut besar di perdu pokok asam.. sebaik selesai aku merongkah setiap butir tanah di busut besar itu, terus aku mencari permasuri anai-anai lantas kupujuknya untuk menikahi diriku.. cerita moyangku dulu: suami kepada permaisuri orang panggil raja..

dalam mimpi aku bernikah dengan permaisuri anai-anai lantas tertaballah diriku sebagai raja.. raja anai-anai.. aku kurung permaisuri dalam balang kristal diletak dalam rumah.. kawan-kawan dan rakyat jelata yang lalu-lalang depan rumahku mesti sembah pada balang kristal berisi permaisuri anai-anai, isteri kepada raja anai-anai..

dalam mimpi aku didatangi permaisuri anai-anai yang menggodam berahiku untuk mendapat zuriat.. aku pertegaskan padanya bahwa mempunyai anak itu bermakna 2 tahun mereka perlu diajar berjalan dan bercakap; dan 16 tahun selepas itu mereka perlu pula diajar duduk dan diam.. aku kurang sanggup..

dalam mimpi aku dileter oleh permaisuriku, permaisuri anai-anai, tentang pentingnya perihal zuriat tatkala diriku tua nanti supaya takhta dan kuasa dapat terus kekal dalam ruang rumahku.. biar berlubang dinding, biar berlopong tiang dan alang, biar tumbang rumah itu asalkan takhta dan kuasa dapat terus dinodai oleh zuriatku..

dalam mimpi aku perjelaskan pada permasuriku, permaisuri anai-anai, bahawa yang berkuasa ke atas sekawan manusia itu ialah politikus.. politikus dan lampin bayi punyai satu persamaan.. kedua-duanya harus ditukar selalu -- atas sebab musabab yang sama.. bagi hematku, biar takhta dan kuasa bertukar tangan asal rumah tidak roboh..

dalam mimpi aku dimarahi oleh permaisuriku, permaisuri anai-anai, yang tidak berpuas hati dengan keenggananku berzuriat.. permaisuri anai-anai mahu berpisah denganku kerana perbedaan kasta dan pemikiran.. aku relakan.. satu perkara indah hidup sendiri ialah aku sentiasa ada disaat aku memerlukan diriku..

di kesayupan, aku terdengar azan subuh dari lereng curam gunung bahagia.. buaian mimpi terhenti.. aku terjaga dari tidurku -- bukan sebagai raja tetapi sebagai pengembara yang sedang mendaki ke puncak gunung bahagia..


NARATIF

episod 1: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagia-episod-1.html

episod 2 & 3: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagiaepisod-2.html

episod 4: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagia-episod-4.html

episod 5: http://qunang.blogspot.com/2011/08/satira-puncak-bahagia-episod-5.html

SATIRA PUNCAK BAHAGIA – Episod 5

EPISOD 5:
setelah terpukau dengan syarah sang harimau akar kepada kawanan belantara di keliling tasik gunung bahagia, aku menoleh kepada serigala bukit yang menjadi tukang pikul beban kain bajuku.. dia sudah terlena.. tidaklah menghairankan bila dia sentiasa berasa hebat diri bila langsung tidak dia endahkan kehebatan makhluk lain.. lantaran matahari sudah mula hendak bersandar di hujung barat, aku terpaksa mengejutkan serigala bukit dari nyaman tidurnya untuk meneruskan perjalanan yang bersisa..

sebaik sahaja bermula kembali pendakian kami melepasi tasik gunung bahagia, kami melalui hamparan batu-batu yang terpacak menjadi lereng yang sangat curam.. sang serigala bukit pantas melompat-lompat sambil ketawa melihat kepayahanku melintasi tebing curam itu.. bangga dia kerana dikurnia kelebihan berkaki empat sambil menyumpah dua tanganku berubah menjadi kaki agar aku juga berkaki empat sepertinya.. aku akur untuk “berkaki” empat dengan merangkak perlahan-lahan demi keselamatan nyawa dan matlamatku untuk berlabuh di puncak gunung bahagia dan menikmati kehidupan disana..

sedang aku merangkak-rangkak, aku ternampak pancaran cahaya gemerlapan di kesayupan lembah belantara hijau dibawah lereng curam itu.. tidak silap kuejakan tulisannya -- ALAMANDA.. teringat aku akan masa silamku zaman aku bermain guli di PUTRAJAYA bersama-sama teman seperjuanganku -- perjuangan tiga suku.. di taman ALAMANDA tempat kami berhenti rehat..

ketika aku mengelamun kisah silam itulah aku terpandang dua buah kereta sedang bercinta.. ya, kereta bercinta dengan raut wajah mengidam asmara.. asyik dan enak mereka dibuai-buai oleh alam cinta di parkir ALAMANDA hingga masa panjang yang diberikan kepada anak-anak tuan kereta sudah menemui detik akhirannya.. terkantoi sudah cinta sulit di ALAMANDA..

kehairanan mula membelenggu fikiranku.. kereta jantan sudah tentu ada tuannya.. kereta betina jua pasti begitu adanya.. kedua-dua mereka bukan kereta dara di showroom yang menanti pembida yang selayaknya menjadi tuan mereka.. kedua-dua mereka sudah bertuan..

belenggu fikiranku tersentak bila telefon bimbitku berdering.. terdendang lirik tersirat mengakhiri iklan asmara dalam perjalanan panjangku menuju puncak gunung bahagia..
“ku mencintaimu, lebih dari apapun.. meskipun tiada satu orang pun yang tahu.. ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku.. meskipun engkau hanya, kekasih gelap ku.. yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku.. yang ku cari selama ini, dalam hidup ku.. dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku.. yang panjang dalam hidup ku..”


NARATIF

episod 1: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagia-episod-1.html

episod 2 & 3: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagiaepisod-2.html

episod 4: http://qunang.blogspot.com/2011/03/satira-puncak-bahagia-episod-4.html

Friday, August 19, 2011

ANCAMAN PERSENGKETAAN AGAMA


Kewajipan Memelihara Kesucian Islam

1. Kesucian Islam dicemari di bumi Malaysia pada bulan Ramadhan.

2. Ada perkara yang umat Islam boleh bertegang leher dalam perbezaan pendapat; tetapi ada ketikanya kita perlu bersatu terutamanya ketika menghadapi ancaman yang melibatkan maruah dan kesucian agama yang wajib dipelihara.

3. Meneruskan pertelingkahan dan sengketa yang berpunca dari perebutan kuasa politik hingga menggadai maruah dan kesucian agama adalah suatu kerugian yang memudaratkan.

4. Muslim lawan muslim, kafir akan menang.

5. Batasan yang ada cukup jelas agar setiap pecahan puak yang ada pada hari ini tidak melampauinya.

6. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Furqaan ayat 53: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

7. Diatas kesedaran tentang kepentingan batas-batas sensitiviti dan sentimen agama demi menjamin keharmonian negara, para pemimpin terdahulu telah menetapkan kawalan pengembangan agama lain di kalangan orang Islam melalui enakmen-enakmen berkaitan agama. 

8. Undang-undang di Malaysia secara jelas memperuntukkan bahawa penganut agama lain bebas menjalankan ibadat mereka tetapi tidak dibenarkan mempengaruhi umat Islam untuk murtad.

Pencetus Sengketa

9. Serangan terbuka pertama yang mencetuskan kontroversi di peringkat nasional adalah berhubung penggunaan kalimah “Allah” oleh orang Kristian di Semenanjung Malaysia yang secara nyata menjadi provokasi terbuka terhadap umat Islam sekitar bulan Mac 2010.

10. YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, merupakan orang yang paling lantang mendepani pencabulan ini dan ketegasan beliau dapat disimpulkan melalui tekadnya dalam Fi Sabiluna – Inilah Caraku:

Sahabat dan taulan

Aku pertegaskan

Ku tetap pertahan

Aqidah dan kebenaran

Tanpa malu dan segan

Walau berseorangan

(rujuk: http://qunang.blogspot.com/2010/03/zulkifli-noordin-tok-imam-fi-sabiluna.html)

11. Isu ini tenggelam tanpa adanya momentum penentangan yang berterusan apabila organisasi-organisasi umat Islam gagal untuk bersatu.  Umat Islam tertewas dari segi moral dalam isu ini. 

12. Pengajaran jelas bahawa apabila muslim lawan muslim, orang kafir menang.

13. Pada bulan Ogos 2011, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1432 Hijrah, sekali lagi kesucian Islam yang dijamin oleh undang-undang negara Malaysia telah dinodai.

14. Orang Islam dijemput dalam majlis berbuka puasa di gereja dengan diberikan kuiz soal selidik untuk menilai tahap kefahaman Islam (rujuk nota perincian: http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/artikel-disertakan-bukti-cerita-sebenar.html).

15. Tindakan ini merupakan provokasi yang jelas berniat mencetus sengketa oleh puak Kristian.

16. Malangnya, sekali lagi pemimpin-pemimpin umat Islam di negara ini gagal untuk bersatu. Lebih malang lagi apabila tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipertikaikan oleh kumpulan Islam yang sebelum ini begitu lantang menentang murtad.

17. Suatu lagi pengajaran jelas bahawa apabila muslim lawan muslim, orang kafir menang.

Kelemahan Pentadbiran Agama Islam?

18. Secara naratifnya, isu ancaman orang kafir terhadap kesucian Islam boleh dikaitkan dengan kelemahan tadbir urus berkaitan agama Islam.

19. Akan tetapi, saya berpendapat kenyataan terbuka tokoh-tokoh agama Islam yang menyelongkar kelemahan tadbir urus agama Islam pada ketika kesucian Islam sedang diancam amatlah mendukacitakan serta tidak membantu.

20. Tidak ada individu atau organisasi yang bebas dari kecacatan dan kelemahan dan penambahbaikan yang sewajarnya perlu diteruskan sepanjang masa.

21. Dalam pada kita melihat kelemahan dalaman yang perlu dibaiki, perlu juga kita mendepani ancaman dan serangan terhadap agama kita.

22. Dengan hal yang demikian, saya tidak bersetuju dengan kenyataan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan: “Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.”

23. Sememangnya kita sedia maklum adanya bantuan dari individu, organisasi atau negara orang kafir untuk umat Islam termasuk dalam soal-soal pembiayaan pendidikan dan pembangunan ekonomi.

24. Akan tetapi, apabila bantuan itu diterima di dalam gereja dengan disertakan soalan kuiz keagamaan dan aturcara majlis yang sedemikian rupa, isu yang lebih mendasar bukan lagi tentang soal bantuan; tetapi ancaman pencerobohan terhadap keimanan sekumpulan muslim yang perlu kita beri perhatian yang lebih berat.

25. Walaupun saya menghormati dan menyanjung tinggi pemikiran dan ilmu Dr. Asri, saya mengharapkan agar Dr. Asri dapat melihat dalam kerangka yang lebih besar daripada tersepit dengan kemelut peribadi beliau dengan JAIS.

26. Jangan lagi pada masa depan kita lihat muslim lawan muslim, orang kafir yang menang.

Melihat Ke Hadapan – Peranan Imam

27. Bagi diri saya, kalaupun dijemput, saya tidak akan tergamak untuk hadir dalam majlis sedemikian rupa di dalam gereja.

28. Apa yang menimbulkan persoalan di hati, bagaimana individu-individu yang berkenaan tergamak melangkah kaki ke dalam gereja untuk menerima bantuan, tidak kira setahap manapun kemiskinan mereka?

29. Persoalan keduanya, bagaimana mereka boleh dijemput oleh gereja tersebut, dan tidak pula orang-orang Islam lainnya?

30. Saya amat tertarik dengan pandangan seorang pemimpin dan ilmuwan yang rapat dengan saya, bahawa kita (umat Islam) perlu berkawan dan mendekati semua orang termasuk orang-orang yang rosak akhlaknya; kerana jika semua orang menjauhkan diri dari kumpulan ini, bagaimana mereka dapat memperbaiki diri?

31. Adakah hanya selepas seseorang Islam itu dihampiri oleh orang Kristian baru kita hendak menuding jari menyalahkan orang itu dan ini?

32. Pengalaman ketika berjalan-jalan sepanjang Queen Street ditengah bandar Cardiff beberapa tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Di suatu perhentian, saya telah dihampiri oleh seorang paderi tua yang berpakaian macam orang muda yang sedang membuka booth dakwah di sebuah shopping arcade.

33. Selepas sedikit mukaddimah, dia bertanya, “kenapa saya memilih Islam?”. Saya tersenyum seketika lantas menjawab, “saya memilih Islam kerana mudah untuk saya bertaubat kalau rasa keinsafan hadir dalam hati di tengah malam. Cuma perlu ambil wudhuk dan solat taubat anytime anywhere. Kalau saya pilih Kristian, saya kena tahan rasa keinsafan itu hingga keesokan harinya kerana pintu taubat (confession gate) hanya dibuka pada office hour”. Paderi itu pun berlalu sambil tersenyum sendiri. Semoga dibukakan pintu hatinya untuk memilih Islam.

34. Itu tugas dakwah dan kaedah pendekatan paderi Kristian. 

35. Apa pula tugas dakwah dan kaedah pendekatan tok-tok imam berelaun tetap yang ramai dalam masyarakat kita?

Tuesday, August 16, 2011

PERMOHONAN SIASATAN RASUAH (SIRI 3)

 

Saya kemukakan permohonan ini khusus kepada insan-insan yang amanah dalam melaksanakan tugas dan kuasa untuk menyiasat yang dikurniakan Allah ta’ala kepada mereka  -- insan-insan yang lebih takutkan Allah ta’ala dari takutkan manusia.

Demi Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, bahawa saya tidak didorong oleh sesiapa untuk mengemukakan permohonan ini; dan tidak juga mengemukakan permohonan ini dengan niat untuk mendapat apa-apa bentuk imbuhan di dunia ini.  I have enough, dengan izin Allah jua.

Kezaliman

1. Pada 12 Mei 2011, Pergerakan Pemuda  UMNO Cawangan Bandar Arau telah membangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Bandar Arau berkenaan pemecatan yang drastik, zalim dan kotor terhadap Timbalan Ketua UMNO Cawangan daripada jawatan beliau sebagai Pengurus di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). 

2. Pergerakan Pemuda menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri Perlis yang bukan ditadbir oleh PAS berhubung pemecatan pegawai kanan yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun di PKENPs.

3. Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bandar Arau tersebut, Dr. Ammar Hassan, adalah calon favourite yang disebut-sebut oleh pimpinan dan penyokong UMNO di dalam DUN N11 Pauh sebagai “winnable candidate” untuk BN mengekalkan kemenangan setelah keharmonian jentera BN di Pauh dijahanamkan oleh Syed Razlan. 

4. Dr Ammar merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau.

5. Syed Razlan, Ketua UMNO Cawangan saya merangkap ADUN Pauh dan Exco Pelaburan Perlis yang sedang bermaharajalela dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, telah memaklumkan di dalam mesyuarat tersebut bahawa Pengurus Besar PKENPs , encik Kassim bin Zakaria, yang dengan bangganya mengambil tindakan tersebut adalah merupakan kawan baik dia. “...kawan lama”.

6. Dia seterusnyanya membela encik Kassim, “...tak tau mana-mana jangan cakap!”.  Dia memberitahu Perbadanan membuat keputusan pemecatan tersebut berdasarkan fakta.

7. Oleh kerana kes ini pada ketika itu sedang dalam proses awal untuk dibawa ke mahkamah, Pergerakan Pemuda telah mencadangkan kutipan derma kilat di peringkat AJK Cawangan sebagai bantuan kecil Cawangan untuk Dr. Ammar mendapatkan khidmat peguam terbaik untuk pembelaan beliau.  Pemuda beranggapan, biarpun dikutip 10 sen seorang, jumlah kecil yang terkumpul itu adalah sokongan moral yang tidak ternilai kepada hamba Allah yang sedang dizalimi.

8. Akan tetapi, reaksi Syed Razlan amat mengecewakan, “kalau Pemuda nak buat, buatlah!”.

9. Memandangkan kes ini sedang dalam proses perbicaraan pada masa ini, Dr. Ammar tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. 

10. Jika tiada hasad di hati, kenapa tidak diberikan sokongan moral kepada Dr. Ammar dengan sedikit tindakan yang menunjukkan keprihatinan.  Bab lain bukan main pandai main wayang.

11. Jika ditelusuri peristiwa dalam mesyuarat sebelum itu (yakni sebelum pemecatan Dr. Ammar dari PKENPs), Syed Razlan telah memberi amaran kepada Dr. Ammar: “... Ammar jangan dok masuk kacau Pauh sangat, nak kacau pi kacau Tambun Tulang (kawasan Datuk Seri Shahidan), Pauh ni tak kemana pun, lepas saya Ammar lah pulak...”.

12. Kezaliman terhadap Dr. Ammar dan keluarganya adalah berasaskan ancaman politik untuk menyekat populariti Dr. Ammar.

13. Dan, pembelaan Syen Razlan kepada encik Kassim Zakaria adalah berasaskan pakatan halus dengan kawan baik untuk mencalarkan imej seorang pejuang muda yang berpotensi mengambilalih kedudukan dan jawatannya di Pauh dan di negeri Perlis.

Keistimewaan Kawan Lama

14. Encik Kassim Zakaria merupakan pegawai kanan recond terkini dalam organisasi kerajaan Perlis yang dibawa masuk oleh Syed Razlan dan MB Md Isa Sabu sebagai Pengurus Besar atau GM di PKENPs bermula 3 Januari 2011.

15. Syed RazLan, Md Isa dan encik Kassim Zakaria adalah rakan sebaya berumur hampir 65 tahun.

16. Belum sempat panas kerusi, warga emas ini asyik mengambil cuti peribadi – sekejap ke Siam, sekejap ke Langkawi,kemudian ke Bandung dan 2 minggu ke Eropah pada 15 April 2011.  Nak kerja atau nak cuti?

17. Pengalaman paling hebat Pengurus Besar PKENPs ini ialah sebagai boss di sebuah syarikat insurans dan dengan itu dia mempunyai perwatakan yang sombong, ego, berlagak dan sembang pandai dalam semua bab -- resmi boss insurans.

18. PKENPs tidak terlibat dalam urusniaga menjual insurans sementelah ianya bukan syarikat insurans; sebaliknya bidang perniagaan yang disertai  oleh PKENPs meliputi industri hartanah, perhotelan, perindustrian, teknologi marin dan pelancongan dengan fokus utamanya ialah membantu pelabur-pelabur yang berpotensi untuk berjaya di negeri ini.

19. Hakikatnya, diantara bulan Januari hingga Julai, Lembaga Pengarah PKENPs baru bermesyaurat sekali.  Adakah serius mahu lihat Perlis Maju 2015?

Wayang Licik

20. Melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), PKENPs telah menerima peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM 10 juta untuk membina Pusat Perdagangan Bumiputera Padang Besar.  Peruntukan ini adalah untuk membina dan membangunkan bangunan baru di Pekan Padang Besar dan bukan membeli bangunan sedia ada.

21. Projek ini merupakan cetusan idea dan usaha oleh Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin, bersama Manager PKENPs, Dr. Ammar Hassan, dan beberapa pegawai lain.

22. Peruntukan ini antara lain bertujuan untuk membangunkan pusat niaga baru di Pekan Padang Besar untuk membolehkan peniaga-peniaga bumiputera menikmati kek ekonomi yang semakin membesar di pekan sempadan Malaysia-Thailand tersebut; yang sekian lama dimonopoli oleh peniaga-peniaga imigran dari Thailand.

23. Malangnya, pada tahun 2009, PKENPs telah membuat keputusan menggunakan peruntukan ini untuk membeli lot-lot rumah kedai yang telah siap di Kangar yang terletak diantara bangunan Affin Bank dan showroom Perodua di seberang sungai.

24. Projek pembinaan rumah kedai tersebut adalah usahama diantara PKENPs dengan BUMITA; dan PKENPs telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan peruntukan pembinaan Pusat Perdagangan Bumiputera Padang Besar untuk membeli semula 55 unit lot hartanah yang dibina oleh organisasinya sendiri.  Kenapa?

25. Dalam masa yang sama, urusan untuk menyewakan lot-lot tersebut kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya mendapat persetujuan dari UniMAP.

26. Maka bermulalah wayang licik manusia-manusia haloba yang hilang amanah.

Penting Diri Sendiri

27. Senarai pemohon bumiputera yang ingin membeli lot-lot rumah kedai tersebut daripada PKENPs amat panjang walaupun dengan promosi yang terhad.  Kenapa lot hartanah dibina di tengah pusat bandar tanpa promosi besar-besaran?

28. Setelah mendapat khabar Menteri Besar Md Isa Sabu juga ada membeli lot rumah kedai tersebut, “kawan lama” Syed Razlan juga teringin memilikinya walaupun baru beberapa hari bekerja di Perlis.  Satu apa jasa pun belum nampak lagi ditambah dengan cuti yang panjang.

29. Lot hartanah yang dibeli dan dimiliki oleh PKENPs melalui peruntukan untuk pembangunan usahawan bumiputera kemudiannya hendak dibeli pula oleh encik Kassim Zakaria, Pengurus Besar PKENPs. 

30. Adalah mustahil peniaga insurans yang sudah tua tidak faham tentang conflict of interest.

31. Dari senarai panjang pemohon yang berminat membeli lot rumah kedai PKENPs tersebut, seorang peguam yang menjadi rakan niaga Punahsihat 46% Menteri Besar Perlis turut dinafikan kelulusan untuk memiliki rumah kedai tersebut, sekalipun beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan PKENPs dalam konteks mengelak conflict of interest.  Kassim Zakaria punya kabel lagi kuat...  ;)

32. Lot yang hendak dibeli oleh encik Kassim Zakaria ialah lot yang mana PKENPs telah membuat urusan penyewaan kepada UniMAP.  Tunggu kutip sewa yang mahal?

33. Paling memeranjatkan, apabila Menteri Besar Perlis telah mendahului Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKENPs untuk memberi tawaran bertulis kepada permohonan encik Kassim Zakaria.  Siapa agaknya yang tekan remote control?

34. Hanya selepas mendapat surat dari Menteri Besar, encik Kassim Zakaria difahamkan sedang meronda sambil membawa sepucuk surat resolusi kelulusan yang dikepilkan dengan surat tawaran Menteri Besar untuk ditandatangani oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah. 

35. Hanya dalam kerajaan negeri Perlis, tawaran boleh dikeluarkan sebelum kelulusan.  Satu lagi rekod dunia terbaru oleh regim yang merampas kuasa.

36. Semoga baki Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKENPs yang belum dihubungi oleh encik Kassim Zakaria tersedar dan mengelak diri dari sekadar menjadi “rubber stamp” semata-mata.

Amanah Peniaga Bumiputera

37. Matlamat penubuhan PKENPs adalah untuk membangunkan usahawan, dan bukan merompak hasil dan peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada para usahawan.

38. Pegawai kerajaan dibayar untuk khidmat mereka dengan disertai bonus dan kemudahan-kemudahan lainnya.

39. Apabila Pengurus Besar PKENPs merangkap “kawan lama” Syed Razlan mengabaikan amanah dalam tugasnya dengan meletakkan habuan diri di hadapan, maka peluang kemunculan usahawan-usahawan baru ditutup tanpa belas ehsan.

40. Masyarakat Padang Besar terus teraniaya dengan mainan kotor gurkha-gurkha recond dalam regim yang merampas kuasa dimana mereka kerugian opportunity cost untuk menikmati pertumbuhan ekonomi baharu yang dirompak dalam sedar.

---

Nota: artikel ini adalah susulan kepada artikel terdahulu di link berikut:

- http://qunang.blogspot.com/2011/07/perasuah.html

- http://qunang.blogspot.com/2011/07/permohonan-siasatan-rasuah-siri-1.html

- http://qunang.blogspot.com/2011/08/permohonan-siasatan-rasuah-siri-2.html

Sunday, August 7, 2011

PERMOHONAN SIASATAN RASUAH (Siri 2)

[ Nota: posting ini adalah susulan kepada posting terdahulu di http://qunang.blogspot.com/2011/07/perasuah.html
dan
http://qunang.blogspot.com/2011/07/permohonan-siasatan-rasuah-siri-1.html ]

Saya kemukakan permohonan ini khusus kepada insan-insan yang amanah dalam melaksanakan tugas dan kuasa untuk menyiasat yang dikurniakan Allah ta’ala kepada mereka  -- insan-insan yang lebih takutkan Allah ta’ala dari takutkan manusia.


Termite dalam Dolomite

1. Dolomite dikenali oleh masyarakat kita sebagai batu reput.

2. Termite pula dikenali anai-anai.

3. Sebelum meneruskan permohonan siasatan yang selanjutnya, terlebih dahulu ingin saya kemukakan kebobrokan dalam mengorek hasil mahsul negeri Perlis.

4. Bila anai-anai bersarang di tapak batu reput, mudahlah anai-anai berjalan di celah-celah reputan.

5. Namun anai-anai selaku makhluk perosak tetap membawa kerosakan. 

6. Reput-reput dan kerosakan perlu dibaiki diatas sifat kesedaran dan integriti yang dilaungkan.

7. Di pihak anai-anai, sama-samalah kita mendoakan adanya rasa malu dan hina diri dengan perlakuan yang menjijikkan.

8. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah keji.


Skandal DOLO-GATE

9. Batu reput atau dolomite dari keluarga “sedimentary carbonate rock dolostone” adalah komoditi galian mineral karbonat yang bernilai. 

10. Di negeri Perlis, ianya merupakan sumber galian yang dihadkan untuk kegunaan dalam negeri ini sahaja – tidak boleh dibawa keluar sempadan negeri.

11. Cukai hasil yang dipungut oleh Jabatan Tanah dan Galian negeri Perlis adalah sebanyak RM42.00 bagi 6 meter padu (atau selori) berbanding kadar cukai tanah biasa sebanyak RM6.50 selori.

12. YB Exco Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan merupakan salah seorang penerima manfaat besar dari hasil putar alam perniagaan batu reput.  Mohon juga siasat sumber pendapatan bekas guru ini yang tiba-tiba boleh beli kereta mewah.  :)

13. Pada masa yang sama, dengan pengaruh gelar “DiRaja” yang ada pada seorang lagi exco kerajaan negeri yang paling boroi (esok mereka boleh beratur lawan ukur perut masing-masing), orang kanannya yang dikenali di market Arau sebagai Hashim Paria telah terlibat secara langsung dalam urusan mengutip toci dalam hal ehwal korek-mengorek batu reput.  Mohon juga siasat sumber pendapatan penjaga kedai mahjong yang hampir bankrup menipu orang tiba-tiba boleh berlagak pakai kereta mewah.  :)


Merogol Kanun Tanah Negara

14. Dengan campurtangan dan sokongan padu orang-orang yang berkuasa, undang-undang kerajaan negeri dirogol tanpa segan silu.  Beratus-ratus lori batu reput telah di”eksport” ke Bukit Kayu Hitam tanpa kebenaran Pejabat Tanah dan Galian negeri Perlis.

15. Tambah menjengkelkan, penipuan terang-terangan dilakukan tanpa segan silu.  Lori-lori yang membawa batu reput dengan kadar cukai RM42.00 diishtiharkan sebagai tanah biasa dengan kadar cukai RM6.50.  Tanah biasa (soil) boleh keluar dari kuari batu reput dengan bantuan tangan magic wakil rakyat merangkap Exco Tanah dan Exco Boroi?  Check-mate?!

16. Exco Tanah melalui sokongan, pakatan dan back-up yang kuat oleh Exco Pelaburan telah secara sengaja (dan bukan di luar pengetahuan) mengklasifikasikan tapak tanah batu reput ini sebagai “tanah terbiar” untuk diusahakan oleh kroninya.

17. Strategi paling bijak dan licik tetapi tersangat nakal dan tidak amanah ialah dengan mewar-warkan perusahaan kolam ikan supaya batu-batu reput dapat dikorek dan dibawa keluar.


Menteri Besar Tidak Terlibat Dalam Hal Ini

18. Ketika berhadapan dengan permohonan untuk menghalalkan perogolan ini dengan berlapik “mengusahakan tanah terbiar”, Datuk Seri Md Isa Sabu selaku Menteri Besar Perlis telah mendapatkan nasihat perundangan yang merumuskan “tanah Lot 5202 tidak boleh dikategorikan sebagai tanah terbiar walaupun tidak diusahakan kerana tanah ini adalah tanah BATU REPUT”. 

19. Pandangan perundangan itu juga secara khusus mencadangkan: “Mengikut dasar kerajaan, permit hanya boleh dikeluarkan kepada syarikat atau individu yang boleh memproseskan batu reput untuk kegunaan ‘dolomite’ yang diproses menjadi kaca, kristal atau baja”.

20. Seterusnya, Menteri Besar Perlis telah dinasihatkan bahawa “penolakan Pengarah Tanah dan Galian adalah suatu tindakan wajar dan tepat.  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat MENGESYORKAN KELULUSAN untuk pemohon boleh membawa kepada prasangka ‘konflik kepentingan’.”

21. Pandangan perundangan tersebut menyimpulkan, "...adalah tidak wajar dan tidak bertepatan bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memberi sokongan permohonan atau rayuan dari individu atau syarikat ke atas ketua jabatan dimana jabatan itu adalah dibawah kawalan dan bidang kuasanya".

22. Selepas mendengar dan melihat sendiri pelbagai jenis dokumen yang menggambarkan kebobrokan dan kekotoran hanky panky Exco Kerajaan Negeri Perlis, adalah perlu untuk saya sebutkan bahawa dalam soal ini, (saya percaya penuh berdasarkan pembacaan saya bahawa) Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu tidak terlibat walaupun mungkin ada satu dua surat yang melibatkan namanya.

23. Saya kemukakan permohonan ini bukan kerana saya ingin memburukkan nama baik parti saya, tetapi kerana saya ingin memperkukuhkan parti saya dengan cara melupuskan keburukan yang memburukkan.

qunang: Saya sekali lagi memohon pertolongan Saidin Osman tukang kutip toci kepada YB Syed Razlan ADUN Pauh untuk membuat laporan Polis dan SPRM terhadap blog ini sekali lagi..

Wednesday, July 27, 2011

LAWATAN PERDANA MENTERI KE PERLIS (Siri 2)

Perlis Darul Kek

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengadakan lawatan rasmi kali kedua ke Perlis pada 23 Julai 2011.  Selepas menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, Datuk Seri Najib membuat lawatan pertama ke Perlis pada 20 Ogos 2010.

2. Lawatan Perdana Menteri kebetulan jatuh pada hari lahir beliau.

3. Memandangkan kerajaan negeri Perlis merupakan pemegang rekod dunia untuk hadiah kek terbanyak, maka banyaklah kek yang dipotong oleh Datuk Seri Najib sepanjang persinggahan beliau di banyak tempat.

4. Kek menjadi simbol hari lahir yang begitu besar ertinya kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu.

5. Maka tidaklah menghairankan apabila Menteri Besar menegur Datin Seri Rosmah pada baris pertama ucapannya supaya mencatat tarikh hari lahir Datuk Seri Najib. Barangkali supaya isteri Perdana Menteri dapat turut sama membawa kek untuk suaminya. 

6. Tercengang isteri Perdana Menteri dengan lawak tak jadi di depan khalayak sebegitu rupa. Ntah apa-apa.

Transformasi

7. Harus diingat, bukan semua transformasi atau reformasi membawa kebaikan.  Kadangkala, banyak baiknya untuk mengekalkan tradisi yang diterima secara konsensus oleh seluruh warga.

8. Agenda transformasi yang berkesan sepatutnya membuahkan kejayaan sebagai wayang Transformer yang berubah menjadi robot atau kereta mengikut kesesuaian keadaan demi untuk mencapai kemenangan.

9. Transformasi yang tidak berkesan dapat digambarkan sekiranya Transformer berubah menjadi kura-kura dalam aksi kejar-mengejar.

10. Demikian juga halnya dengan transformasi yang dilakukan oleh regim yang merampas kuasa di Perlis bilamana peminggiran terhadap organisasi parti dilakukan secara berterusan.

11. Persediaan untuk lawatan Perdana Menteri ke Balai Baru sama sekali meminggirkan pimpinan UMNO setempat, sekalipun dari ucapan beliau ternampak jelas Datuk Seri Najib hadir dalam mood pilihanraya selaku Presiden UMNO.

12. Dari tinjauan umum, ramai pimpinan UMNO di pelbagai peringkat khususnya pemimpin sayap-sayap parti tidak menerima jemputan sebagaimana lazimnya, dan tidak juga dilibatkan dalam gerak kerja menjayakan lawatan Perdana Menteri.

13. Regim yang merampas kuasa nampaknya memilih untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum menggunakan jentera kerajaan secara total berdasarkan pengabaian terhadap masa terbaik untuk melakukan warm-up kepada jentera parti.  Barisan Nasional akan menang dengan cara ini kalau kita berhadapan dengan pilihanraya tahun 1955.

14. Kegagalan melakukan total deployment terhadap jentera parti ketika lawatan Presiden parti merangkap Perdana Menteri menyebabkan kerajaan Perlis sekali lagi memecah rekod cemerlang negeri ini apabila Dewan 2020 sekali lagi dipenuhi dengan lompong-lompong kerusi yang tidak diduduki ketika Perdana Menteri berucap.  Suatu kegagalan yang tidak pernah dilihat ketika lawatan Perdana Menteri sebelum tahun 2008.

15. Langkah memanggil kakitangan kerajaan untuk memenuhkan ruang mungkin boleh dianggap bijak , tetapi untuk bergantung sepenuhnya kepada kakitangan kerajaan adalah paradigma dangkal.  Tidak ada sensitiviti ‘kerusi kosong’ dihati individu yang tidak berminat dengan perjuangan politik.

Ucapan Perdana Menteri

16. Di dalam ucapan beliau, Datuk Seri Najib menyentuh tentang peranan Datuk Seri Shahidan yang menjamin kemenangan BN di Perlis dalam Pilihanraya Umum ke-12, sekaligus mengekang kemaraan pembangkang di negeri-negeri utara.

17. Mesej jelas bahawa regim yang merampas kuasa belum teruji malah belum menepati beberapa KPI yang digariskan untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

18. Teguran sinis Perdana Menteri terhadap wakil-wakil rakyat (termasuk Menteri Besar) yang seringkali tidak dapat dihubungi dan liat turun padang terutama ketika negeri dilanda bencana mendapat tepukan dan sorakan di luar kebiasaan. 

19. Dari ucapan beliau, Perdana Menteri jelas mempunyai gambaran yang tepat tentang kekalutan dalam kepimpinan BN Perlis.

20. Banyak juga wajah-wajah sugul tersenyum kambing selepas itu.

21. Wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat.  Wakil rakyat BN adalah individu yang mewakili aspirasi perjuangan BN.

22. BN akan terus menang di Perlis tanpa masalah sekiranya suara-suara kehendak dan keperluan di akar umbi didengari.

23. Terlalu ramai dibawah sana yang terkesan dengan perdampingan berterusan Datuk Seri Shahidan Kassim.  Mesej mereka jelas, “tidak ada lagi kesetiaan sembrono pada kertas undi selepas sekali tertipu.. tunjukkan gambar calon dulu”.

[ Nota: Siri 1 posting ini berkisar tentang lawatan kali pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ke Perlis pada 20 Ogos 2010 -- http://qunang.blogspot.com/2010/08/lawatan-perdana-menteri-ke-perlis.html ]

Monday, July 25, 2011

PERMOHONAN SIASATAN RASUAH (Siri 1)

[ Nota: posting ini adalah susulan kepada posting terdahulu di http://qunang.blogspot.com/2011/07/perasuah.html ]

Pendahuluan

1. Hanya orang gila mahu tinggal anak bini untuk masuk berehat dalam penjara buta-buta.

2. Hanya lembu yang sanggup dicucuk hidung dan dibawa kemana-mana.

3. Saya mengemukakan permohonan ini khusus kepada insan-insan yang amanah dalam melaksanakan tugas dan kuasa untuk menyiasat yang dikurniakan Allah ta’ala kepada mereka  -- insan-insan yang lebih takutkan Allah ta’ala dari takutkan manusia. 

4. Tidak ada istilah “malu alah” dalam perlaksanaan undang-undang.  Sebelum menuduh hamba marhaen ini sebagai orang yang salah, siasat dulu orang besar itu.

5. Saya sedia maklum bahawa tulisan ini akan dilawati oleh ramai individu-individu yang memegang amanah yang dikurniakan Allah ta’ala kepada mereka.

6. Demi Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, bahawa saya tidak didorong oleh sesiapa untuk mengemukakan permohonan ini; dan tidak juga mengemukakan permohonan ini dengan niat untuk mendapat apa-apa bentuk imbuhan di dunia ini.  I have enough, dengan izin Allah jua.

7. Jauh sekali untuk mentafsirkan permohonan ini sebagai kempen politik peribadi untuk menjadi hero kerana untuk mendaki hierarki kepimpinan UMNO di Perlis pada hari ini saya lebih bijak mengikat kaki dan tangan pada ekor kaldai selepas selotape mulut sendiri.

8. Saya kemukakan permohonan ini kerana saya sayangkan parti saya -- parti UMNO.

9. Saya kemukakan permohonan ini kerana saya merasa terpikul dengan beban amanah untuk menongkah kebatilan yang berleluasa oleh orang-orang yang dikurnia kuasa yang sedang menghancurkan legasi perjuangan UMNO yang terbilang.

10. Saya kemukakan permohonan ini kerana keyakinan penuh setulus hati saya yang didasari perngamatan sendiri dan persembangan dengan para sahabat seperjuangan bahawa kawasan tempat saya membesar -- DUN N11 Pauh -- sudah bertukar menjadi kawasan hitam legam untuk Barisan Nasional daripada sebuah kawasan yang putih melepak sebelum tahun 2008.

11. Saya kemukakan permohonan ini bukan kerana saya ingin memburukkan nama baik parti saya, tetapi kerana saya ingin memperkukuhkan parti saya dengan cara melupuskan keburukan yang memburukkan.

Membuka Pekung?

12. Seandainya saya meneladani amalan politik primitif yang diamalkan oleh sebahagian besar pimpinan-pimpinan UMNO, saya perlu mengiyakan tindakan bobrok mereka atau setidak-tidaknya menyembunyikannya dalam poket.

13. Zaman menyembunyikan atau mengiyakan segala-gala kebobrokan pimpinan UMNO/BN sudah berlalu.

14. Tindakan menyembunyikan tindakan hanky-panky mungkin relevan dizaman cengkaman politik UMNO/BN begitu kuat dalam suasana keterbatasan maklumat alternatif lebih kurang 15 tahun yang lalu.

15. Hari ini, UMNO/BN berada dalam keadaan sama sekali tidak boleh melakukan kesilapan . Pimpinan UMNO/BN perlu teliti dan cermat dari melakukan tindakan yang tempang atau dilihat tempang oleh rakyat terbanyak.

16. Apabila YB Hashim Jasin (N15 Sanglang – PAS) bercakap mengenai penglibatan PKENPs dalam perniagaan arak dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Julai 2010; nampaknya pekung sudah terbuka dan tembelang sudah pecah.

17. Oleh yang demikian, sekiranya saya menulis atas kapisiti sebagai pemimpin kecil UMNO, barang pasti saya tidak sepatutnya menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO. Akan tetapi, atas sifat kasih saya terhadap UMNO, setelah menyedari dengan begitu jelas bahawa isu ini akan menjadi “peluru besar” pembangkang di Perlis menjelang Pilihanraya Umum ke-13, saya perlu mengikut arus -- arus pengundi atas pagar non-partisan dan bukan arus membodek mengharapkan “hun” yang menjadi amalam segelintir pimpinan UMNO.

18. Sekiranya saya ingin membodek untuk mendapat sedikit “hun”, saya harus bersetuju bahawa perniagaan ARAK adalah wajar dalam kerangka pembangunan dan kemajuan negeri Perlis!

Pekung Yang Terbuka?

19. Berbalik kepada tindakan tempang oleh PKENPs, beberapa isu besar menjadi signifikan untuk diperdebatkan hari ini dan bukan beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

20. PKENPs telah berurusan dalam perniagaan ARAK dengan Ocean Chandlers Sdn. Bhd. (OCSB) tanpa mendalami sensitiviti ARAK dalam masyarakat Islam apatah lagi untuk melibatkannya dalam usahasama dengan syarikat milik kerajaan negeri.

21. Tindakan PKENPs menurunkan sewa bulanan dari RM 10,000 (oleh anak syarikat PKENPs) kepada RM 1560 (oleh OCSB) adalah insentif yang tidak munasabah memandangkan perniagaan tersebut tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk tempatan, sementelah tenaga kerja pun sebahagian besarnya diimport. Alangkah mulianya sekiranya insentif sewa rendah sebegini diberikan kepada usahawan “middle-class” tempatan untuk sebuah perniagaan yang halal?

22. Peralihan urusniaga penyimpanan ARAK (dan barangan lain) kepada OCSB secara total mungkin dilihat bijak sebagai refleksi keinsafan selepas terkantoi dengan PAS. Akan tetapi, OCSB tidak pula diarah membayar balik puluhan ribu kos installation and comissioning untuk peralatan dan sistem yang telah dipasang di GBA Padang Besar.

23. Sebaliknya, PKENPs terus menanggung bil internet broadband berjumlah RM500 sebulan pada ketika itu. Hal yang demikian hakikatnya telah menurunkan lagi kadar sewa kepada hanya RM1060 untuk sebuah fasiliti pergudangan seluas lebih 10 ekar. Ianya jelas begitu rendah berdasarkan nilai urusniaga purata untuk perdagangan ARAK di premis ini yang menjangkau RM1.2 juta sebulan.

24. Kegagalan beberapa Ahli Lembaga Pengarah PKENPs yang berjawatan kanan dalam kerajaan negeri untuk melindungi kepentingan PKENPs terlihat dengan jelas pada tenancy agreement yang dibuat secara licik dan tergesa-gesa bagi menyembunyikannya dari Lembaga-lembaga Pengarah PKENPs yang lain.

25. PKENPs, melalui tenancy agreement tersebut, bukan hanya sekadar bersetuju dengan kadar sewa murah malah bersetuju menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk MEMASTIKAN segala lesen dan geran untuk urusan penyimpanan ARAK diperolehi.

26. Tidak cukup dengan itu, Para 5 (The Second Schedule) membuka ruang usahama untuk memperluaskan perniagaan ARAK ini. “The landlord and the Tenant shall form a joint venture to manage and operate the complementary portion of this business” (Pemilik dan Penyewa boleh mengadakan usahasama untuk mengurus dan menjalankan operasi pada baki kawasan sekitar yang dimiliki oleh Pemilik).

27. Kerajaan BN Perlis pada hari ini sebenarnya sejak dari pertengahan tahun 2008 lagi cuba mengaitkan mantan Menteri Besar dengan “syarikat NCER” apabila merujuk kepada Perlis NCER Trading.  “Syarikat NCER” (Northern Corridor Economic Region) ini sebenarnya ditubuhkan sebagai anak syarikat PKENPs sebelum rampasan kuasa untuk menguruskan gudang di Padang Besar sebagai sebahagian dari strategi meluaskan dry-port di sempadan Thailand-Padang Besar. Ketika itu, syarikat ini sama sekali tidak terlibat dengan urusniaga ARAK.

28. Sekiranya dirujuk kepada Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Enakmen 4 tahun 1993), Seksyen 24(2): “Mana-mana orang Islam yang terlibat membuat, menjual, menghadiah, mempamer untuk jualan, MENYIMPAN, membawa atau membeli apa-apa ARAK atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan yang boleh disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali”. Adakah Kerajaan Negeri Perlis hari ini sebuah kerajaan “orang Islam”?

29. Setelah pekung terbongkar, perniagaan arak dihentikan dan digantikan dengan perniagaan lain -- perniagaan yang lebih meng"kaya"kan.

30. Sekian permohonan saya pada siri ini untuk tindakan lanjut pihak tuan-tuan pemegang amanah yang dikurnia oleh Allah ta'ala.

Kronologi

1

2

3

4

5

 

qunang: ULANG SUARA -- Saya minta tolong Saidin Osman, tukang kutip toci, buat laporan Polis (dan SPRM) terhadap blog saya sekali lagi..

Wednesday, July 13, 2011

MASA DEPAN UMNO

Sayap Pemuda

1. Jika ingin melihat kepada masa depan UMNO, lihatlah pada Pergerakan Pemuda hari ini.

2. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, merupakan salah seorang dari kalangan pemimpin UMNO yang mempunyai keberanian untuk berhujjah mahupun berkotor tangan di medan perjuangan. 

3. UMNO perlu berlapang dada untuk menerima lagi 100 orang Khairy Jamaluddin jika mahu terus kekal relevan di persada politik tanahair.

4. KJ tidak betul semua, tetapi tidak juga salah semua.  Semua manusia begitu.

5. Apa yang nyata, Mukhriz Mahathir, pesaing terhebat Khairy dalam pemilihan UMNO tahun 2008, lebih menonjolkan imej “anak Datuk” atau “anak orang kaya” berbanding harapan masyarakat umum yang ingin melihat beliau sebagai “anak Dr. Mahathir”. 

6. Tindakan Perdana Menteri meminggirkan Khairy ketika Mukhriz diberikan tempat dalam kabinet (walaupun tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda) adalah suatu kerugian yang nyata dari kaca mata Pemuda UMNO.  Dimanakah peranan Mukhriz dalam menunjukkan penentangan terhadap kegilaan pembangkang?  Harus difahami bahawa Tun Dr. Mahathir dikenali, dihormati dan disegani kerana kelantangan beliau dan bukan dengan sikap play-safe.

7. Demikian juga watak play-safe dan opportunis Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Ketua kepada Khairy. Beliau akan mendapat kemenangan pada pemilihan akan datang kerana mampu memolok kontraktor-kontraktor dengan projek dan kemewahan; tetapi apakah peninggalan yang berbekas dalam mengukuhkan Pemuda UMNO melalui jawatan kebinet yang disandang?

8. Barisan menteri kabinet yang dipenuhi opportunis dan pembodek tidak membantu memperkuatkan UMNO.  Selain dari 5 orang, barisan kabinet ketandusan watak fighter dan pemikir serta pemidato bernas untuk menjadi tembok menahan asakan pembangkang terhadap Perdana Menteri dalam situasi-situasi tertentu.

Melupuskan Pemimpin Expired

9. Kelibat pemimpin-pemimpin “expired” dalam UMNO  yang begitu keberatan untuk mengangkat anak-anak muda yang mempunyai keberanian dan keupayaan memimpin adalah pengkhianatan besar terhadap perjuangan parti keramat ini.

10. Orang-orang muda akan ditetak dan dikerat dari memanjat hierarki politik kerana [i] perbezaan aliran pemikiran yang berpunca dari perbezaan usia, [ii] menutup salah laku dan kebejatan amalan hanky-panky, dan [iii] kekhuatiran untuk berhadapan dengan saingan politik baru.

11. Dalam UMNO Perlis misalnya, contoh pemimpin “expired” yang sedang bergelut mengekang kebangkitan orang-orang muda ialah Radzi Sheikh Ahmad (Punahsihat 46% MB Perlis - 70 tahun), Syed Razlan (ADUN N11 Pauh – 60 tahun) dan Md Isa Sabu (MB Perlis – 60 tahun).  Seorang bergelut mempertahan jawatan MB, lagi dua bergerak untuk memahkotakan diri sendiri.

12. Dalam barisan kepimpinan kerajaan BN negeri Perlis hari ini, tidak ada seorang pun Pemuda UMNO.

13. Keadaan ini jauh berbeza dengan amalan sistem dan tradisi UMNO dibawah pentadbiran Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang berterusan memberi pendedahan kepada orang-orang muda dalam selok-belok pentadbiran negeri.

Pondan Jadi Imam?

14. Natijah daripada kecenderungan mencantas orang-orang muda yang berpotensi, sayap Pemuda UMNO akan dipenuhi oleh pondan-pondan yang cacat idealisme perjuangan.

15. Mengikut resmi pondan, kalau diberi duit, projek atau harta kebendaan; buatlah apapun semuanya okey. Perjuangan si kunyit jantan.

16. Apabila sayap Pemuda UMNO menjadi refleksi kepada persatuan pondan, masa depan UMNO jadi berjerubu.

17. Masa depan parti UMNO yang sarat dengan perjuangan perit jerih mambangunkan ketamadunan bangsa Melayu dan tanahair ini akan berubah menjadi persatuan pondan dan darai.  Lebih kuat pondan bertempik, lebih kuat orang mentertawakan; walaupun yang bertempik itu pondan-pondan kaya yang berkereta mewah.

18. Demikianlah igauan ngeri tentang masa depan UMNO yang kian terpampang di depan mata. Nauzubillah.

19. Moga tidak sempat menjadi realiti.

"Bujukan Hati"

(nukilan Prof. Kembara Bahasa)


Wahai hati usahlah berduka
Kehidupan memang penuh rona
Timbangkan yang baik insya-Allah bahagia
Ada pun yang buruk dijadikan sempadannya

Wahai hati usahlah kecewa
apabila kawan tidak setia
Amal yang baik itulah teman sebenarnya
Di alam akhirat pendamping selamanya

Wahai hati usahlah bimbang
akan nasib mujur mendatang
Di Lohmahfuz telah tertayang
Hanya ikhtiarkan agar gemilang

Wahai hati usahlah gentar
menghadapi ujian yang mungkin menggegar
Kitabullah dan sunnah jadikan akar
Jalannya terang kesesatan terhindar

Wahai hati usahlah iri
akan kelebihan rakan sendiri
Kenal akan kemampuan diri
Hak dirimu Allah memberi

Wahai hati usahlah hasad
Sepanjang hidupmu tiada berkat
Bersihkan niat darjat meningkat
Rezekimu luas tiada tersekat

Wahai hati usahlah takbur
Kawal dirimu jangan terlanjur
Kata dan tingkah perlu diukur
Jangan sampai amalmu lebur

Wahai hati usahlah bersangka
segala yang buruk pada saudara
Kajilah cacat cela yang ada
pada dirimu manakan sempurna

Wahai hati usahlah alpa
kecintaan berlebihan kepada dunia
Yang dikejar itu hanya sementara
Duniawi dan ukhrawi seimbangkan sentiasa

Wahai hati usahlah derhaka
kepada Yang Menciptakan kamu di dunia
Pasrah dan redha akan ketentuan-Nya
Tidak disekutukan dengan segala yang ada


qunang: renungan seadilnya untuk masa hadapan..

Tuesday, July 12, 2011

KEKOTORAN TUNTUTAN BERSIH 2.0

kekotoran bersih 1

kekotoran bersih 2

qunang: Minggu ini, BN semakin kuat dari minggu lepas..
Tahniah PM Najib.. Syabas Polis.. Terima kasih BERSIH 2.0.... :)
Harap Anwar, Ambiga & Amerika boleh tolong anjurkan Bersih 2.5, 2.6, 2.7 etc. setiap minggu..

Thursday, July 7, 2011

PELUCAH SIRNA

[Nota: Reaksi kepada karya A Samad Said di http://www.malaysiakini.com/news/169252]

Kalau mereka Peludah Warna,
Kamu pula badut Pelucah Sirna,
Penyokong agenda hina,
Peruntuh tamadun yang terbina.

Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukankah kuning itu warna diRaja?
Bukankah kuning baju itu mengocak damai cara sengaja?
Bukankah kuning budak itu mengendong sang Yahudi durja?Bukankah kuning juak itu memberi susah pada penjaja?

Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukanlah kuning itu resmi Ambiga,
Bukanlah kuning itu menolak tuhan yang tiga,
Bukanlah kuning itu berkendara mulia jiwa dan raga,
Bukanlah kuning itu tempelan nurani seluruh warga.

Tuan badut Pelucah Sirna,
‘Kuning’ sudah bertemu kuning,
Mengapa tak langsai apa yang pening?

Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukan beradu janggut terpanjang,
Sekadar merenung masa yang panjang,
Pelucah Sirna perlu diterajang,
Sebelum maruah negara tergadai di ranjang.

 

PERHIMPUNAN HARAM

Hak Asasi Manusia

1. Rakyat diberitahu oleh juak-juak pembangkang bahawa mereka dibenarkan oleh lunas-lunas perlembagaan Negara untuk berhimpun dan berdemonstrasi dalam kerangka hak asasi sebagai manusia.

2. Hak asasi manusia adalah berbilang dan pelbagai meliputi hak-hak asas untuk makan, minum, beribadat, bekerja, belajar, bercuti, berkeluarga, berurusniaga dan seumpamanya.

3. Kerajaan negara Malaysia yang ditunjangi oleh Barisan Nasional telah memenuhi dan mendokong sebahagian besar dari hak-hak asas rakyat negara ini.

4. Hatta, hak untuk berhimpun dan bersuara turut dibenarkan saban tahun oleh kerajaan Barisan Nasional; termasuklah untuk pihak pembangkang yang berhimpun dan bercakap secara berterusan dalam muktamar, perhimpunan tahunan, ceramah umum, konvensyen, seminar dan sebagainya.

5. Setelah seribu hak diberikan, tiba-tiba ada satu hak diletakkan kawalan; lantas kerajaan dituduh dan dikecam dengan pelbagai label yang tidak menggambarkan pemikiran yang rasional dan seimbang. 

6. Demikianlah apa yang sedang berlaku sekarang bilamana kerajaan meletakkan kawalan tertentu untuk perhimpunan haram BERSIH 2.0.

Kekotoran Dalam BERSIH

7. Penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0 diberitakan mendapat sokongan 70 badan NGO, dimana 61 daripadanya belum pernah didengar nama pertubuhan itu sebelum ini.

8. Sebagaimana kelaziman program parti-parti politik, para penyokong terutamanya anak-anak muda disogok dengan imbuhan kewangan termasuk makan, minum, belanja petrol dan baju percuma.  Kehadiran artis dan penglipurlara seperti Mat Sabu al-Juburi menjadi daya tarikan tambahan.

9. Sumber kewangan yang besar untuk membiayai perhimpunan ini telah didedah dan diakui oleh pemimpin utama BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan, dimana jutaan ringgit diperolehi daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).

10. NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democarcy) iaitu sebuah yayasan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

11. OSI pula adalah yayasan yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi bernama George Soros, iaitu individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Mughallazah

12. Kekotoran paling besar disebalik penganjuran BERSIH 2.0 adalah untuk mencapai hajat seorang veteran politik berumur 64 tahun untuk menjadi Perdana Menteri.

13. Bersandarkan kepada hakikat bahawa sekiranya Pakatan Rakyat gagal mendapat majoriti dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti, umur veteran politik ini akan menghampiri 70 tahun ketika Pilihanraya Umum ke-14 --- suatu usia yang terlalu tua untuk diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara.

14. Dengan sebab yang demikian, Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja untuk mempergunakan kudrat dan emosi rakyat untuk mencapai cita-cita peribadinya.

15. Nelson Bunker Hunt, seorang saudagar minyak billionaire di Amerika Syarikat, berkata, “...to be successful, you must decide exactly what you want to accomplish; then resolve to pay the price to get it.

16. Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja termasuklah melutut kepada Yahudi, menjual maruah negara kepada kuasa asing dan membayar apa juga harga untuk duduk di kerusi Perdana Menteri sebelum usianya menghampiri 70 tahun.

17. Bila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, maka segala sistem dan undang-undang yang selama ini ditohmah sebagai kotor bolehlah dianggap BERSIH.

qunang: kadang-kadang terjumpa orang pengotor yang berasa dirinya bersih.

Thursday, June 30, 2011

MENGHADAPI KEZALIMAN PENGUASA & PENGANIAYA

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah.

Ya Allah, ya Tuhanku, Engkaulah pemberi segala kurnia dan kuasa; dan Engkaulah jua yang menarik kembali segala kurnia dan kuasa.

Ya Allah, ya Tuhanku, hambamu ini memohon kekuatan akal dan jiwa daripadaMu untuk berhadapan dengan ancaman dan kezaliman yang dicipta manusia-manusia zalim dan penganiaya yang Engkau jadikan sebagai pemimpin dan orang-orang disekelilingnya untuk bertandang dihadapanku.

Ya Allah, ya Tuhanku, perkenankanlah hambamu ini melangkah dengan keyakinan sebagaimana telah engkau berikan petunjuk berkali-kali di dalam hidupku akan jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah, ya Tuhanku, berilah segala yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku yang turut sama mendoakan yang terbaik untuk diriku.

Ya Allah, ya Tuhanku, jika senyuman itu yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah senyuman pada bibirku dan bibir-bibir mereka.

Ya Allah, ya Tuhanku, jika tangisan itu lebih baik untuk diriku dan untuk diri keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah kepada hambaMu air mata sebanyaknya untuk hambaMu menangis dengan rahmat dan ujianMu.

Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini bersandar kepada ketulusan hati mereka untuk mendaulatkan agamaMu, maka berilah mereka segala taufik dan hidayahMu beserta rezeki yang melimpah ruah.

Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini untuk menganiaya dengan tujuan mengampu dan membodek kezaliman orang-orang yang diberi kuasa tetapi mengadu domba, maka percepatkanlah taubat atau azab kepada manusia-manusia zalim dan penganiaya itu.

Ya Allah, ya Tuhanku, peliharalah keikhlasan hatiku diatas segala bantuan dan sumbangan diriku dalam hidup harianku; dan terhadap mereka dan keluarga mereka.

Ya Allah, ya Tuhanku, jauhkanlah dari hatiku sifat dendam, dengki dan iri hati.

Ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah diriku insan soleh yang bertaqwa dan beriman teguh kepada agamaMu.

“...Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Huud:88)

qunang: Penguasa yang dikurnia kuasa 5 tahun sekali bersama konco-konco pembodeknya masih tidak puas menyusahkan hidup aku dengan melakukan penganiayaan dan kezaliman.. Tidak cukup dengan laporan Polis, diganggu pula orang tua aku yang sudah tua.. Hang ada kuasa so hang boleh buat apa hang nak buat kat aku.. Wahai orang tua kutuk, tapi hang jangan lupa Allah ta’ala Maha Berkuasa dan jauh lebih berkuasa dari hang..! Hang biadab & kurang ajar bila nak main nama mak bapak aku.. mak bapak hang banyak jasa pada mak bapak aku; tapi jangan lupa mak bapak aku pun banyak jasa pada mak bapak hang.. aku tak pernah mengata kat mak bapak hang tapi hang begitu angkuh boleh mengata kat mak aku.. hang kata aku tak mengenang budi, tapi hang lupa hang lebih lagi tak mengenang budi.. ini haram jadah punya wakil rakyat haprak! pttuiii... menyesai aku pangkah undi hang hari tu.. manusia lupa diri..!

Monday, June 20, 2011

WASILAH MATLAMAT PEMBAHARUAN TEKAD

[30 Jun 2011 -- PERHATIAN: Posting ini berada di bawah siasatan Polis.  Saya memohon dan menasihatkan para pembaca tidak memberikan komen tambahan atau berhati-hati dalam penulisan. harap maklum. tq.]   :)

 

TEKS UCAPAN PEMBENTANGAN USUL POLITIK DI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ARAU 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Mulia Datuk Pengerusi Tetap dan timbalan,

Yang Berhomat Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Ketua UMNO Bahagian Arau,

Yang Berhormat Datuk Ismail Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau,

Tambahan/Pindaan: Yang Berhormat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Guar Sanji dan Pauh. Mana ADUN Pauh? Sudah balik awal kah? Masa mengundi (Perwakilan) G7  tadi pun tak nampak muka. Sudah 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) datang sekerat jalan.  Nanti hari mengundi kalau pengundi pun pergi sekerat jalan lepas tu patah balik, jangan pula mereka disalahkan.

Yang Dihormati pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri,

Wakil-wakil dari Badan Perhubungan UMNO Negeri,

Barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para Perwakilan dan Pemerhati yang yang dikasihi.

Assalamualaikum..wth..wbth.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

1. Saya, Syed Atief bin Syed Abu Bakar, mewakili UMNO Bahagian Arau mohon mengusulkan perbahasan politik untuk dibahaskan pada persidangan kita pada hari ini.

2. Pisang raja, pulut dakap; kelmarin bekerja, hari ni bercakap. Ubi sengkuang, kuah rojak; maaf kalau terkurang, sorry kalau terlajak. Pi Padang Kota makan Laksa; memang nak kata bagi berasa.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

3. Pada 11 Mei yang lalu, UMNO menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-65.

4. Dalam suasana politik yang mencabar pada hari ini, kita menyedari keperluan yang amat mendesak untuk melakukan proses rejuvenasi atau peremajaan dalam UMNO yang kini mencecah usia senja, dimana kedudukan selesa UMNO di persada politik tanahair semakin terancam apabila parti tidak lagi dilihat menguasai kerajaan; sebaliknya kerajaan dibiarkan menguasai parti secara berleluasa.

5. Melihat kepada kecenderungan parti yang mengambil pendekatan terlalu lembut dalam menitikberatkan aspek kesetiaan, kerajinan dan kemesraan dalam menetapkan calon-calon dalam pilihanraya; sehingga tergambar seolah-olah calon-calon yang diketengahkan oleh UMNO tidak perlu memiliki kesetiaan yang kukuh terhadap parti, dan individu yang hendak dicalonkan itu pula tidak perlu mempunyai kerajinan untuk berusaha dengan titik peluh untuk mengukuhkan pengaruh parti di akar umbi, dan tidak juga perlu untuk turun ke bawah dengan tujuan mengenali dan bermesra dengan penyokong dan pendokong parti dengan lebih akrab.

PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

6. Maka, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau yang bersidang pada hari ini mengusulkan agar UMNO mengambil pendekatan dan tindakan yang bersungguh-sungguh supaya parti dapat kembali menguasai kerajaan melalui perancangan strategik dan bersepadu.

7. Untuk membolehkan parti menguasai kerajaan, pengiktirafan seharusnya diberi kepada individu-individu yang berkerja, berkhidmat dan berjuang melalui platform parti, khususnya di negeri Perlis.

8. Orang-orang yang mempunyai ‘hati UMNO’ perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan strategik dalam kerajaan agar kepentingan parti akan terpelihara.

9. Apatah lagi di agensi yang menjadi denyut nadi ekonomi bagi negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional dimana Pengurus Besar yang baru dilantik oleh regim boneka yang merampas kuasa untuk mengetuai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dilihat secara nyata terputus hubungan dengan aspirasi ahli-ahli UMNO di akar umbi. Tidak juga kita ketahui sama ada beliau ahli UMNO atau pernah terlibat dengan program-program UMNO.

10. Demikian juga halnya dengan beberapa Pengarah dan Ketua Jabatan di negeri kita yang mendapat rungutan ramai ahli-ahli dan penyokong UMNO di akar umbi apabila semakin banyak tindakan mereka dilihat tidak menepati sistem dan tradisi kerajaan yang dipimpin dan ditunjangi oleh UMNO. 

11. Hubungan para pembesar UMNO dengan jabatan-jabatan kerajaan terasa semakin longgar dan sesetengahnya sudah terputus sama sekali akibat daripada “kerajaan” dibiarkan menguasai “parti” secara berleluasa.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati,

12. Beberapa minggu yang lalu, terdapat arahan daripada dari regim yang merampas kuasa di negeri kita yang mengarahkan semua Pengerusi JKKK untuk menghantar laporan kampung masing-masing kepada Unit Pembangunan Daerah (UPD).

13. Apabila lantikan pegawai dan kakitangan kerajaan tidak lagi menitik beratkan soal keahlian dan sokongan kepada parti, dan pejabat-pejabat kerajaan tidak lagi dihuni oleh orang-orang yang jelas mempunyai ‘hati UMNO’; tiba-tiba organisasi yang menjadi cerminan kepada susuk tubuh UMNO diarahkan menghantar laporan perancangan kita di peringkat akar umbi kepada agensi tersebut.

14. Surat Pekeliling yang diedarkan dengan tujuan mendapat “Maklumat dan Data Kampung bagi Penyediaan Profil Desa” daripada JKKK adalah tindakan dangkal yang sengaja mendedahkan parti kepada risiko pembocoran maklumat dan perancangan dalaman. 

15. Apa jua laporan JKKK seharusnya menjadi suatu kerahsiaan kepada parti; dan apa jua laporan strategik JKKK sewajarnya dihantar kepada Pejabat Menteri Besar, dan bukan secara terus kepada mana-mana agensi kerajaan, supaya ianya dapat dirangka dan diolah semula oleh Menteri Besar agar menjadi sebahagian dari perencanaan kerajaan yang diketuai UMNO.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati,

16. Masalah kerajaan menguasai parti tidak terhenti di negeri kita semata-mata.

17. Di peringkat pusat, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dirujuk sebagai kerajaan PAS Kelantan, kerajaan PAS Kedah, kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang.

18. Tidak pula pernah kita dengar negeri kita dirujuk sebagai kerajaan BN Perlis.  Begitu juga negeri-negeri lain tidak dirujuk sebagai kerajaan BN Terengganu, kerajaan BN Melaka, kerajaan BN Johor dan seumpamanya.

19. Hakikat ini sewajarnya menjadi sandaran untuk meletakkan kembali parti sebagai institusi yang menguasai, mewarnai dan mencorak halatuju dan pergerakan sesebuah kerajaan.

20. Tambahan/Pindaan: Cakap-cakap dari kakitangan kerajaan bahawa program yang dianjurkan oleh Jabatan mereka adalah “program kerajaan dan bukan program parti” menggambarkan kekaburan yang kronik terhadap mentaliti dan persepsi kakitangan kerajaan.

21. Tambahan/Pindaan:  Diatas segalanya, semua program atas nama kerajaan itu adalah program politik kerana kerajaan itu ditubuh dan dikuasai oleh ahli-ahli politik.  Program-program Jabatan perlu difahami sebagai medium untuk mencerna polisi yang diketengahkan oleh parti politik.

22. Tambahan/Pindaan: Maka, adalah salah dan kekhilafan yang memudaratkan kalau ada kakitangan kerajaan yang berpandangan program di Jabatan mereka "bukan program politik".

REJUVENASI PARTI

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

23. UMNO perlu menilai kaedah serta trend peremajaan atau rejuvenasi parti-parti politik di seluruh dunia pada hari ini dalam mengetengahkan calon-calon muda yang berwibawa untuk memikul amanah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

24. Amat malang bagi negeri Perlis, pendedahan generasi pelapis untuk turut serta terlibat mendalami ilmu dan selok belok pentadbiran sebuah negeri telah dinafikan oleh regim yang merampas kuasa.

25. Jika pada era Datuk Seri Shahidan Kassim kita dapat melihat Datuk Ketua Pemuda Arau sebagai Setiausaha Politik, Ketua Pemuda Padang Besar sebagai Setiausaha Khas kepada Menteri Besar, jawatan Setiausaha Akhbar diisi oleh Pemuda Kangar, serta lantikan pegawai-pegawai khas turut dibarisi oleh orang-orang muda (Pemuda dan Puteri); hari ini pentadbiran kerajaan negeri Perlis dipenuhi oleh gurkha-gurkha recond tanpa wujud keseimbangan pendedahan untuk mengetengahkan generasi muda dalam menimba pengalaman mentadbir kerajaan.

26. Kalau dulu Ketua Pemuda Perlis dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, hari ini Ketua Pemuda Perlis hanya mengisi kekosongan Pegawai Khas Menteri Besar tanpa dibayar gaji berbulan-bulan.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

27. Persidangan kita pada tahun ini adalah yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan. Di Bahagian Arau, kita sedang menanggung liabiliti kekalahan di dua DUN, iaitu Sanglang dan Simpang Empat.

28. Sejak Sanglang terlepas ke tangan pembangkang, UMNO sudah membuat percubaan dengan meletakkan calon dari sayap Wanita dan calon senior dari Bahagian.  Hakikatnya, kita gagal mendapat majoriti di peti undi.

29. Oleh sebab yang demikian, wujud desakan daripada Pergerakan Pemuda untuk mendesak pimpinan Bahagian memberi laluan dan sokongan kepada calon dari sayap Pemuda untuk mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang akan datang. 

30. Bersandarkan kepada banyak faktor, saudara Zairul Anuar, Naib Ketua Pemuda Bahagian Arau, mempunyai segala kelayakan, keupayaan, kekuatan dan kemampuan untuk memberikan tentangan sengit dan mengalahkan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis yang berkubu di kawasan Sanglang.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan AJK dan sahabat Perwakilan yang dihormati,

31. Diantara faktor yang paling signifikan dalam mengetengahkan calon Pemuda adalah dengan merujuk kepada trend semasa pemimpin-pemimpin dunia.

32. Pesiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, berumur 49 tahun ketika mengangkat sumpah. Perdana Menteri Australia, Julia Gilliard, juga berumur 49 tahun; sementara John Philip Key (New Zealand) 49 tahun; Abhisit Vejjajiva (Thailand) 46 tahun, Dmitry Medvedev (Russia) 45 tahun, David Cameron (UK) 44 tahun, Mark Rutte (Belanda) 43 tahun, Mari Johanna Kiviniemi (Finland) 42 tahun, Nikola Gruevski (Macedonia) 40 tahun.

33. Faktor bilangan pilihanraya kecil yang meningkat mendadak juga seharusnya dijadikan sandaran dalam desakan ini. 

34. 12 daripada 13 pilihanraya kecil yang diadakan sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 adalah melibatkan kematian wakil rakyat yang berumur melebihi had umur pencen 55 tahun.

35. Desakan ini bukanlah bermakna UMNO perlu menafikan keupayaan pemimpin-pemimpin senior dalam UMNO yang berjiwa Pemuda.

36. Tun Dr Mahathir Mohamad, berumur lebih 80 tahun tetapi masih lebih dari layak untuk dikatakan Pemuda diatas pendirian dan kecergasan beliau menjiwai aliran kehendak orang-orang muda.

37. Demikian juga dapat kita lihat Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha mendekati orang-orang muda secara berterusan.

38. Dan begitu juga dengan Datuk Seri Ketua Bahagian dan Datuk Timbalan Ketua Bahagian kita yang terus mendokong aspirasi dan kehendak generasi muda pada setiap masa.

39. Ringkasnya, UMNO akan terus segar bugar segak bergaya jika proses peremajaan parti dijadikan teras dalam meneruskan kesinambungan perjuangan keramat ini; dengan didokongi oleh pemimpin-pemimpin yang cergas dan berjiwa muda.

CAMPURTANGAN LUAR

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

40. UMNO harus menangani campurtangan luaran tangan-tangan ghaib yang cuba mengambil-alih peranan dan kuasa yang telah diletakkan di bahu pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli di akar umbi.

41. Dalam erti kata lain, ahli-ahli diakar umbi telah menentukan dan menyerahkan aspirasi dan hala tuju masa depan parti kepada saf-saf kepimpinan yang ada.

42. Akan tetapi, apabila wujud campurtangan luar yang melibatkan paksaan untuk meletakkan individu yang tidak pernah bergelumang, tidak pernah berpeluh dan tidak pernah berkotor tangan untuk menggerakkan kerja-kerja parti sebagai calon pilihanraya.

43. Ahli-ahli, penyokong dan pendokong parti akhirnya mula menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka apabila calon yang dimenangkan oleh mereka tidak berupaya mengimbangi ego sebagai anak Raja dan rendah diri sebagai wakil rakyat; yakni wakil kepada mereka.

44. Dengan sebab itu, UMNO Bahagian Arau, dengan penuh rasa keinsafan diatas kepincangan yang berlaku, memohon kepada Tuanku Raja untuk turut sama memaksa PAS, Keadilan dan DAP untuk menerima dan meletakkan calon pilihan baginda dalam pilihanraya yang akan datang.

45. Begitu juga seharusnya diletakkan calon-calon yang dinamakan oleh Tuanku Raja di Kangar dan Padang Besar.

46. Tambahan/Pindaan: Sekiranya di pihak Tuanku Raja merasakan campurtangan “veto” baginda di dalam UMNO akan memberi impak dan kesan positif kepada parti, baginda perlu berlaku adil untuk turut memberi bantuan serupa kepada semua parti dan tidak terhad kepada UMNO semata-mata.

47. Tambahan/Pindaan: Sebaliknya, jika campurtangan itu memberi kesan negatif terhadap perpaduan dalaman parti, maka semua perlu turut sama menerima natijahnya tanpa terhad kepada UMNO semata-mata. Jangan lagi hanya UMNO sahaja yang asyik teraniaya dan terpecah belah.

48. UMNO Bahagian Arau mengharapkan kesaksamaan dan kebijaksaan institusi Istana dalam soal ini supaya bahana kerosakan yang mengkucar-kacirkan perpaduan dalaman parti melalui campurtangan seumpama ini dapat dirasakan secara sekata dan adil oleh semua parti yang ingin bertanding dalam pilihanraya di negeri Perlis.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

49. Pada 17 Mei yang lalu, kerajaan negeri Perlis yang dikuasai oleh regim yang merampas kuasa telah mencipta satu rekod dalam Malaysian Book of Record iatu Hadiah Kek Terbanyak kepada Tuanku Raja.

50. Insya Allah, tidak ada org yang akan pecahkan rekod ini sampai kiamat.

51. Kalau sebelum ini negeri Perlis dikenali sebagai Perlis Darul Sunnah, hari ini kita boleh namakan negeri kita ini sebagai Perlis Darul Kek.

52. Sebahagian besar kek ini datangnya dari peruntukan jabatan-jabatan dan bukan sumbangan ikhlas dari individu-individu rakyat yang secara rela ingin menyampaikan hadiah kepada Tuanku Raja.

53. Persoalannya, apakah ukuran atau berapa peratuskah pertambahan rasa kasih, sayang, hormat dan daulat rakyat jelata terhadap institusi Raja selepas 1300 kek ini dihadiahkan sebagai hadiah ulantahun keputeraan Tuanku Raja?

54. Ketika sekalian rakyat bersungguh-sungguh berusaha mempertahankan intitusi Raja, kita mengharapkan supaya individu di dalam institusi itu turut sama berganding bahu memperkukuhkan insitusi tersebut – bukan merobohkannya.

ANCAMAN DAN KEZALIMAN POLITIK

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

55. UMNO mesti bertindak tegas dan keras terhadap anasir-anasir yang diberi kesempatan dan peluang secara percuma untuk mewakili parti tetapi kemudiannya menggunakan kesempatan dan peluang tersebut untuk melakukan kezaliman dan ancaman kepada barisan pimpinan yang dipilih secara demokratik oleh ahli-ahli di akar umbi.

56. Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, UMNO kekal sebagai parti dominan yang mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia; sekaligus menguasai kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga ke hari ini.

57. UMNO kuat dan berpengaruh kerana sistem dan tradisi yang diletakkan sebagai asas perjuangan parti keramat ini.

58. Keputusan pilihanraya paling cemerlang pada 2004 bertukar menjadi keputusan pilihanraya paling lekeh pada tahun 2008, dalam tempoh 4 tahun, apabila sistem dan tradisi parti diketepikan oleh pucuk pimpinan UMNO.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan AJK dan sahabat Perwakilan yang dihormati,

59. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk kita di “akar (umbi)” untuk memberitahu “pucuk” (pimpinan) tentang apa yang kita mahukan?

60. Kita tidak mahukan kepimpinan melakukan ancaman, gangguan dan kezaliman politik kepada ahli-ahli parti dengan menggunakan kuasa dan pengaruh dengan cara yang tidak wajar.

61. Pengaruh Tidak Wajar disebutkan dalam Fasal 4 Tata Etika Ahli UMNO dimana,

Ahli parti adalah dilarang pada setiap masa secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pihak lain bagi dirinya melakukan, menggunakan manipulasi atau tipuhelah bagi menghalang, memaksa, mengancam, mendorong, menggangu atau mendesak seseorang Ahli UMNO yang lain melakukan sesuatu atau tidak menjalankan tugasnya atau menghalang perlaksanaan haknya di dalam parti dengan bebas atau menafikan hak seseorang Ahli.

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan AJK dan sahabat Perwakilan yang dihormati,

62. Pada 28hb April 2011, berlaku peristiwa hitam dan penghinaan terhadap seorang pemimpin besar UMNO oleh orang UMNO sendiri; bilamana Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang diketuai oleh seorang hamba Allah yang bercita-cita dan sedang melobi untuk menjadi calon di Simpang Empat, bertindak merampas khemah yang dipasang untuk majlis kebajikan yang dianjurkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Bahagian Arau merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pukul 3.00 pagi. Tiada notis diberikan, pihak Polis tidak dilibatkan dan kompoun RM300 dikenakan jika mahu mengambil balik khemah tersebut.

63. Tambahan/Pindaan: Dalam masa yang sama, projek-projek kerajaan dijadikan umpan untuk mewujudkan perpecahan.  “Aku boleh bagi projek kat hang, tapi hang kena hentam dan kucai Shahidan”.  Maka kelompok “pejuang-pejuang projek dan tender” akan celapak untuk menerima projek dan tender tersebut dengan apa juga syarat.

64. Selepas berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2008, begitu ramai Ketua-ketua Cawangan UMNO yang secara tradisinya dilantik sebagai Pengerusi JKKK tidak dilantik semula kerana dilabel sebagai “orang Shahidan”.

65. Di DUN Pauh, satu pertiga daripada Ketua-ketua Cawangan yang menggerakkan UMNO selama ini, tidak dicadangkan lantikan mereka sebagai Pengerusi JKKK oleh ADUN BN sendiri.

66. Dan yang terbaru, awal bulan Mei ini, saudara Ammar Hassan, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau, dipecat daripada jawatan Pengurus di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan AJK dan sahabat Perwakilan yang dihormati,

67. Saudara Ammar juga merupakan Timbalan Ketua Cawangan kepada Syed Razlan yang menjadi Ketua UMNO Cawangan Bandar Arau.

68. Diatas kertas, pemecatan saudara Ammar adalah merujuk kepada soal “tak punch card” ketika beliau diserapkan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar ketika era Datuk Seri Shahidan.  Waktu itu, Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu, juga Pegawai Khas Datuk Seri Shahidan dan menerima gaji bulanan tanpa punch card; malah tidak juga melaksanakan apa-apa tugas khas sebagai Pegawai Khas Menteri Besar.

69. Akan tetapi, di sebalik surat pemecatan itu, kisah sebenarnya ialah perancangan halus untuk membenamkan saudara Ammar yang disebut-sebut untuk dicalonkan di DUN Pauh pada pilihanraya yang akan datang.

70. Kaedah ancaman dan kezaliman politik digunakan untuk memburukkan orang-orang yang berpotensi dan berpengaruh dalam UMNO dalam usaha mereka mengejar jawatan dan keinginan menjadi calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.  Kezaliman dan ancaman bermula dari Ketua Bahagian, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan seterusnya Ketua-ketua UMNO di Cawangan.

71. Sistem dan tradisi parti yang menjadi tunjang kekuatan UMNO selama ini terus cuba dibenamkan 7 kaki bawah tanah.

PRINSIP PERALIHAN KEPIMPINAN

Datuk Pengerusi Tetap, Barisan Jawatankuasa dan sidang Perwakilan yang dihormati,

72. UMNO perlu memastikan bahawa sebarang bentuk peralihan kepimpinan haruslah bersandarkan kepada prinsip peralihan tampuk kuasa ke arah yang membina, bukan membinasa; dalam erti kata memilih pemimpin pelapis yang mampu berkhidmat “sama” atau “lebih baik” daripada yang sedia ada.

73. Saya mohon mengulangi bahawa peralihan kepimpinan perlu berlandaskan kepada langkah yang memajukan ummah, bukan memundurkan.

74. Jika tidak ada yang boleh berkhidmat "sama" atau "lebih baik" daripada pemimpin yang sedia ada, maka kekalkan beliau disitu.  Jika tidak “sama” atau “lebih baik”, kita akan lebih mundur, lebih mengundur.

75. Di peringkat Bahagian, Perhubungan dan pentadbiran kerajaan negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan pemimpin yang belum ada orang yang nampak bayang-bayang boleh berkhidmat “sama” atau “lebih baik” daripada beliau. 

76. Sifat-sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Shahidan nampak jelas jauh langit bumi dengan regim recond yang merampas kuasa sekarang ini.

77. Dengan sebab itu, UMNO Bahagian Arau memberi sokongan penuh masa dan tenaga kepada beliau.

Dengan itu, saya mohon mencadangkan usul politik ini untuk dibahaskan.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum...wth...wbth.

(Dibentangkan pada 19 Jun 2011 jam 3.30 petang di Dewan 2020, Kangar, Perlis.)

BILA KOTOR DIKATA BERSIH

 

Ambiga


bila kotor dikata bersih,
bila hitam dikata putih,
dulu hentam sekarang pilih,
saja-saja nak cari letih,
hajat nak dapat undi lebih,
kerana kuasa dan juga pitih.......

PANGLIMA BAJU KETAT

 

Panglima Baju Ketat 2

PANGLIMA BAJU KETAT

Panglima Baju Ketat,
Perasan diri kuat,
Bakul sendiri angkat,
Terselak kain pelikat.

Jumpa Perdana Menteri,
Tanya bila nak mari,
Perdana Menteri kata “sorrri!”
Dia malu tidak terperi,

Najib kias tentang ribut,
Penyebab negeri kelam kabut,
Berpunca dari kepala serabut,
Dendam, dengki, kali hamput.

Panglima bangga Perlis menang,
Negeri utara paling terbilang,
Shahidan Kassim penat berenang,
Md Isa Sabu pula hendak dijulang.

Demikian kisah negeri boneka,
Dulu aman sekarang berduka,
Segala berlaku tanpa disangka,
Kerja jahat si tua bangka.

Panglima Baju Ketat,
Ahli Parlimen yang kuat mengulat,
Dekat pilihanraya baru nak bersilat,
Orang kampung dah naik meluat.

Panglima Baju Ketat,
Banyak pingat mana nak lekat?
Pingat lambang bodek kuat,
Gila pangkat, gila pingat, kerja tak buat!

Wednesday, June 1, 2011

DIVERGENCE OF TRUTH

 

Dear Ms Zubaidah Abu Bakar (zubaidah@nst.com.my),

1. I am writing in response to your article in the NST online news portal titled “Shahidan-Isa conflict at an end?” which was published on May 26, 2011. (source: http://www.nst.com.my/nst/articles/30zudah/Article/)

2. In my opinion, the general outlook of the article does not reflect the actual political scenario in Perlis, as seen from the eyes of the grass-root observers.

Land Issues

3. Claiming that the Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu, has successfully resolved the longstanding land issues in this smallest state is clearly naïve and insensitive. 

4. Should a stroke of approval signature been accepted as the greatest success, the previous five Menteri Besar will definitely do it earlier. 

5. Above such act to gain short-term popularity, the foreseeable implication will result the cease of state-own land for future development over time.

6. It is civil responsibility that should become the utmost priority of the state leader and that was what being considered by the previous Menteri Besar.  They have chose to remain silent about the many applications of individual land entitlement; as silent is sometimes the best answer.

7. Moreover, it has become a public knowledge that the award of several land entitlement has involved huge land acquisition by the wife of Menteri Besar in Kampung Paya Kelubi, Padang Besar.

Less Publicity Leader

8. Many people could not agree more that Md Isa portrays a non-confrontational and less publicity approach, but such character is not suitable for Perlis indeed. 

9. So small it is that the leaders in the Northern Lion state need to roar if they want to be heard; or otherwise Perlis will only be referred as a grouping of three Parliamentary seats, instead of a state.

10. The fact is no developing nation needs a silent leader to spark significant progress within the society.

11. Needless to say that Md Isa himself, as a politician, needs as much publicity to remain relevant.  Conversely, positive publicity may not stand behind a failed leader.

12. I have heard directly from a reporter about their difficulties to positively exaggerate him and his works.

13. The recent annual visit by Deputy Prime Minister to Kangar would be the real and good example of the failure; where the stage backdrop was only being stretched some 10 minutes before his arrival with poorly installed extension of poly-pipe at the state and national crest. The invitation of 5000 audiences to Dewan 2020 Kangar had only being filled with less than 200 people whom mostly are government staff.

Annual visit by Deputy Prime Minister.

14. The Annual Meeting of UMNO Kangar last Sunday demonstrates another failure of this failed regime.  The meeting who supposedly being attended by more than 800 representatives from the UMNO branches in Kangar has end-up with empty chairs; whereas the representatives from Bintong, in which Md Isa is the wakil rakyat, turnout to be less than 15 person -- the poorest turnout in UMNO Kangar history.

Persidangan UMNO Bahagian Kangar 2011.

End of Conflict?

15. The article was notably sending mere gestures on the conflict between Shahidan and Md Isa.

16. Nonetheless, the primary concerns brought-up by Datuk Seri Shahidan Kassim throughout the 3 years of power toppling, is about the appointment of Radzi Sheikh Ahmad as an Advisor to Menteri Besar of Perlis -- the only Menteri Besar with paid advisor.

17. It is a moral and principle expression to criticise the appointment of someone who has acknowledged his failure by resigning from his UMNO Secretary General position after poor performance of Barisan Nasional in 2008 general election.

18. The article has anonymously quoted a statement from UMNO Youth branch leader from Kangar saying that the occasion in which Datuk Seri Shahidan Kassim depicted his sincere relationship with the Menteri Besar as "Never before".

19. I am myself an UMNO Youth branch chief; and I have seen repeatedly such motion in many occasions.